Anda di halaman 1dari 3

SMK LA SALLE KLANG

PERSIARAN RAJA MUDA MUSA,


41200 KLANG SELANGOR

_______________________________________________________________________________________

TAJUK AKTIVITI : KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PIBG BAGI PEMBELIAN


PERALATAN DAN KELENGKAPAN DI DALAM BENGKEL RBT &
BILIK PAK 21
PEGAWAI MEJA : PN NORSHELLA BINTI KHAIRI
TARIKH : 30 MAC 2022

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapat pertimbangan PIBG bagi meluluskan peruntukan kewangan
bagi menyumbang pembelian kelengkapan di dalam Bengkel RBT dan Bilik PAK 21.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang
abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam
proses pembelajaran. Sehubungan itu perubahan perlu bermula dari pengurusan kelas. Suasana kelas
perlulah berunsurkan abad ke-21 dimana kelas perlu berada dalam keadaan yang kondusif. Sudut-sudut
didalam kelas juga yang berasaskan PAK-21 perlu diwujudkan. Pengajaran dan Pemudahcaraan perlu
berorientasikan pendekatan PAK-21 Pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-
galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahu pun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu
beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21
amat mencabar.

2. MATLAMAT
Mewujudkan satu suasana pembelajaran abad ke 21 disekolah dan seterusnya menghasilkan murid-
murid bercirikan abad ke 21. Diharapkan melalui pendekatan ini pembangunan murid adalah secara
menyeluruh dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

3.RASIONAL/OBJEKTIF
i) Mewujudkan bengkel yang bermaklumat, bersih dan ceria .
ii) Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan murid melalui amalan
pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
iii) Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh melibatkan kemenjadian murid.
iv) Mengembangkan budaya inovasi dikalangan guru dan murid.
v) Memastikan pembelajaran bermakna berlaku di sekolah dengan kewujudan sudut-sudut yang
berkaitan pembelajaran abad ke21.

4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tingkatan 1-5

5. IMPLIKASI KEWANGAN
Sumber kewangan bagi perbelanjaan kelengkapan seperti bawah adalah dari peruntukan PIBG.
Berikut adalah cadangan perbelanjaan.

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BILIK / KELENGKAPAN ANGGARAN BILANGAN JUMLAH


HARGA PER UNIT PERLU
UNIT BELI
a) BILIK PENGURUSAN RBT
1. Label ‘BILIK PENGURUSAN RBT’
2. Pendingin hawa HP 2.5
3. Memasang pembahagi ruang (partition)
4. Kipas dinding industri
5. Papan notis maklumat (softboard)
6. Meja guru
7. Kerusi Guru
8. Printer

b) BILIK PAK 21
1. Label ‘BILIK PAK 21’
2. Pendingin hawa HP 2.0
3. Papan notis maklumat (softboard)
4. Meja guru
5. Kerusi guru
8. Menutup jaring-jaring dengan plywood/
papan pvc
9. Papan putih
10. Papan notis maklumat (softboard)
11. Screen Projector
12. LCD Projector
13. Pemasangan Jubin

c) BENGKEL RBT 1
1. Label ‘BILIK RBT 1’
2. Kipas dinding industri

d) BENGKEL RBT 2
1. Label ‘BENGKEL RBT 2’
2. Kipas dinding industri
e) BENGKEL RBT 3
1. Label ‘BENGKEL RBT 3’
2. Kipas dinding industri

JUMLAH

7. PENUTUP

Besar harapan saya agar pihak PIBG dapat memberi sokongan dan bantuan sepenuhnya untuk
menyumbang pembelian peralatan yang disenaraikan di atas. Semoga dengan sumbangan ini dapat
memberi suasana yang kondusif kepada murid

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

......................................... ......................................
(NORSHELLA BINTI KHAIRI) (NOR ‘AISHAH BINTI ABDUL MANAN )
GKMP Teknik & Vokasional Penolong Kanan Pentadbiran
SMK La Salle Klang SMK La Salle Klang

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI/TIDAK DIPERSETUJUI

...........................................
( MANOKARAN A/L PONNIAH )
Pengetua SMK La Salle Klang

Cop :

Tarikh :

DISOKONG OLEH :

...........................................................
(JAYANDRA A/L KUNAKUNRUKODY)
YDP PIBG
SMK La Salle Klang

Anda mungkin juga menyukai