Anda di halaman 1dari 1

PDPR PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

15/6/2021
LATIHAN (JAWAB DALAM BUKU LATIHAN MORAL)
Sila rujuk buku teks muka surat 88.
Baca dan fahami surat penghargaan yang ditulis oleh Ruben Raj tentang kehidupan komuniti projrk
perumahan rakyat dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Encik Ruben Raj,


506/5, Blok D,
Projek Perumahan Rakyat(PPR) Sri Mawar,
46100 Petaling Jaya.
__________________________________________________________________________________
Encik Munizar Mohamad,
Pengerusi Persatuan Penduduk. PPR Sri Mawar,
46100 Petaling Jaya 31 OKTOBER_____

Tuan,
Penghargaan kepada Persatuan Penduduk PPR Sri Mawar

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan PPR Sri


Mawar kerana sentiasa menggalakkan penduduknya yang pelbagai kaum menyertai
aktiviti kemasyarakatan.

2.. Penduduk PPR Sri Mawar sentiasa memberikan kerjasama dengan setiap program
yang diadakan tanpa mengambil kira latar belakang kaum. Hal ini telah .
merapatkan kemesraan antara kaum di kawasan ini.

3. Sehubungan dengan itu, suasana harmoni dan mesra ini perlu diteruskan dan.
diwarisi oleh generasi muda agar Persatuan Penduduk PPR boleh menjadi suri
teladan kepada persatuan penduduk PPR yang lain.Semoga semua usaha dan
kejayaan pihak Persatuan Penduduk PPR Sri Mawar akan terus dihargai oleh
penduduknya.

Sekian, terima kasih.

Ruben
(RUBEN RAJ)

1. Jelaskan nilai yang diamalkan oleh penduduk PPR Sri Mawar.


2. Bincangkan cara hidup bersatu padu yang diamalkan oleh penduduk PPR Sri Mawar.
3. Huraikan kepentingan amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di PPR Sri
Mawar.

Anda mungkin juga menyukai