Anda di halaman 1dari 4

Tajuk: Angsa Yang Sombong

Hai, kawan-kawan!

Nama saya Nur Patrisyia.

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Passai, Sibu.

Hari ini saya ingin bercerita tentang Angsa Yang Sombong

Di pinggir hutan, ada sebuah kolam yang besar. Di situ tinggal seekor

angsa betina yang cantik dan putih. Angsa itu sangat sombong dan selalu

menunjuk-nunjuk kelebihannya pada haiwan-haiwan yang lain.

“Ha..ha..ha… nampaknya hari ini sayap aku bersih dan cantik.

Ha..ha..ha ketawa angsa dengan bangga.

Errmmmm…sungguh angkuh angsa itu, kan kawan-kawan?

Suatu pagi angsa berenang-renang di dalam kolam seperti biasa.

Angsa ternampak burung di atas pokok.

“Wahai burung, sayap aku, atau sayap kamu yang lebih cantik?” tanya angsa.

“Sudah tentu sayap kamu,” jawab burung merendah diri.

Angsa gembira mendengar jawapan itu.

“Wahai kawanku, aku sangat bangga dengan kecantikan sayapku. Selain itu

sayap aku juga yang paling besar berbanding haiwan lain,” kata angsa lagi.

Mendengar kata-kata angsa itu, burung pun terbang meninggalkannya

sendirian.

Kemudian, angsa ternampak lebah. Angsa pun menghampirinya lalu

bertanya.

“ Lebah, lebah..sayap aku atau sayap kamu yang lebih besar?

“Oh, sudah tentu sayap kamu. Walaupun sayap aku kecil tetapi aku dapat

terbang lebih tinggi dari kau,” jawab lebah.


Angsa sangat marah mendengar jawapan itu.

“ Hei Lebah, badan engkau kecil sahaja, sekali aku ngap pasti engkau mati,”

kata angsa. Lebah pun meninggalkan angsa

Angsa kembali berenang-renang di dalam kolam sambil bermain-

main dengan sayapnya.

Haaa ..kawan-kawan, begitulah perbuatan angsa setiap hari. Tiada

lain kecuali berbangga dengan sayapnya.

Tanpa disedari, seekor serigala selalu memerhatikan angsa.

Serigala tertarik dengan angsa itu.

“Nyammmm… besarnya angsa itu, kalau aku makan pasti perut aku

kenyang. Kata serigala sambil menjilat mulutnya.

Serigala merancang untuk mendapatkan angsa itu. Kebetulan

serigala sangat lapar.

Hahhhhh… habislah engkau hari ini angsa. Perut aku ini akan

kekenyangan..

Haaa.. bagaimana kesudahannya nanti, kawan-kawan?

Serigala bersembunyi di sebalik sepohon kayu yang agak renek. Serigala

sudah bersedia. Sementara angsa sedang berenang di tepi kolam, serigala

lalu menerkamnya..

“Roarrr”….. serigala dapat menangkap sayapnya. Angsa menjerit sekuat hati.

“Tolong! Tolong! Tolong! Angsa cuba menyelamatkan diri. Serigala semakin

ganas menangkap angsa.

Lebah terdengar jeritan angsa dan ternampak serigala hendak memakan

angsa. Dengan pantas lebah mengajak rakan-rakannya untuk menolong


angsa. Mereka menyengat seluruh badan serigala. Serigala meraung

kesakitan dan melarikan diri.

Angsa kesakitan. Sayapnya telah patah. Kini tiada lagi sayapnya yang

cantik itu. Angsa sedih dan berasa sangat malu. Ia mengucapkan terima

kasih kepada lebah. Kini barulah angsa sedar bahawa kecantikan tidak

menjamin kebahagiaan. Angsa minta maaf kepada burung dan lebah.

Selesai sudah Kisah Angsa yang Sombong. Izinkan saya

menyampaikan dua rangkap pantun.

Bunga kenanga di atas kubur,

Pucuk sari pandan jawa,

Apa guna sombong dan takbur,

Rosak hati badan binasa.

Anjung landai kemudi pun landai,

Landai mari terheret duri,

Adik pandai saya pun pandai,

Jangan pula meninggi diri.

Kawan-kawan, dari cerita yang saya ceritakan tadi, dapatlah kita semua

pengajaran bahawa setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing.

Janganlah kita bersikap sombong dan angkuh dengan keistimewaan yang

ada. Sebelum mengundur diri, mari kita fikirkan.

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Akal yang cerdik

dan semangat yang kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.

Sekian, terima kasih


Anda mungkin juga menyukai