Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Maksud
Di kandang sudah terhidang rumput dan jerami
( makanan )yangdimakan ketika lapar. Hal ini
menjadi perjanjian sebagai tanda kesetiaan
berkhidmat kepada tuannya. Setelah
kekenyangan, kuda-kuda ini menjadi tunggangan
untuk memburu kuda-kuda liar lain tanpa
mempedulikan nasib dirinya.
Persoalan
Nilai
Pengajaran
Maksud
Persoalan
Nilai
Pengajaran
Maksud
Persoalan
Nilai
Pengajaran
Maksud
Persoalan
Nilai
Pengajaran
(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, nyatakan sebab Sang Gembala Kuda
dianggap sebagai lelaki yang mempunyai kuasa?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin agar
dihormati dan disegani?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Sintaksis
Sintaksis : SPM Jun 2010
Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan
isi dalam dialog tersebut.
Shimah : Yalah, kali terakhir kita berjumpa ketika hari akhir persekolahan. Awak masih belajar atau
sudah bekerja?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Aman : Saya masih belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur dalam jurusan perakaunan.
_________________________________________________________________________________
Subjek : _________________________________________
Predikat : ________________________________________
i) Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
Subjek : _________________________________________________________________
Predikat : ______________________________________________________________
Subjek : ________________________________________________________________
Predikat : ______________________________________________________________
Subjek : _________________________________________________________________
Predikat : _______________________________________________________________
Subjek : ___________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________
Subjek : ___________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________
vi) Demi membiayai kos pelajaran anak – anak , ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.
Subjek : ___________________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________________
(b) Gabungkan dua ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk denagn menggunakan
kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud asalnya.
iii) Ayah membeli komputer riba. Komputer riba itu sangat ringan.
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012 – 725 7842
____________________________________________________________________________
vii) Rumah Pak Ali berbentuk tradisional. Rumah Encik Cheng berbentuk moden.
____________________________________________________________________________
vi) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.
_________________________
Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006
_________________________________________________________________________________
Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.
_________________________________________________________________________________
Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
________________________________________________________
________________________________________________________
Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman
semakin meningkat.
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu lepas.
_________________________________________________________________________________
Baca ayat-ayat penyata di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat penyata kepada
ayat tanya berlandaskan perkataan yang dihuruftebalkan. Penjanaan ayat tersebut
mestilah menepati maksud asal pada ayat.
2. Puan Chong mengajarkan subjek Sejarah dengan video dan multimedia lain.
__________________________________________________________________
4. Lorong yang sepi itu berbahaya kerana menjadi tempat penagih dadah bersarang.
_________________________________________________________________
6. Ahmad menyelesaikan masalah itu dengan cara menjual kesemua aset yang dimilikinya.
______________________________________________________________________
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Masalah kekacauan moral dalam kalangan remaja elah mendapat perhatian kerajaan
sejak daripada dahulu lagi.
ii. Sukan ialah satu wahana yang dapat mengeratkan penyatuan rakyat yang berbilang-
bilang kaum di negara kita.
iii. Di antara matlamat Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk mengeluarkan warganegara
yang bersahsiah tinggi.
i. Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan sesebuah negara
mengalami kerugian di dalam jangka panjang .
ii. Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara langkah yang
berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit
iii. Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam
menjalankan tugas.
ii. Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan
bakinya disimpan di dalam bank.
ii. Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting
demi untuk membolehkannya bersaing pdaperingkat antarabangsa
iii. Penghawa dingin yang dipasang di makmal komputer itu tidak berjalan dengan baik
i. Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja
syarikat tersebut.
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012 – 725 7842
ii. Keseluruhan penduduk –penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba
musim membajak padi.
iii. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi
tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.
(i) Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik
mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.
(ii) Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep
layan sendiri.
(iii) Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan
martabat mereka.
(ii) “Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin itu
ketika berucap dalam pehimpunan belia.
(iii) Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.
Dalam mendepani arus modenisasi tanpa limitasi ini, pelbagai cabaran hidup yang perlu
diharungi oleh setiap strata masyarakat. Golongan remaja pastinya difokuskan kerana mereka
merupakan golongan majoriti yang mendiami planet bumi ini. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Begitulah slogan yang kini menjadi tunjang utama kepada peradaban negara. Hal ini jelas
merujuk kepada golongan remaja di mana mereka memainkan peranan yang amat besar dalam
memastikan kejayaan Malaysia terus memacu ke hadapan. Namun, apa yang menyayat hati adalah
apabila golongan remaja diperhatikan , mereka amat mudah terpengaruh dengan cabaran dunia.
Kebobrokan akhalak golongan remaja yang kian jelas semakin memuncakkan kerisauan semua
pihak. Oleh itu, ahli keluarga perlulah sedar dan membuka mata bahawa terdapat satu
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012 – 725 7842
tanggungjawab yang besar di pundak mereka dalam membantu para remaja yang kian terjerumus
dalam lembah kegelapan.
Peranan pertama yang utama ialah ahli keluarga perlulah memastikan para remaja yang
berkawan dengan mereka yang mantap akhlak dan sahsiahnya. Memetik kata-kata Saidina Ali bin Ai
Talib “ manusia yang lemah imannya adalah mereka yang tidak mampu mencari sahabat
dan yang lebih lemah dari itu ialah mereka yang mensia-siakan sahabat yang telah
dicari”. Kata-kata tokoh Islam yang masyhur ini jelas membuktikan bahawa sahabat merupakan
insan yang penting dalam mencerminkan diri kita yang sebenar. Tamsilnya, ibu bapa berperanan
untuk mengetahui maklumat yang terperinci tentang rakan anak emas mereka. Tindakan pantas yang
pragmatik ini amatlah signifikan kerana para remaja majoritinya amat mudah terpengaruh dengan
rakan sebaya. Ibu bapa juga perlulah tahu setiap tindak tantud para remaja bersama rakan-
rakannyadi luar rumah. Oleh itu, mereka pastinya berasa takut untuk melakukan perkara yang
berunsurkan negatif dan menurut nafsu semata-mata bak kata peribahasa Melayu, beraja di hati,
bersultan di mata. Hal ini jelas menunjukkan peranan ahli keluarga terutamanya ibu bapa dalam
mengawasi para remaja agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
Seperkara yang tidak kurang penting juga, media massa kini semakin rancak berkembang
dan maju ke hadapan. Media sosial terutamanya merupakan medium canggih yang majoritinya
digunakan oleh golongan remaja. Hal ini kerana, mereka lebih pintar dan bijak dalam mengakses
aplikasi-aplikasi seperti ini. Sebagai tamsilan, remaja pastinya mempunyai aplikasi media sosial seperti
‘Facebook’, ‘Twitter’, ‘Instgram’, dan Whatsapp’ di dalam telefon pintar mereka. Oleh itu, banyak
masa yang telah dihabiskan oleh mereka dengan menatap skrin bercahaya dari pagi hingga ke
petang. Masyarakat Melayu lazim dengan peribahasa masa itu emas. Bertitik tolak dari itu, ahli
keluarga perlulah memainkan peranan masing-masing dalam menasihati remaja agar tidak mensia-
siakan waktu yang ada. Ahli keluarga seperti abang dan kakak sewajarnya berusaha bagai air
mencari jenisnya bagi memastikan adik-beradik mereka tidak lalai dan leka dengan media massa.
Buang yang keruh ambil yang jernih. Media massa hakikatnyamenyediakan kita dengan pelbagai
maslahat. Namun jika tersilap langkah, media massa berupaya menyajikan kita dengan seribu
mafsadah. Oleh itu ahli keluarga mestilah tidak mengambil enteng dalam tugas mereka menasihati
para remaja agar tidak terpengaruh dengan media massa.
Disingkap dari aspek yang lain pula, ahli keluarga perlulah bahu–membahu dalam membantu
para remaja agar tidak rosak akibat budaya Barat. Hal ini kerana, budaya Barat merupakan budaya
hedonistik kian menular dalam sukma setiap remaja. Sebagai uswah, para remaja gemar melayan
drama-drama artis dari Korea. Hal ini menyebabkan mereka mengikut jejak langkah setiap artis
pujaan mereka dari aspek penggayaan rambut, pemakaian baju hinggalah gaya pertuturan mereka.
Para remaja berasa hidung tinggi dan berbangga apabila mereka dimiripkan dengan artis-artis luar
negara. Rentetan itu, ahli keluarga perlulah mengambil langkah sederap untuk menghalang
penerapan budaya asing dalam diri para remaja. Hal ini kerana, peribahasa Melayu sering
mengingatkan, biar mati anak, jangan mati adat. Peribahasa ini jelas menunjukkan peri
pentingnya adat dan budaya resam kaum kita agar dipelihara sehingga ke generasi yang seterusnya.
Oleh itu, ahli keluarga perlulah menghalang para remaja daripada menyaksikan drama-drama luar
negara, membeli majalah-majalah yang tidak berfaedah serta pertuturan loghat asing. Oleh itu, para
remaja akan terpelihara daripada unsur budaya Barat. Ahli keluarga juga terutamanya ibu bapa
perlulah menerapkan nilai-nilai agama dan unsur-unsur kerohanian dalam diri remaja. Oleh itu, atma
para remaja akan bersih dan mereka mampu membezakan antara intan dan kaca.
Jika ditelusuri, remaja juga perlu dipadatkan aktiviti seharian bersama-sama ahli keluarga. Hal
ini kerana, golongan remaja mudah lupa tentang asal usul dan keturunan mereka. Oleh itu, ahli
keluarga wajarlah menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama-sama remaja.
Sebagai contoh, aktiviti mengemas rumah, menonton televisyen, beriadah di taman dan melancong
ke luar negara. Ahli keluarga berperanan memastikan para remaja sentiasa berada di sisi mereka.
Oleh itu, remaja akan terjaga daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti
menghisap rokok, menagih dadah dan ponteng kelas. Ahli keluarga tidak wajar melakukan peranan
masing-masing bagai melepaskan batuk di tangga. Para remaja pastinya berasa terabai sejurus
itu memberi alasan kepada mereka untuk melakukan perkara-perkara yang negatif. Ibu bapa perlulah
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012 – 725 7842
menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh kerana sesungguhnya anak-
anak yang mengalami peringkat remaja amatlah menagih kasih sayang ibu bapa. Jelaslah bahawa,
aktiviti yang mebawa kepada pelbagai maslahat sesama keluarga amatlah signifikan dalam
memastikan para remaja tidak tewas dengan cabaran hidup
Natijahnya terdapat pelbagai peranan yang perlu digalas oleh ahli keluarga dalam
memastikan para remaja mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran hidup
yang mendatang. Ingatlah bahawa, kemajuan negara pada masa hadapan ditentukan oleh golongan
remaja pada masa ini. Inspirasi kata-kata daripada George Washington Carver, “ 99 peratus
kegagalan datangnya daripada mereka yang suka memberi alasan”. Kata-kata beliau jelas
mengingatkan bahawa tiada alasan yang wajar diberi oleh masyarakat terutamanya ahli keluarga
dalam membantu golongan remaja mengatasi rintangan-rintangan dalam kehidupan mereka. Pada
saat-saat getir seperti ini, ahli keluarga tidak wajar bersikap bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Golongan muda tidak kuat dan mudah goyah untuk
mengorak langkah dalam kehidupan mereka. Ahli keluarga yang merupakan darah daging mereka
sendiri merupakan insan yang paling penting untuk berada di sisi mereka dalam membantu mereka
membuat keputusan yang tepat yang menjanjikan kecemerlangan hidup mereka.