Anda di halaman 1dari 5

Mari mari dengar cerita, satu kisah dulu kala, tentang singa

pentingkan dirinya, moga jadi tauladan kita. (nyanyi)

Assalammualaikum warahmaturrahi wabarakatuh dan salam


sejahtera, kepada para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
yang dikasihi serta rakan- rakan sekalian.

Sebelum saya memulakan cerita, izinkan saya memperkenalkan diri.


Nama saya ____________________________ , saya bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang.

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa
yang Sombong”.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya


yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.
Sang Singa akan mengamuk dan makan sahaja penghuni hutan yang
tidak patuh kepadanya.

Perbuatan Sang Singa ini telah menyebabkan semua haiwan berasa


sangat takut dan tertekan. Apa tidaknya, Mereka terpaksa
menyembunyikan diri dan hidup dalam ketakutan setiap hari. Aktiviti
harian mereka terjejas. Mereka tidak dapat hidup dengan aman dan
damai.

Pada suatu hari, mereka semua sepakat berunding untuk mendapatkan


buah fikiran yang bernas. Semua haiwan di rimba telah mengadakan
satu perjumpaan. Mereka berbincang tentang cara untuk menewaskan
singa yang ganas lagi sombong itu.
Mereka semua berfikir akan cara yang terbaik untuk menewaskan
keganasan Sang Singa itu.

Tiba-tiba Sang Tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya


cuba menewaskan Sang Singa itu. Semua haiwan memandang Sang
Tebuan kehairanan. Ada yang mengangguk ada yang menggeleng. Ada
juga yang ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Sang Tebuan.

Kasihan Sang Tebuan, niatnya untuk membantu penghuni rimba


diperlekehkan. Semua penghuni rimba tidak percayakan kebolehan
dirinya. Sang Tebuan hanya menundukkan kepalanya. Dia terbang
membawa diri. Namun, tidak pada Sang Kancil. Sang Kancil nampak
sesuatu yang luar biasa.

Lalu, Sang kancil pergi berjumpa Sang Singa dan menghantar kad
jemputan untuk bertarung dengannya. Sang Kancil tidak memberitahu
Sang Singa siapakah lawannya. Sang Kancil meninggalkan Sang Singa
dengan tanda tanya.

Pada keesokan harinya,……haaa…kawan-kawan nak tahu apa yang


berlaku? Cuba teka… hikhik hik (sambil tutup mulut dan dengar
telinga) haaa..ada yang meneka hampir tepat tu….Mari dengar rapat-
rapat.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk


menyaksikan pertarungan antara Sang Tebuan dan Sang Singa. Dari
utara hingga selatan, dari timur hingga barat. Mereka membanjiri
gelanggang pertarungan itu.

“ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau.” Kata
Tebuan dengan berani.

Alangkah terkejutnya Sang Singa apabila melihat Sang Tebuan


dihadapannya.

“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.

Tak payah lawanlah wahai Tebuan. Engkau itu kecil sahaja. Aku besar
dan berkuasa. Semua haiwan di hutan ini takut denganku. Wahai
Tebuan, aku telah menemukan sebuah ladang bunga yang cantik penuh
dengan bunga yang berwarna warni. Aku berhasrat untuk berikan
kepadamu. Kau dan keluargamu boleh tinggal di ladang itu dengan
aman kerana tiada siapa di situ. Tidakkah menarik tawaranku Sang
Tebuan. Kau boleh mendapat madu terbaik.

Sang Tebuan mendengar dengan teliti tawaran Sang Singa.

Agak-agak kawan-kawan apakah yang dilakukan tebuan? Tebuan


terima atau tidak tawaran itu? Jom dengar….

Namun, Sang Tebuan bukanlah serangga kecil yang singkat fikirannya.


Sang Tebuan telah menolak tawaran Sang Singa. Alangkah marahnya
Sang Singa dengan penolakan Sang Tebuan.

Demi mempertahankan nasib penghuni hutan, Sang Tebuan menolak


sebuah tawaran yang begitu berharga. Sedangkan dia tahu musim
kemarau sekarang susah untuk mendapatkan pokok-pokok yang subur
dan banyak madunya.

Tanpa membuang masa, dengan pantas, Sang Tebuan terbang


mengelilingi Sang Singa. Sang Singa berpusing-pusing untuk
menampar Sang Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama- kelamaan Sang
Singa menjadi letih. Sang Tebuan mengambil kesempatan, lalu
menyengat Sang Singa di lubang hidungnya.

Sang Singa meraung kesakitan. Aduh…aduh… sakitnya. Semakin lama,


semakin kuat gigitan Sang Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Sang
Singa mati kesakitan akibat sengatan tebuan yang berbisa itu.

Semua penghuni rimba, bersorak kegembiraan melihat Sang Singa


tumpas. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Sang Tebuan.

Kawan-kawan, kata orang lama, kecil-kecil cili api. Jangan disangka air
yang tenang tidak ada buaya. Daripada cerita ini, kita dapat
mempelajari bahawa jangan sesekali kita memandang rendah kepada
orang lain.

Dan……….yang paling penting. Janganlah kita cuba menawarkan dan


menerima sesuatu sekiranya kita ingin hidup senang dan selesa atas
penderitaan orang lain. Kerana jelas tertulis bahawa rasuah adalah
haram. Sayangilah diri dan keluarga kita. Jauhi Rasuah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai