Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim seterusnya hadirin sekalian

Salam Sejahtera Pembuka Bicara

Kisah Seuncang Padi Tajuk Cerita

Mari Renungi Sedalamnya

Semoga Menjadi Teladan Kita Semua

Sepasang suami isteri yang sangat miskin tinggal di sebuah kampung iaitu Pak Abu
dan isterinya Mak Milah. Mereka selalu menyalahkan nasib diri yang miskin .
Penduduk kampung itu menyara kehidupan mereka dengan bercucuk tanam tetapi
berlainan dengan Pak Abu dan isterinya yang malas bekerja , Mereka lebih suka
berangan-angan dan membuang masa.

Ya kawan- kawan ,saban hari mereka berdua akan meminta bantuan makanan
daripada jiran , Pak Abu dan isterinya tidak tahu malu sehingga ada antara mereka
tidak mahu membantu lagi.Oleh kerana sikap yang pemalas,kehidupan mereka
menjadi bertambah susah.Ada kalanya mereka kelaparan , tidur pun terganggu .
Apa nak buat….

Ikut hati….mati, ikut rasa…..binasa.

Kawan-kawan , hindarilah diri dari sikap malas dan meminta-minta kerana akan
menjatuhkan maruah diri.

Kawan-kawan nak tahu apa yang terjadi seterusnya? Pada suatu malam ,muncullah
seorang perempuan tua di hadapan pintu rumah mereka. Tok…tok…tok “ Bolehkah
saya masuk” ? tanya perempuan tua itu “Silakanlah “ jawab Pak Abu.

Perempuan tua itu memperkenalkan dirnyai sebagai Nenek Suri . Nenek Suri
meminta sedikit makanan kerana terlalu lapar tetapi malangnya Pak Abu dan Mak
Milah tidak mempunyai apa- apa pun makanan untuk Nenek Suri,.Nenek Suri
memandang ke rumah suami isteri itu” Adakah kamu ingin menjadi kaya?” Tanya
Nenek Suri Mereka mengangguk- angguk kegembiraan apabila mendengar kata
Nenek Suri itu.
Nenek Suri pun menyeluk gendongan kain buruk lusuh yang dibawanya ,
Kedua –dua mereka melihat sahaja kelakuan Nenek Suri , Pada sangkaan mereka ,
tentulah Nenek Suri akan mengeluarkan sebongkah emas,

Cuba teka kawan- kawan apa yang diberikan Nenek Suri kepada mereka?

“Nah ambillah uncang ini,mudah-mudahan ia bolah menjadikan kamu kaya “ kata


Nenek Suri.” Pagi esok kamu taburlah isi uncang itu di belakang rumah, sudah pasti
kamu akan menjadi kaya raya.” Pesannya kepada Pak Abu dan isterinya sebelum
pulang.

Pada keesokan harinya, Pak Abu membuka uncang tersebut. Meraka berasa sangat
kecewa kerana di dalam uncang itu hanyalah padi kering.Walau bagaimanapun
tanpa berlengah-lengah lagi mereka menaburkan padi kering itu di belakang rumah.

Masa berlalu tanpa disedari,

Tanah terbiar ditumbuhi padi……. Syair

Tidak lama kemudian ,anak padi mulai tumbuh . Alangkah terkejutnya mereka
apabila padi itu berbuah dan menguning. Setelah padi masak,mereka pun
menuainya. Dua tiga musim menabur dan menuai padi ,akhirnya padi mereka
menjadi banyak .Semenjak hari itu kehidupan Pak Abu dan Isterinya tidak lagi miskin
Mereka telah menjadi kaya dengan menjual padi. Mereka sering membantu dan
memberi makan kepada penduduk kampung yang miskin.

Namun sikap Pak Abu dan Mak Milah mula berubah, Mereka menjadi tamak
haloba. Daripada suka bersedekah kepada orang miskin bertukar menjadi
perampas harta penduduk kampung .Sungguh tamak Pak Abu dan isterinya.

Langit tidak selalu cerah….

Harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Begitulah dengan
nasib Pak Abu, Haa… kawan-kawan , apa sebenarnya yang berlaku?

Satu malam Pak Abu dan isteri tidur dengan lenanya.Mungkin penat mengumpul
hasil padi .Tanpa menduga apa yang terjadi keesokannya.
Setelah terbangun daripada tidur,mereka mendapati semua padi layu dan
mengering. Tiada lagi pokok padi yang boleh dituai untuk dijual .Terpinga-pinga Pak
Abu dan Mak Milah melihat pokok padi mereka yang rosak .Lama kelamaan semua
pokok padi telah mati Kesemua harta benda mereka terpaksa dijual bagi
menampung kehidupan .Akhirnya tiada lagi pokok padi yang membuahkan hasil.
Pak Abu dan Mak Milah menyesal dan insaf dengan sikap tamak mereka .
Malangnya nasi sudah menjadi bubur, Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian
tiada gunanya .Hiduplah mereka dalam kemiskinan semula.

Kawan-kawan,

Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan .Janganlah tamak
haloba dan jangan pula meminta-minta.

Rajinlah berusaha untuk mencapai kejayaan hidup . Apabila telah berjaya dan
hidup senamg banyakkanlah menderma dan bersedekah kepada fakir miskin .Bak
kata pepatah melayu kalau dapat memandang bulan ,jangan lupa rumput di bumi.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita, Pantun

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta,

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai