Anda di halaman 1dari 4

Teks Pertandingan Bercerita

Assalamualaikum kepada para hakim


yang arif lagi bijaksana.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan
pada hari ini ialah Arnab Dengan
Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat
sekawan arnab.
Salah seekor daripada arnab itu
sangat cantik.
Bulunya lebat, lembut dan giginya pula
tersusun rapi.
Haiwan-haiwan lain selalu memuji
kecantikan gigi arnab itu.
Akibat pujian dan perhatian, semakin
hari arnab itu menjadi semakin
sombong.
Ia berlagak seolah-olah dialah yang
paling cantik di dunia ini.
Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain
mula menjauhkan diri daripadanya.
Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang
suka berbual dengannya,
arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di
tepi sungai.
Ia ternampak seekor buaya yang
sedang berjemur di tebing.
Arnab berasa takut dan tidak berani
mendekati buaya itu.
“Hai Arnab, cantik sungguh gigi
kau! Kalau gigi aku juga begitu cantik,
pasti aku boleh menjadi raja di laut.”
Kata buaya itu kepada arnab.
Arnab berasa sungguh gembira kerana
sudah lama dia tidak mendengar
pujian.
“Bagaimana engkau menjaga gigi kau
tu?” Tanya buaya itu lagi.
Sambil tersenyum, arnab berkata,
“Engkau mesti makan banyak sayur-
sayuran dan jangan makan daging.”
Kemudian, buaya pun mengangakan
mulutnya.
“Bolehkah engkau tolong periksa
gigiku.
Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata
buaya lagi.
Tanpa berfikir panjang, arnab pun
menghampiri buaya lalu memeriksa gigi
buaya satu demi satu.
Tanpa berlengah lagi, buaya terus
menutup mulutnya dan menelan arnab
itu. Ngap!
Maka tamatlah riwayat arnab yang
mempunyai gigi yang cantik tetapi
pendek akal itu.
Pengajaran daripada cerita ini kita
hendaklah tidak sombong serta bijak
menghadapi musuh kita.
Janganlah kita mudah tertipu dengan
janji-janji manis.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya
cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai