Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

MEWUJUDKAN KAWASAN TAMBAHAN KERJA MENGGEGAS


BAGI PELAJAR PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN
KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH, PULAU PINANG

PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN


JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

TARIKH : 18 OKTOBER 2021

1
KERTAS KERJA

MEWUJUDKAN KAWASAN TAMBAHAN KERJA MENGGEGAS BAGI PELAJAR


PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN

PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN


JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

1.0 Pendahuluan

Kertas kerja ini dikeluarkan adalah hasil perbincangan bersama pihak Pentadbir, pihak
Jabatan dan semua guru Program Teknologi Kimpalan di mana cadangan projek yang
hendak dilakukan adalah menaiktaraf kawasan kerja menggegas di kawasan bengkel
kimpalan. Oleh itu, pihak program memerlukan sumbangan yang dianggarkan bernilai
RM 2000.00 untuk projek penambahbaikan tersebut. Kerja menggegas adalah untuk
mendedahkan para pelajar kepada teknik untuk menggunakan peralatan seperti kikir,
gergaji besi, alat pengukur dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga didedahkan kepada
cara menggunakan mesin gerudi dengan betul serta perlu mematuhi ciri-ciri kimpalan.
Oleh itu, kawasan kerja menggegas yang selesa dan selamat merupakan salah satu
objektif utama bengkel kimpalan dalam menyediakan prasarana yang diperlukan.

Oleh kerana kawasan kerja menggegas yang sedia ada di bengkel adalah tidak
mencukupi serta tidak begitu kondusif bagi menampung penggunaan pelajar setiap
sesi di bengkel. Justeru itu, projek kerja ini dirancangkan dan diharapkan dapat
membantu serta memudahkan pelajar apabila setiap kali pelajar melakukan aktiviti
menggegas di kawasan tersebut pelajar dapat melakukan aktiviti tersebut dengan
selesa dan selamat.

LATAR BELAKANG PROGRAM

Nama Program : Teknologi Kimpalan


Jabatan : Teknologi Mekanikal & Pembuatan
Kapasiti Pensyarah : 9 orang
Kapasiti pelajar : 120 orang pelajar (Kohort SVM 1, SVM 2, DVM 1 & DVM 2)
Sesi penggunaan : 1 – 2 kohort
bengkel

2.0 Objektif

Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai kawasan tambahan bagi


kerja menggegas adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1 Keadaan kawasan menggegas yang sedia ada ruangnya terhad dan kecil serta
tidak begitu kondusif
2.2 Kawasan skrap logam kimpalan juga tidak mencukupi dan akan dipindahkan.
Kawasan kerja menggegas akan ditambah dan menggantikan kawasan skrap
logam kimpalan tersebut.
2
2.3 Mematuhi prosedur kerja dengan selamat apabila melakukan aktiviti
menggegas dan kerja yang berkaitan.
2.4 Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunakan peralatan tangan
dengan betul.
2.5 Menjadikan pelajar mahir dalam kerja menggegas.
2.6 Memberikan pelajar gambaran sebenar kerja menggegas.
2.7 Melatih pelajar berdisiplin semasa di bengkel.

3.0 Pelaksanaan Projek Skop dan Komponen Projek dan Anggaran Kos

Cadangan projek ini melibatkan pembinaan dan penambahan kawasan kerja serta
pengubahsuaian kawasan kerja menggegas sedia ada seperti berikut:

3.1 Membina dan mengubahsuai kawasan kerja menggegas dengan peruntukan


sebanyak RM 2, 000.00 hasil sumbangan daripada PIBG dan Koperasi (Rujuk
Lampiran A : Anggaran Kos)

3.2 Pembinaan dan pengubahsuaian kawasan kerja menggegas melibatkan aktiviti


merobohkan kawasan skrap logam kimpalan, melepa lantai lama dan membina
lantai yang baru, menambahkan dan menggantikan bumbung kawasan kerja
tersebut dan pembinaan dinding bagi menghalang percikan api dan lain-lain.

4.0 Output dan Faedah yang Dijangka Dari Projek

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1 Mampu menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar dan juga guru kerana
penambahbaikan kawasan kerja ini dapat meningkatkan kualiti dari segi
keselamatan dan juga pemantauan semasa sesi amali di bengkel di jalankan.
4.2 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kepada pelajar supaya dapat
belajar dalam suasana kondusif dan lengkap.

5.0 Justifikasi Projek

Rasional penambahbaikan kawasan kerja menggegas ini adalah untuk:

3
5.1 Sebagai persiapan bagi menampung bilangan pelajar yang ramai dan pergerakan
kerja lebih optimum.
5.2 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
keselesaan pelajar. Di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan
waris pelajar terhadap keberkesanan program Teknologi Kimpalan ini.

6.0 Implikasi Sekiranya Projek Tidak Dilaksanakan

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar
sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:

6.1 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana ruang kerja menggegas
sedia ada agak kecil dan tanpa ruang kerja yang selesa pergerakan pelajar dan
pengendalian alatan adalah sangat terhad.
6.2 Memerlukan banyak masa untuk mengendalikan tingkah laku pelajar dan mengatur
giliran untuk menggunakan kawasan kerja menggegas tersebut.
6.3 Mempengaruhi minat dan keyakinan waris pelajar untuk menghantar anak-anak
mereka memasuki program Teknologi Kimpalan kerana prasarana yang tidak
memberangsangkan.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

............................................................ ……………………………………
Pn. Nurul Atikah Binti Omar En. Mohd Termizi bin Ahmad Nadri
Setiausaha Ketua Program
Program Teknologi Kimpalan Teknologi Kimpalan
Kolej Vokasional Butterworth Kolej Vokasional Butterworth

Disokong Oleh: Diluluskan Oleh:

.................................................. ..................................................
En. Yam Weng Hoong Tn. Hj. Ahmad Zawawi Bin Mohd Ali
Timbalan Pengarah Akademik Pengarah
Kolej Vokasional Butterworth Kolej Vokasional Butterworth

LAMPIRAN A

4
A. SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA KOS


1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) RM 1000.00
2 Koperasi Kolej Vokasional Butterworth Berhad RM 1000.00
JUMLAH RM 2000.00

B. KOS MEROBOH DAN PEMBINAAN


ANGGARAN KOS
BIL PERKARA
(RM)

Upah pekerja
- Mengalihkan scrap logam
1 - Merobohkan kawasan scrap logam
2, 000.00
- Melepa lantai lama dan membuat lantai baru
- Menggantikan dan menambahkan bumbung
- Membina dinding pelindung

LAMPIRAN B

KAWASAN KERJA MENGGEGAS SEDIA ADA BENGKEL KIMPALAN

5
6
7

Anda mungkin juga menyukai