Anda di halaman 1dari 4

SMK PESISIRAN PERDANA,

84000 TANGKAK
JOHOR

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH :
KAMARIAH BINTI MOHD NOR
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
PUSAT SUMBER
SMK PESISIRAN PERDANA

KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang
selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu,
sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama
bagi menarik minat seluruh warga sekolahmenggunakan PSS dengan optimum.
Keceriaan dan keselesaan menambah baik keadaan fizikal serta mutu perkhidmatan Pusat
Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber yang lengkap,
bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses Pengajaran
dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN)
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

2.2 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan
yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)

3.0 TARIKH

Persekolahan bermula 1 November 2019 hingga 30 November 2019

4.0 TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah

5.0 SASARAN

5.1 Guru Pusat Sumber

5.2 Pengawas PSS 2019


6.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN

6.1 Pembangunan Fizikal

BI PERANCANGAN ANGGARAN SUMBER


L BELANJAWAN
1. Memilih dan mengasingkan buku-buku lama - Buku dilabel
dan menyusun buku mengikut Sistem mengikut warna
Pengkelasan Dewey. pengkelasan

2. Membaik pulih alas meja bacaan RM 100.00 PCG

Plastik meja 1 gulung


3. Mengecat kaki meja sebanyak 14 buah meja RM 100 PCG
bacaan
Cat Superglo (Hitam 5L)

4. Mengecat dinding Pusat Sumber RM 250.00 PCG

Cat Jotun (Cream 7L)


Cat Jotun ( Purple 5 L)

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Perbelanjaan

Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek keceriaan Pusat Sumber Sekolah
adalah RM 450.00

7.2 Pendapatan

BI PERKARA PERUNTUKAN
L

1. Wang Sekolah (Peruntukan Geran Perkapita) RM 450.00

8.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan
mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di
sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

(KAMARIAH BINTI MOHD NOR) (ASPALILA BINTI ABD KARIM (RAMLAH BINTI ABDUL GHANI)
Guru Perpustakaan & Media PENOLONG KANAN Pengetua
SMK PESISIRAN PERDANA SMK PESISIRAN PERDANA SMK PESISIRAN PERDANA
TANGKAK JOHOR TANGKAK JOHOR TANGKAK JOHOR

Anda mungkin juga menyukai