Anda di halaman 1dari 17

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

PENDAHULUAN Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program Malaysia Cergas pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku ialah 1998Senaman dan Kecergasan, 2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001-Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat. Setelah kita memutuskan bahawa kita perlu bersenam, maka kita seharusnya menilai tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelak kecederaan. Pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program Malaysia Cergas pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Kementerian Kesihatan

Ujian

Kecergasan

|1

Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku ialah 1998-Senaman dan Kecergasan, 2000Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001-Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat. Setelah kita memutuskan bahawa kita perlu bersenam, maka kita seharusnya menilai tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelak kecederaan.

DEFINISI KONSEP Istilah pengukuran dan penilaian kerap digunakan. Namun istilah ini selalu disalah gunakan. Untuk memahami istilah pengukuran dan penilaian, kita harus faham dahulu tentang pengujian dan seterusnya pengukuran dan penilaian. Ini kerana apabila konsepnya telah difahami, proses-proses penilaian dapat dijalankan dengan baik dan keputusan dapat dibuat. Ujian boleh didefinisikan sebagai alat atau instrumen yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang individu atau sesuatu objek. Instrumen boleh wujud dalam bentuk soalan yang ditanya dalam kertas atau temuduga, pemerhatian tentang aktiviti fizikal yang dijalankan atau pemerhatian tingkahlaku dengan menggunakan senarai semak. Dalam Pendidikan Jasmani, ujian boleh dijalankan untuk menentukan tahap kecergasan, kemahiran motor, tingkahlaku dan perasaan yang berkenaan aktiviti fizikal. Contohnya ujian larian 12 minit biasanya digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular. Walau apa bentuk ujian digunakan, ia harus mempunyai kesahan dan kebolehpercayaannya. Apabila sesuatu ujian telah ditentukan atau dibentuk maka langkah seterusnya adalah menjalankan atau mentadbir ujian tersebut. Ia disebut sebagai pengukuran. Pengukuran adalah proses pengumpulan maklumat. Pengukuran yang dijalankan haruslah tepat dan boleh dipercayai. Proses pengukuran ini harus dilakukan oleh individu yang telah dilatih terlebih dahulu. Keputusan pengukuran boleh ditunjukkan dari segi perkiraan (quantifiable) seperti masa, jarak, bilangan atau bilangan tugasan yang dilakukan secara betul.

Ujian

Kecergasan

|2

Ukuran yang dibuat haruslah betul. Sebagai contoh kita tidak seharusnya menyebut masa yang dicatatkan untuk larian 50 meter dapat mengukur kepantasan seseorang pelari. Ia adalah lebih tepat sekiranya kita menyatakan: mentadbir larian 50 meter adalah prosedur pengukuran yang dapat menghasilkan skor ujian yang dapat menentukan kelajuan seseorang individu. Penilaian (evaluation) pula adalah proses menentukan nilai terhadap data yang telah diperolehi. Penilaian juga merujuk kepada penterjemahan keputusan ujian kepada informasi yang bermakna. Ia akan digunakan dalam membuat pertimbangan atau keputusan yang tidak berat sebelah. Tanpa proses penilaian, data yang diperolehi adalah tidak bermakna. Kejayaan proses penilaian bergantung kepada kualiti data yang diperolehi. Sekiranya keputusan ujian tiada kesahan dan kebolehpercayaan, maka penilaian yang tepat tidak dapat dilakukan. Pengukuran yang berkesan akan membawa kepada penilaian yang tepat. Penilaian adalah proses yang dinamik dalam membuat keputusan. Ia melibatkan pengumpulan data yang bersesuaian (pengukuran), menilai data berdasarkan standard yang telah ditetapkan dan membuat keputusan berdasarkan data tersebut. Oleh itu boleh dikatakan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian berhubung kait diantara satu sama lain. Penilaian merangkumi kesemuanya.

UJIAN KECERGASAN Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap. Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

Ujian

Kecergasan

|3

Kecergasan Mental Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal. Kecergasan Sosial Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini. Kecergasan Emosi Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik. Kecergasan Rohani Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif. Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu; Kecergasan fizikal berlandasakan kesihatan dan Kecergasan Fizikal berlandaskan perlakuan motor. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan Daya Tahan Kardiovaskular Merupakan keupayaan bersenam dalam masa yang agak panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan membekalkan bahan api iaitu oksigen untuk membolehkan aktiviti fizikal yang dijalankan. Daya Tahan Otot

Ujian

Kecergasan

|4

Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot tulang rangka untuk menghasilkan daya berulangulang bagi suatu jangka masa tertentu, beberapa kali perubahan bagi mengatasi rintangan atau bebanan. Kekuatan Otot Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya kerja. Pertambahan meneruskan suatu aktiviti dalam tahap yang tinggi. Kelenturan / Kelembutan Keupayaan untuk menggunakan sendi-sendi dengan sepenuhnya melalui pergerakan (range of motion) Komposisi Badan Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan berbanding dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan menimbulkan masalah kegemukan (obesity). Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Perlakuan Motor Koordinasi Kemampuan atau kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan menggiatkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagai mana yang dikehendaki. Panduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja dilakukan itu lancer dan licin atau keupayaan menysuaikan deria dengan otot-otot supaya memperolehi suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat. Imbangan

Ujian

Kecergasan

|5

Imbangan ialah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokongnya diubah. Kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam. Ketangkasan Kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah. Kuasa Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan pantas (mengejut / explosive muscular power) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecakapan yang tinggi. Ianya adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dan merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot. Masa Tindakbalas Masa tindakbalas adalah suatu jangkamasa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Masa tindakbalas selalunya dikaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengan secepat mungkin dapat membantunya dalam situasi perlawanan dan dalam masa kecemasan dari segi menyelamatkan diri. Kelajuan (Kepantasan) Kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. PENDEKATAN DALAM UJIAN KECERGASAN UJIAN KECERGASAN LATIHAN LITAR (CIRCUIT TRAINING)

Ujian

Kecergasan

|6

Pendekatan Ujian Kecergasan Latihan Litar ialah suatu kaedah latihan yang mudah dan berkesan, yang dapat digunakan oleh kebanyakan jurulatih. Ia sebenarnya mengandungi satu latihan yang dapat kita gayakan mengikut keperluan sukan tertentu. Latihan litar ini merupakan beberapa urutan aktiviti senaman yang dipilih dan diatur mengikut suasana tertentu. Semua aktiviti ini dilaksanakan dengan rehat yang minima di antara aktiviti. Satu kebaikan yang nyata pada latihan litar ialah semua aspek pelaziman jasmani dapat dijalankan. Latihan litar dapat digunakan untuk pelaziman daya otot dan daya tahan kardiovaskular, kuasa aerobik, kemampuan anaerobik atau daya laju dan kelembutan. Oleh kerana latihan litar untuk beberapa komponen kecergasan boleh dijalankan serentak, latihan litar sesuai bagi satu kumpulan peserta. Menurut Sorani (1976), latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan yang bertujuan untuk menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya tahan kardiovaskular. Latihan litar merupakan beberapa aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan dinomborkan di tempat tertentu. Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di mana untuk memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar mengikut turutan yang ditetapkan. Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun satu litar setelah menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set latihan yang diperlukan adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu. Bilangan stesen dan jenis aktiviti di setiap stesen disusun berdasarkan tahap kecergasan atlet, umur, jenis permainan, atau sukan peserta dan komponen kecergasan yang hendak dibina. Mengikut Anthony A. Annarino pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian fizikal (conditioning) di mana prinsip lebihan beban diamalkan kepada otot dan sistem respirasi dalam tempoh masa yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam latihan litar ialah: Faktor masa dan Faktor ulangan. Faktor Masa Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam masa satu minit atau 30 saat dengan mengambil 50 % daripada dosej dan digunakan dalam latihan. Latihan akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesen akhir tanpa rehat. Faktor Ulangan

Ujian

Kecergasan

|7

Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap aktiviti ditetapkan. Ciri-Ciri Penting Latihan Litar Menurut Morgan dan Adamson (1961) telah mengemukakan tiga ciri penting mengenai latihan litar iaitu;
1.

Latihan litar adalah bertujuan untuk membina daya tahan otot dan kardiovaskular, Latihan ini menggunakan prinsip progressive overload. Sekiranya ramai peserta yang hendak melakukan serentak dalam latihan litar, maka bilangan ulangan aktiviti ditetapkan dan mereka dapat menilai kemajuan dalam perubahan masa lakuan. Latihan Litar dijalankan bertujuan; Meningkatkan daya tahan aerobik, Membina dan meningkatkan kemampuan kardiovaskular, Membina kekuatan dan daya tahan otot, Meningkatkan koordinasi, kelenturan dan ketangkasan, Menambahkan kuasa otot, kesegaran dan ketangkasan. Pemilihan Latihan Litar adalah dengan pertimbangan bahawa ia sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular. Konsep keindividualan dalam latihan ini membolehkan atlit maju mengikut tahap kemampuan maksimum individu. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari masa ke masa dengan merujuk kepada beberapa pembolehubah, seperti; Masa pencapaian, Denyutan nadi sejurus selepas latihan litar, Masa pemulihan selepas latihan litar dan Intensiti atau beban kerja yang dilakukan.

2. 3.

PANDUAN DAN KESAN UJIAN KECERGASAN LATIHAN LITAR Aspek-aspek Kecergasan Latihan Litar boleh dilakukan di dalam dewan kerana untuk mengelolakan Latihan Litar ini tidak memerlukan kawasan yang luas. Ketika melaksanakan Latihan Litar, aktiviti yang dibuat hendaklah dipelbagaikan.

Ujian

Kecergasan

|8

Kebanyakan Latihan Litar melibatkan 8 hingga 15 aktiviti menggunakan ulangan tertentu dan bergantung kepada tahap kecergasan fizikal seseorang. Aspek-aspek kecergasan yang terlibat dalam Latihan Litar adalah; Mengekalkan daya tahan aerobik, Mengekalkan daya tahan anaerobik, Mengekalkan daya tahan kardiovaskular, Mengekalkan daya tahan otot, Mengekalkan koordinasi, kelenturan, dan ketangkasan. Sistem Tenaga Semasa Melakukan Latihan Litar Semasa melakukan Latihan Litar, tenaga diperlukan untuk melakukan aktiviti. Tenaga yang diperlukan terbentuk dari dua proses iaitu : a. Sistem ATP-PC Dalam sistem penghasilan tenaga ini, penghasilan ATP dari sistem ini tidak memerlukan oksigen. Phosfokeratin (PC) adalah sebatian yang dinistisiskan kembali ADP dan ATP yang menyebabkan sumber ATP terhasil untuk membekalkan tenaga kepada otot dalam masa yang singkat. b. Sistem Asid Laktik (anaerobik) ATP terbentuk dari pemecahan makanan yang tidak lengkap kepada asid laktik. Ia juga adalah sistem anareobik kerana ia; Tidak memerlukan oksigen dan pembakaran yang berlaku tidak lengkap, Menggunakan karbohidrat sebagai bahan pembakaran, Menghasilkan sangat sedikit molekul-molekul ATP (satu molekul glikogen menghasilkan dua molikul (ATP) dan Sistem tenaga ini hanya memberikan sumber tenaga hanya di mana di antara dua hingga tiga minit (selepas ATP-PC). Kebaikan Latihan Litar Melaksanakan Ujian Kecergasan Latihan litar amat sesuai kerana; Melibatkan ketiga-tiga aspek intensiti, ulangan dan kekerapan, Boleh dilakukan oleh seorang atau berkumpulan dalam satu sesi, Menitikberatkan perbezaan individu dari aspek fisiologi, umur, tahap, kemampuan, dan kebolehan, Boleh diubahsuai mengikut kehendak jurulatih atau pelaku, Boleh dilakukan tanpa alat, Boleh diubahsuai mengikut masa, Bilangan dan jenis latihan bergantung kepada objektif,

Ujian

Kecergasan

|9

Memotivasikan peserta atau atlet kerana masa sasaran atau bilangan, Kemudahan yang bebas dan Boleh digunakan untuk menguji diri. Kelemahan Latihan Litar Walaupun terdapat kebaikan ujian kecergasan ini, namun masih terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahan Latihan Litar ialah bagi peserta yang kurang berdisiplin atau lemah akan mengambil kesempatan untuk melakukan latihan secara kurang jujur. Keadaan ini mudah dilakukan kerana pada kebanyakan masa para peserta sibuk menjalankan aktiviti masingmasing. Di samping itu, Latihan Litar juga hanya dirancang untuk mencapai kecergasan fizikal keseluruhannya dan bukan sebagai suatu latihan jenis prestasi tertentu. Oleh kerana Latihan Litar merupakan suatu aktiviti yang bertujuan untuk menghabiskan aktiviti dalam masa yang singkat atau dengan cepat, kadangkala jika peserta kurang cergas, dia akan cuba memaksa dirinya dan ini akan menyebabkan kecederaan terhadap peserta terbabit.

Aspek-Aspek Keselamatan Aspek keselamatan amat penting di dalam Ujian Kecergasan Latihan Litar. Tujuan latihan ini tidak menghabiskan litar secepat mungkin atau seberapa banyak aktiviti yang dilakukan. Bagi mengelakkan kemungkinan berlaku kecederaan, beberapa pertimbangan dari segi keselamatan perlu diambil kira. Antaranya ialah: Keselamatan Gelanggang Gelanggang hendaklah dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Pastikan gelanggang tidak licin atau berlumut. Jangan menggunakan gelanggang yang terlalu kasar / hadkan penggunaan gelanggang / kawasan iaitu bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dijalankan. Jauhkan daripada melaksanakan Latihan Litar di bawah pokok yang telah mati atau reput.

Ujian

Kecergasan

| 10

Keselamatan Diri Pemeriksaan doktor ke atas pelatih yang terlibat perlu dibuat bagi mengesahkan kesihatan sebelum menjalani sebarang bentuk latihan terutamanya di kalangan kanak-kanak sekolah. Arahan harus diberikan dengan jelas untuk mengelakkan salah laku yang mungkin akan menyebabkan kecederaan. Pastikan semua otot harus diberi latihan dan bukannya otot-otot tertentu sahaja. Ini bagi memastikan kawalan tubuh badan sentiasa seimbang. Pengawasan yang mencukupi terhadap atlet dan pastikan atlet mempunyai pengetahuan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Dapat menyesuaikan antara perbezaan tahap kemampuan individu dan umur. Pastikan atlet menggunakan pakaian sukan yang sesuai. Keselamatan Latihan Alat-alat yang digunakan haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. Setiap jenis aktiviti yang akan dijalankan boleh diubahsuai mengikut kemudahan yang ada dan aktiviti yang khusus bersesuaian dengan sukan yang akan dijalankan. Sesuai untuk latihan fizikal dan kecergasan individu. Pembantu amat penting untuk menyokong dan mengawasi pelaku supaya dapat melakukan aktiviti dengan selamat.

LANGKAH DAN PENILAIAN PENGAJARAN KECERGASAN Kemahiran sukan melibatkan pergerakan manusia dimana pergerakan yang spesifik dan kompleks ini mesti dipelajari. Oleh itu ujian kecergasan untuk mencapai kemahiran ini perlu dijalankan demi memenuhi pelbagai proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani atau sains sukan. Pembelajaran psikomotor Seorang guru Pendidikan Jasmani lazimnya menjalankan satu ujian untuk mengetahui maklum balas pelajar terhadap satu kemahiran yang baru diperkenalkan. Penilaian yang biasanya dijalankan adalah penilaian formatif mengenai kemahiran sukan tersebut. Melalui penilaian ini, pelajar akan memperolehi satu idea mengenai perkembangan penguasaan kemahiran baru ini. Pembelajaran psikomotor telah berlaku kerana mereka berpeluang belajar melalui penilaian,

Ujian

Kecergasan

| 11

terutamanya jika berlaku kesilapan semasa penilaian. Kadar penguasaan dan perkembangan kemahiran baru turut dipercepatkan. Motivasi Pelajar yang mempunyai pencapaian baik dalam ujian kecergasan untuk kemahiran sukan, akan dapat meningkatkan peglibatannya untuk menceburi sukan tersebut. Pengukuran kecergasan yang dilaksanakan dengan betul, mampu memotivasikan pelajar untuk memperbaiki keupayaan mereka. Persaingan antara pelajar akan mendorong para pelajar berlatih bersungguhsungguh agar memperolehi pencapaian yang baik. Persaingan ini secara tidak langsung meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran itu. Menggredkan tahap pencapaian pelajar. Ia bertujuan untuk mengetahui pencapaian pelajar dalam sesuatu permainan. Salah satu cara yang baik adalah memberi gred kepada pencapaian mereka. Gred ini bukan sahaja dapat membolehkan pelajar mengetahui tahap pencapaiannya tetapi dapat membolehkan ibubapa pelajar mengetahui pencapaian dan tahap kecergasan ke arah kemahiran sukan anak mereka di sekolah. Gred pencapaian juga berperanan sebagai rekod pencapaian yang bakal membantu pelajar kemudian hari. Umpamanya semasa memohon masuk universiti atau mohon kerja. Ujian Diagnosis Maklumat yang diperolehi daripada ujian kecergasan dapat membantu guru untuk mengetahui kelemahan pelajar (Hastad & Lacy 1989). Kaedah ini jauh lebih mudah daripada kelas pengajaran dan pembelajaran biasa. Adalah sukar bagi guru untuk mengetahui kelemahan yang ada pada setiap pelajarnya terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran biasa di dalam kelas. Dengan maklumat ini, guru dapat membaiki kelemahan yang terdapat pada diri seseorang pelajar itu. Mengenalpasti potensi Potensi merupakan sesuatu yang abstrak. Jika sesuatu pergerakan itu tidak dilakukan, maka adalah sukar untuk melihat potensi seseorang pelajar terhadap sesuatu kemahiran sukan.

Ujian

Kecergasan

| 12

Ujian kecergasan untuk kemahiran sukan dapat membantu pelajar menonjolkan potensinya dalam sesuatu kemahiran sukan, lebih-lebih lagi dalam aspek yang diuji. Memudahkan pengajaran Melalui ujian kecergasan, guru akan dapat mengetahui tahap penguasaan dan keupayaan setiap pelajarnya. Pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian akan memudahkan pengajaran guru. Keberkesanan pengajaran guru akan meningkat dengan penggunaan tahap pelakuan dan kaedah yang sesuai mengikut tahap kumpulan tertentu. Kaedah tunjukcara perlu dilaksanakan bagi kumpulan yang lemah penguasaandan keupayaannya. Manakala variasi diajar kepada kumpulan yang baik penguasaan dan keupayaannya dalam sesuatu kemahiran sukan. Menilai sesuatu program Sesuatu program yang dilaksanakan perlu dinilai keberkesanannya. Ujian kecergasan merupakan salah satu cara untuk menentukan keberkesanan sesuatu program. Kebaikan atau keburukan sesuatu program dapat ditunjukkan melalui pencapaian ujian kecergasan untuk sesuatu kemahiran sukan pelajar. Sesuatu program yang dilaksanakan itu berjaya atau sebaliknya adalah bergantung kepada pencapaian purata pelajar dalam ujian. Perhubungan awam Selama ini program pendidikan jasmani di pandang rendah. Masyarakat bertanggapan bahawa pendidikan jasmani adalah masa untuk bermain sahaja. Dengan adanya ujian, pengukuran dan penilaian disampaikan dalam bentuk pelaporan yang mudah difahami, akan menjadi bahan bukti guru dalam melaksanakan penilaian formatif. Bukti ini juga mampu menjelaskan objektif dan nilai sebenar pendidikan jasmani dalam kurikulum.

FAEDAH PENGAJARAN UJIAN KECERGASAN Senaman untuk memperolehi kecergasan adalah salah satu aktiviti yang mudah dilakukan individu secara berterusan bagi meningkatkan tahap kesihatan mereka bukan sahaja dari segi

Ujian

Kecergasan

| 13

jasmani malahan emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini dapat melahirkan insan yang seimbang selaras dengan falsafah pendidikan negara. Aktiviti kecergasan yang perlu dijalankan mengikut prosedur yang betul, demi mencapai sesuatu tujuan kecergasan. Aktiviti kecergasan juga mempunyai petua dan fasanya yang tersendiri. Aktiviti yang tidak mengikut prosedur bukannya memberikan faedah kepada individu, malahan meninggalkan kesan buruk terhadap sistem badan individu terbabit. Oleh yang demikian, jika masyarakat kita mengamalkan aktiviti senaman untuk mencapai kecergasan yang betul setiap hari, maka negara kita akan memiliki masyarakat yang sihat dari semua aspek terutamanya dari segi fizikal mahupun mental. Individu ini amat penting bagi negara dalam usaha melahirkan sebuah negara yang berdaya saing di pasaran antarabangsa. Aktiviti kecergasan sememangnya bertujuan untuk berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisien tanpa berasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti riadah serta masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan. Kecergasan boleh diperolehi dengan berlandaskan kesihatan, dan berlandaskan kemahiran motor. Seseorang boleh meningkatkan tahap kecergasan berlandaskan kesihatan tanpa menguasai kecergasan berlandaskan motor. Antara komponen kecergasan berlandaskan kesihatan termasuklah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi badan. Komponen kecergasan fleksibeliti membolehkan pergerakan anggota badan dengan bebas. Ia menentukan fleksibiliti otot, tendon, sendi dan ligamen yang terpaut pada tulang. Senaman regangan adalah salah satu daripada latihan yang baik untuk meningkatkan fleksibiliti. Seseorang yang cergas dapat menggerakkan sendinya dengan bebas semasa berkerja atau bersukan. Walau bagaimanapun, kebolehan badan manusia menggerakkan anggota-anggotanya (fleksibiliti) dari semua sudut pergerakkan sendi yang mungkin yang ditentukan oleh aspek: I. Ditentukan oleh saiz dan kekuatan otot.

Ujian

Kecergasan

| 14

II. III.

Umur dan jantina. Tahap penglibatan dalam sukan. Senaman kalistenik merupakan salah satu latihan untuk mendapatkan fleksibeliti/

kelembutan. Senaman kalistenik semasa memanaskan badan membantu melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk melakukan aktiviti senaman. Dengan cara ini kecederaan otot dapat dielakkan. Kalistenik yang dilakukan semasa menyejukkan badan membantu mengelakkan dari pening atau pitam dan kesakitan otot yang selalunya disebabkan oleh tindakan kita berhenti serta merta selepas senaman. Faedah kecergasan yang diperolehi dari sesuatu sesi aktiviti kecergasan seperti senaman itu akan menurun selepas 48 jam. Jadi sesuatu aktiviti yang dilakukan tidak berkala tidak mendatangkan faedah yang berkekalan. Tetapi aktibiti senaman yang dijalankan dengan kerap, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dijarakkan dengan baik akan membentuk kecergasan dengan sempurna. Oleh itu, senaman kalistenik ini perlulah dilakukan secara berkekalan.

PENUTUP Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) adalah satu sistem pengumpulan data kecergasan pelajar dalam bentuk digital. Sistem ini dapat memudahkan para guru dan jurulatih untuk memantau prestasi kecergasan pelajar dan atlit mereka secara berterusan. Masalah utama yang dikenalpasti dalam Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) ini ialah sistem pengumpulan data kecergasan pelajar sedia ada masih bersifat prototaip dan perlu dibangunkan. Ketiadaan sistem pemfailan menyebabkan data pelajar tidak diatur secara sistematik. Selain itu, program latihan saranan untuk meningkatkan tahap kecergasan pelajar masih tidak merangkumi latihan-latihan dalam semua komponen kecergasan. Program

Ujian

Kecergasan

| 15

penasihatan dan saranan ini akan lebih sempurna sekiranya terdapat saranan program latihan mengikut komponen-komponen kecergasan. Sistem penyeliaan sedia ada masih diperingkat minimum iaitu hanya guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sekolah berkenaan sahaja yang menyelia. Ianya masih tidak bersifat menyeluruh dimana ia boleh diselia secara jarak jauh oleh pihak Kementerian Pelajaran atau organisasi-organisasi sukan tertentu, samada melalui satelit, emel dan sebagainya. Di sini lah dapat kita lihat kepentingan ICT dalam sistem ini. Ketiadaan sistem analisis automatik untuk mengkaji dan menilai tahap perkembangan pelajar dan atlit, menyukarkan lagi penyeliaan ini. Sistem analisis ini memberi banyak kemudahan kepada guru dan jurulatih khususnya dalam membantu meningkatkan tahap prestasi kecergasan pelajar dan atlit mereka. Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kebangsaan adalah satu sistem yang menyeluruh dimana ia mampu menyimpan semua data kecergasan pelajar. Keistimewaannya ialah semua data ini disimpan dalam bentuk digital. Penggunaan teknologi pangkalan data (database) di Malaysia masih baru, maka sistem ini adalah satu usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 untuk membina masyarakat yang berdaya saing dan berteknologi. Sistem ini juga dapat membantu dan memudahkan para guru PJK dan jurulatih sukan membuat analisis tahap kecergasan pelajar dan atlit mereka. Sistem penasihatan pula merupakan rujukan kepada para guru dan jurulatih ini merancang program latihan yang sesuai untuk pelajar dan atlit mereka. Tambahan pula program-program latihan yang diberikan dikelaskan mengikut komponen-komponen kecergasan tertentu. Tiada pilihan lain untuk mendapat tahap kecergasan dan kesihatan yang baik melainkan dengan usaha, masa, konsisten, kaedah yang betul dan disiplin yang tinggi. Manakala cergas fizikal perlu diseimbangkan dengan kecergasan minda/mental. Jika ketahanan kita kurang untuk mengatasi stres dan mudah tertekan, walaupun kita memiliki kecergasan badan yang tinggi, kita akan mudah mengalami tanda lesu, letih dan tidak bermaya. RUJUKAN

Ujian

Kecergasan

| 16

1.

Bouchard C, Shephard RJ and Stephens T (Ed.) (1994). Physical Activity, Fitness & Health. Human Kinetics.

2.

Christie Kong Pui Ching, Mohd Zarar Mohd Jenu, Mohd Nor Husain (2003) Fitness Monitor System Kolej Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

3.

Corbin, CB & Linsey, R. (1994) Concepts of Physical Fitness With Laboratories (8th education) Dubuqut, Iowa: Wm.C.Brown Communications, Inc

4.

Corbin, C.B (1994) Endurance: A Major Component of Physical Fitness Journal of Physical Education and Recreation Vol53

5. 6.

Rex Hazeldine. 2000. Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press. Vasudevan T. Arasoo. 1985. Asas Pendidikan Jasmani: Peringkat Menengah dan Tinggi. Ipoh: Fajar Bakti.

7.

Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan: Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. http://www.topendsports.com/testing/tests.htm http://www.fitness.gov/getfit.pdf http://www.thesportjournal.org

8. 9. 10.

Ujian

Kecergasan

| 17

Anda mungkin juga menyukai