Anda di halaman 1dari 2

Akhir Zaman

Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah
memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.

1.Rasulullah bersabda yang mafhumnya:


>> Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan.
Betul tak? Benar kata Rasulullah.

2.Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya:


>> Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-
tanaman.Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan
manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam
dengan segala macam tanam-tanaman.

3.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:


>> Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar
sabda Rasulullah ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

4.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:


>>Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini
ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis
Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah
berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.

5.Sabda Rasulullah yang mafhumnya:


> Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang
daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana
sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka
tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai
Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan
tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan
dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke
Sungai Euphrates.

6.Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya:


>> Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di
Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi
mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar -
ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini
peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang
peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga
lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

7.Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya:


>>Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka
semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka
semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka
semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang,
mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati
kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang
mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap
menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.

Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam
melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung
terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah
membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan.
Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat.
Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.

Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera
pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam
ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan
iktibar bagi kita. InsyaAllah..

Anda mungkin juga menyukai