Anda di halaman 1dari 4

Kebersihan sungai adalah tanggungjawab kita bersama.

Namun, masyarakat kini


masih tidak mengambil peduli tentang pencemaran sungai yang semakin serius.

Sungai merupakan kejadian alam sekitar yang semakin terpinggir dalam kehidupan
manusia moden ini. Pihak media massa sering menjadikan pencemaran sungai sebagai
satu bahan utama berita mereka kerana berita ini mudah menjadi sensasi. Maka, ada
pelbagai tindakan yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menyelamatkan sungai
ini.

Langkah awal yang boleh diambil ialah masyarakat tidak lagi membuang sampah ke
dalam sungai tanpa rasa bersalah. Kebanyakan sungai di negara ini tercemar kerana
terlalu banyak sampah yang dibuang ke dalamnnya dengan anggapan sungai boleh
membersihkan diri sendiri. Oleh itu, isu ini akan dapat diatasi jika orang ramai tidak lagi
membuang sampah sesuak hati.

Malah, pihak kerajaan boleh menggubal satu peruntukan perundangan baru yang mampu
menghukum individu yang mencemarkan sungai dengan hukuman yang berat.
Masyarakat akan berasa gerun untuk melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan sungai
apabila mengetahui betapa beratnya hukuman yang bakal menanti mereka. Jelaslah,
hukuman yang berat akan menghalang masyarakat daripada terus mencemarkan sungai
kita itu.

Malahan, kempen kesedaran boleh dilancarkan oleh pihak berkuasa menerusi


penggunaan media massa. Dalam kempen ini diterangkan sebab-sebab sungai tercemar
dan kesan tindakan itu supaya masyarakat memahami kepentingan sungai dalam
kehidupan harian manusia. Sesungguhnya, sungai tidak akan tercemar lagi setelah
manusia menyedari keperluan sungai yang jernih dalam kehidupan manusia.

Selain itu, usaha mengindahkan kawasan sungai hendak ditingkatkan oleh kerajaan.
Kawasan tebing sungai perlulah dikukuhkan dengan konkrit dan kedalaman sungai
dikawal dengan melakukan aktiviti mengorek mengikut jadual supaya aliran sungai tidak
terganggu. Jelaslah, sungai harus diselenggarakan dengan baik supaya tidak mudah
tercemar dengan kotoran dan hakisan tanah tebingnya.

Kesimpulannya, huraian tadi telah membuktikan bahawa banyak kaedah yang boleh
diambil untuk menangani pencemaran sungai kita. Semua pihak hendaklah bersedia
untuk bertindak tegas kepada individu yang mencemarkan sungai itu. Slogan, cintailah
sungai kita harus tersemat dalam jiwa masyarakat agar isu ini boleh diselesaikan dengan
baiknya.

Anda mungkin juga menyukai