Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA SEMPENA RIMUP

SAMBUTAN PERAYAAN GAWAIRAYA PERINGKAT SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN PUJUT CORNER, MIRI
TAHUN 2022

1. Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan


Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. program ini pada awalnya
telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah
rendah dan menengah.

KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid
pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka.
Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan mewujudkan suasana
hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan
kaum yang lain.

Oleh itu menjadi tanggungjawab sekolah untuk mengadakan sambutan perayaan


Hari Gawai dan Sambutan Hari Raya pada tahun 2022 dengan cara yang sesuai. Diharap
dengan perancangan yang dilakukan ini dapat mencapai objektif yang dirancang.

2. Objektif
2.1. Murid dapat memahami konsep perayaan Gawai dan Hari Raya.
2.2. Murid dapat melibatkan diri secara langsung dalam kemeriahan perayaan Gawai
dan Raya.
2.3. Dapat memupuk tabiat dan sikap menghormati adat resam sesuatu kaum.

3. Sasaran
Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Pujut Corner.

4. Pelaksanaan
Tarikh : 20 Mei 2022
Hari : JUMAAT
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Kelas masing-masing

5. Perbelanjaan
Perkara Harga Sumber Kewangan/Pembekal
1 Hadiah Pertandingan
Set alat tulis
Tempat pertama (7 set X RM20) RM140
Tempat Kedua (7 set X RM15) RM105
RM 70 BKK
Tempat Ketiga (7 SET X RM10)
Saguhati ( 15 X RM8) RM120

Piala
RM15
Johan
RM12
Naib Johan RM 12
RM10
Tempat Ketiga RM10
6. Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Puan Jacqueline Anak Kemping ( Guru Besar )


Naib Pengerusi 1 : Encik Aleff Abd Ghani ( Penolong Kanan 1 )
Naib Pengerusi 2 : Cik Jenny Uring Ajang ( Penolong Kanan HEM )
Naib Pengerusi 3 : Encik Ng Chee Hung ( Penolong Kanan KK )
Penyelaras : Puan Mihen Dioy
: Puan Sam Sze Ni
Ahli-ahli : Semua Guru dan staf SK Pujut Corner, Miri.

JAWATANKUASA GURU BIDANG TUGAS


PENGACARA MAJLIS Sylvia Luhat Menyediakan skrip juruacara dan 
bertindak sebagai pengacara program 
Jimmy anak Liling membuat pengumuman pemenang 
pada hari Sambutan Gawai Raya 
melalui PA sistem
JAMUAN SAMBUTAN  GURU KELAS DAN PEMBANTU 1. Merancang dan menyediakan 
perbelanjaan  kepada ahli untuk
GAWAI RAYA semua aktiviti yang dijalankan.
2.  Menyediakan  peralatan dan makan
an untuk semua murid dan
menyusun kerusi meja dalam kelas.

HAKIM PERTANDINGAN Guru pra 1.Memilih 3 peserta terbaik daripada 


PAKAIAN TRADISIONAL setiap kelas dan serah gambar kepada 
TERBAIK hakim pertandingan
Guru kelas
1.Memilih 1 peserta terbaik daripada se
tiap kelas dan serah gambar kepada hak
im pertandingan.
Donna ( Tahun 1)
1. Menilai dan menetapkan
Hartini ( Tahun2)
Rozalia ( Tahun3) kedudukan 1-5.
Michelle Tee ( Tahun 4)
Nur Asmah ( Tahun 5)
Martin ( Tahun 6)
1. Menilai dan menetapkan
GB kedudukan bagi kategori guru.

HADIAH DAN Ling Jing Ting 1. Mendapat hadiah daripada PKKK dan
CENDERAHATI Michelle Tee mengagihkan hadiah pemenang mengikut
kategori dan diserahkan kepada guru kelas.
2. Menyediakan sijil kepada pemenang.

MULTIMEDIA Wong Soon En 1. Memutarkan lagu hari raya, lagu hari


Gawai dan lagu yang sesuai.
2. Memuatnaikkan gambar atau rakaman
sambutan RIMUP Gawai Raya yang telah
disunting ke Facebook dan Youtube Sekolah.

BACAAN DOA Muhammad Zaid Bin Zuraimi 1.  Menyediakan teks doa yang sesuai untuk
majlis dan memimpin bacaan doa.
JURUGAMBAR Linda Anak Stephen Akon 1. Merakam gambar dan video sepanjang
Sheena Jantang Michael majlis dan diserahkan kepada JK
Fauziana binti Hamzah multimedia.
Guru Kelas 2. Menyediakan laporan sebaik sahaja majlis
selesai.

7. Aturcara Program

Jumaat (20.5.2022)
0745 : Ucapan Alu-aluan Pengacara
0950 : Ucapan Guru Besar
0955 : Nyanyian lagu kebangsaan / Bacaan Doa
1000 :  Pertandingan Pakaian Tradisional Terbaik
 Jamuan semperna Hari Gawai Raya
 Pengumunan Pemenang
- Hadiah murid disampaikan oleh guru kelas
1130
Bersurai

8. Penutup

Adalah diharapkan program yang dianjurkan ini akan mencapai objektif yang
dirancang di atas kerjasama daripada semua pihak. Kejayaan penganjuran program ini
juga diharapkan dapat meningkatkan kerjasama dan mengharmonikan lagi hubungan
silaturrahim antara murid, guru-guru dan staf sekolah. Kejayaan sesuatu program itu
berlandaskan komitmen ahli yang menerajuinya. Semua usaha yang terlibat amat
dihargai dan diucapkan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….………………………………..
( MIHEN DIOY) ….………………………………
Penyelaras RIMUP, ( NG CHEE HUNGI )
Sekolah Kebangsaan Pujut Corner, Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Pujut Corner.

Disahkan oleh,

….………………………………
( JACQUELINE ANAK KEMPING )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pujut Corner.

Anda mungkin juga menyukai