Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum...

dan Salam Sejahtera saya ucapkan

Terima Kasih Pengerusi Majlis

Yang saya hormati para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan

sekalian

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Singa Yang Sombong”

Yang terlena sedar-sedarkan

Yang tersedar dengar-dengarkan

Yang Terdengar fikir-fikirkan

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sangat sombong.Badannya yang

besar dan kuat menyebarkan semua haiwan takut kepadanya.Banyak haiwan yang

telah menjadi mangsanya.

Suatu hari , semua haiwan dirimba telah mengadakan satu perjumpaan.Mereka

berbincang bagaimanan hendak menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.

Sang kancil pun bersuara dengan tiba-tiba dan mengingatkan mereka bahawa

kehidupan sekarang semakin terancam.

Semakin lama semakin ramai diantara mereka yang menjadi mangsa singa yang

zalim itu.Oleh itu, Sang kancil menyeru agar mereka mencari jalan untuk

menewaskan singa itu.

Seruan Sang Kancil itu telah mendapat persetujuan sebulat suara semua haiwan

tersebut. Tanpa melengahkan masa lagi, Sang kancil terus meminta cadangan

dareipada haiwan-haiwan lain bagaimana untuk menewaskan singa itu.Tiba-tiba

tebuan bersuara menawarkan diri untuk menewaskan singa itu.


Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan tebuan.Tebuan tidak

mempedulikan ejekan mereka sebaliknya mengambil tindakan yang sama seperti

dia.

Tebuan mencabar kawan-kawannya mengambil tindakan yang sama seperti

dia.Masing-masing tunduk diam tidak berkata apa-apa.

Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang singa ,Maka Sang Kancil

menyeru agar mereka sama-sama menentang singa dan menyokong sang tebuan

sebagai wira .Kata –kata Sang Kancil itu disambut dengan tepukan yang gemuruh

oleh penghuni rimba .

Pada keesokan harinya semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan

pertarungan antara singa dan tebuan. Tiba-tiba di suatu tempat mereka ternampak

singa masih tidur di bawah pokok, lalu tebuan terbang menghampiri singa dan

mencabar singa untuk berlawan dengannya.

Singa ketawa terbahak-bahak apabila mendengar cabaran Tebuan itu. Tebuan

sedikit pun tidak mengendahkan ejekan singa itu sebaliknya mempertahankan

dirinya dengan azam yang kuat. Dia yakin akan dapat menewaskan singa yang

malas itu.

Dengan pantas tebuan terbang mengelilingi singa itu.Singa itu pula berpusing-pusing

untuk menampar tebuan tetapi tidak berjaya ....yah...yah...yah...Lama kelamaan

singa itu menjadi letih.Tebuan mengambil kesempatan ini.Dengan pantas tebuan

masuk ke dalam hidung singa yang luas itu lalu menyengat singa dari lubang

hidungnya.’

Singa itu meraung kesakitan, aduh...aduh...dan bersin beberapa kali tetapi tidak

berjaya mengeluarkan tebuan. Acum...acummm...acumm...Semakin lama semakin

kuat gigitan tebuan itu.


Tidak lama kemudian singa itu pun mati kesakitan yang amat sangat. Semua

binatang bersorak kegembiraan, Mereka menyanjung keberanian tebuan itu

Wahai Sang Singa Gagah Perkasa,

Akhirnya engkau tumpas juga,

Pada Sang Tebuan Bijaksana,

Kerana sengat engkau merana.

Janganlah angkuh jangan sombong,

Kerana itu sifat durjana,

Marilah kita turut serta,

Sifat berani dalam cerita.

Ingat kawan-kawan

1.Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang kecil tidak semestinya lemah.

2.Kita tidak boleh bersifat malas,berusahalah kawan-kawan.

3.Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.

4.Jangan sesekali kita bersikap angkuh dan sombong.

Sebelum saya mengundurkan diri mari kita fikir-fikirkan...

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.....

Akal yang cerdik dan semangat yang kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai