Anda di halaman 1dari 29

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan
bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui
kegiatan

seharian

tertentu.

Matematik

selalunya

didefinisikan

sebagai

pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan


kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah
penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan
simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa
perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas,
untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Masalah yang hadapi oleh kanak-kanak dalam matematik ialah mereka
menulis nombor dengan terbalik sehingga menyebabkan jawapan yang mereka
terima adalah salah. Selain itu, mereka juga kurang faham akan konsep masa,
ruang, isipadu dan sebagainya. Ini menyebabkan konsep matematik mereka salah
dan mereka tidak dapat menguasai matematik dengan baik.
Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan
hukum dan tatacara dalam matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik
ini ialah, pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah
melakukan pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang
dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas
murid perlulah spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan
dan pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam
proses pentaksiran dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat
meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada.
Pentaksiran kendiri menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini.
Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan
kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan
ujian kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai
semak dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di
dalam kelas dan portfolio murid.
Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan,
perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lainlain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah
keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga persekitaran sosial
murid.
Untuk tugasan pada kali ini, saya ditugaskan untuk mentaksir kebolehan
murid dalam kemahiran menolak menggunakan Ujian Diagnostik Matematik yang
dibina. Melalui ujian murid tersebut, saya perlu menganalisis kekuatan dan
kelemahan murid tersebut dan perlu merancang rancangan pengajaran harian.
Rancangan tersebut perlulah dilaksanakan dan dilaporkan secara terperinci.
Melalui tugasan ini, saya dapat memperoleh pebagai maklumat serta
menambah kemahiran dalam mentaksir kemahiran murid terutamanya dalam bidang
Matematik. Semoga tugasan ini dapat membantu saya menjadi guru yang komited
dan berdedikasi pada masa hadapan.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Nama: Muhammad Zaki bin Zazali


Umur: 8 tahun
Tarikh Lahir: 04 April 2004
Tempat Lahir: Hospital Alor Setar
Jantina: Lelaki
Agama: Islam
Tarikh Masuk Sekolah: 1 Januari 2011
Alamat Rumah: 56, Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang, 06200 Kepala Batas,
Kedah
Pekerjaan Bapa: P.R.A
Latar Belakang Pendidikan Bapa: Sekolah Rendah
Tinggal Dengan Siapa: Ibu bapa
Bilangan Kanak-kanak Di Rumah: 5
Kedudukan Dalam Keluarga: Bongs

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK


3.1

Sosial dan Emosi


Zaki merupakan seorang murid yang tidak menghadapi masalah sosial yang
serius. Dia merupakan seorang kanak-kanak yang periang dan seringkali
menghabiskan masa bersama rakan-rakannya yang lain. Sikapnya sama
seperti kanak-kanak normal yang lain malahan sangat aktif dan seringkali
mengutarakan pertanyaan kepada guru. Dia menunjukkan perasaan yang
teruja setiap kali masuk ke kelas Pemulihan dan bersedia belajar bendabenda baru. Zaki juga senang menurut perintah dan sikapnya tidak terlalu
keterlaluan. Dia sering tersenyum walaupun dimarahi oleh guru.

3.2

Tingkah Laku
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati,
diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara
terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah
manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama
ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Zaki merupakan kanak-kanak yang tidak mengalami sebarang
masalah emosi, tidak terlalu bergantung pada orang lain dan nilai kendiri yang
tinggi. Kanak-kanak ini biasanya cuba berdikari dan cuba membuat sesuatu
tanpa bantuan orang lain. Dia juga sangat suka untuk mencuba sesuatu yang
baru. Sikap yang paling saya sukai pada Zaki ialah dia seringkali bertolak
ansur dan mementingkan perasaan orang lain. Zaki tidak memberi sebarang
permasalahan yang besar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Malahan dia sering bertanya jika terdapat sesuatu perkara yang
tidak difahaminya. Dia tidak segan silu meminta tunjuk ajar dan menerima
nasihat serta teguran dengan sikap yang terbuka.
Zaki berpotensi untuk terus maju dan boleh belajar secara normal jika
dia lebih giat berusaha dan rajin belajar. Malahan dengan sikapnya yang

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

sering optimis memungkinkan dia untuk lebih berjaya pada masa hadapan.
Bahan bantu belajar yang menarik dan bersesuaian perlulah dibina untuk
membantu Zaki supaya lebih bermotivasi untuk belajar. Strategi dan kaedah
mengajar perlulah dipelbagaikan dan kaedah bermain sambil belajar perlulah
selalu dijalankan untuk meningkatkan kognitif murid tersebut.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang


membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon
adalah sama dengan apa yang dimaksudkan.
Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh Salvia dan
Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data
dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk
membuat keputusan.
Manakala

menurut

Gearheart

(1990),

pentaksiran

adalah

proses

pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang


luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan
ditempatkan dan cadangan penempatan.
Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi definisi
pula adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan
menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.
Seterusnya,

menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran

dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi

aktiviti

menghurai,

mengumpul,

merekod,

memberi

skor

dan

menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan


tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan
boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran.
Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk
menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.
Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan
gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti
membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan
punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi
pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang


melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang
berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
Untuk mentaksir masalah penguasaan untuk subjek Matematik pada Zaki,
kaedah Ujian Diagnostik Matematik dilaksanakan. Ujian diagnostik ini dibina untuk
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Zaki bagi tajuk operasi tolak sahaja. Ujian
diagnostik meruapakan satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan
khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi
oleh seseorang murid.
Ujian diagnostik dibina untuk membantu guru mengenalpasti secara khusus
kesulitan-kesulitan yang dihadapi murid di samping mengenal pasti punca kegagalan
murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Selain itu, ujian ini juga dibina untuk
membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan
kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid malahan membantu guru
merancang satu program pengajaran yang khusus terhadap individu atau kumpulan
dengan lebih tepat dan sistematik serta membolehkan guru merancang, membina
program serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Ujian diagnostik membantu guru pemulihan mengetahui masalah-masalah tertentu


pembelajaran kanak-kanak dalam pelajaran yang diuji. Ujian diagnostik juga
menunjukkan yang pembelajaran akan terganggu jika terdapat kesulitan-kesulitan,
Kemajuan kendiri (self-development) adalah aspek yang khusus dalam kelemahankelemahan (juga kekuatan-kekuatan dalam sesuatu pelajaran asas). Sesuatu ujian
diagnostik boleh juga dijadikan satu ujian pos. Jika ini berlaku, seseorang itu dapat
melihat kemajuan dicapai setelah arahan dan keputusan dibuat sama ada hendak
menghantar balik kanak-kanak itu ke kelas biasa atau mengekalkannya terus di bilik
pemulihan.
Ujian diagnostik dalam satu rancangan pemulihan ada kena-mengena
dengan mata pelajaran asas. Seseorang guru pemulihan patut memberikan
berbagai latihan dalam sesuatu kemahiran ataupun kemahiran-kemahiran supaya
kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku dapat dikesan. Tanda-tanda kegugupan
atau kurang koordinasi yang baik dapat diperhatikan semasa kanak-kanak itu
membuat ujian. Keputusan-keputusan Ujian Diagnostik menunjukkan dengan tepat
kawasan-kawasan kelemahan dalam mata pelajaran asas.
Pada umumnya pelajaran-pelajaran asas adalah kawasan-kawasan asas
yang diuji untuk tujuan diagnostik. Ujian-ujian diagnostik menguji hanya satu
kandungan kawasan sahaja seperti bacaan, kira-kira atau ejaan. Pada mulanya,
Ujian-ujian diagnostik boleh ditumpukan ke kawasan akademik. Untuk pengesahan
atau penolakan rumusan pendapat, lain-lain ujian (contohnya, pengamatan boleh
diberikan. Kebanyakan Ujian diagnostik adalah rujukan norma yang membandingkan
keputusan dengan norma-norma yang diberikan. Untuk tujuan-tujuan pemulihan
ujian rujukan kriteria ciptaan guru sendiri adalah lebih sesuai.
Sebelum membina sesuatu Ujian Diagnostik ada beberapa perkara yang
patut anda fikirkan:
i.

Objektif ujian.

ii. Menentukan tujuan ujian itu Apa kemahiran-kemahiran yang hendak


anda uji.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

iii. Fikirkan apakah jenis ujian yang hendak digunakan. Contoh: Ujian
Diagnostik Matematik.
iv. Bagaimana hendak menguji sama ada secara individu atau pun
kumpulan.
v. Tentukan apakah jenis soalan-soalan yang hendak digunakan untuk
ujian itu. Soalan berbentuk lisan, objektif, sumatif, esei dan lain-lain.
vi. Siapa yang hendak diuji, isitu subjek sasaran. Contoh: Menguji
Muhammad Zaki Zazali dalam penguasaan kemahiran menolak.
Ujian yang dirancang perlulah dirancang dengan teliti, cermat, dan sempurna
supaya dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan.
Disebabkan itu, borang Jadual Penilaian Ujian perlulah disediakan. Sebelum
mentadbirkan ujian diagnostik ini, guru perlulah memastikan bahawa kemahiran
yang hendak diuji mestilah telah diajar dan kemahiran-kemahiran perlulah disusun
dari senang kepada yang susah. Item yang hendak dibina mestilah berdasarkan
kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu. Ujian berbentuk lisan dan bertulis
lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

10

Ujian diagnostik merupakan satu langkah terbaik bagi guru mengenal pasti sejauh
mana pelajar menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik. Ujian diagnostik
merupakan langkah terbaik untuk mengesan dan menghalusi kawasan-kawasan
kesukaran yang dialami oleh seseorang murid dan dapat mengesan sebab-sebab
kesukaran itu berlaku serta dapat memberi petunjuk kepada para guru untuk
melakukan tindakan susulan bagi memperbaiki kelemahan yang wujud.
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika ujian diagnostic dijalankan
ilaha kebiasaannya ujian diagnostik dijalankan pada satu orang murid pada satu
masa. Guru perlulah memerhatikan seseorang pelajar memberikan jawapannya.
Guru juga perlu menyediakan segala kemudahan untuk ujian seperti pensil, getah
pemadam dan kertas ujian diagnostic. Ujian ini tidak boleh dijalankan jika murid
kurang sihat. Guru perlulah mencatitkan apa-apa yang dilakukan dan respon dari
murid walaupun melalui ujian diagnostik secara lisan di dalam kertas ujian diagnostik
tersebut. Susunan kandungan ujian mestilah dari senang kepada perkara yang
susah. Setelah maklumat kesalahan murid didapati, catitkan ke dalam lampiran
senarai semak . Arahan-arahan yang terkandung dalam ujian diagnostik mestilah
tepat supaya tidak ada sesiapa mempertikaikan kandungan ayat bagi sesuatu
arahan tersebut.
Ujian diagnostik perlulah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti muridmurid yang dipilih untuk mengikuti program pemulihan. Ujian diagnostik lisan
dijalankan secara secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan.
Ujian ini hendaklah diberhentikan serta merta jika murid gagal menjawab dengan
betul semua item dalam tiga kemahiran secara berturut-turut. Melalui keputusan
ujian diagnostik akan memberi penduan pada guru untuk menyusun satu program
penagajaran pada murid tersebut. Masa yang mencukupi perlulah diberikan kepada
murid untuk menjawab soalan supaya mereka merasa lebih tenang dan selesa.
Markah ujian yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keteranganketerangan atau data-data yang diberi dapat membantu murid menjawab. Kesemua
jawapan perlulah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan
mengenal pasti kesilapan mereka dan setiap kesalahan serta kesilapan murid
perlulah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada suatu masa yang
lain.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

11

Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting
bagi seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada
kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran
matematik untuk menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk
melakukan sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli
di kedai dan kantin, tambang bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting
seseorang individu itu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas ini agar
mereka boleh menjalani kehiduan dengan lebih terancang dan selesa.
Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Operasi tambah
melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set objek, sedangkan operasi tolak
pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada
set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak merupakan proses menterbalikkan
operasi tambah. Kemahiran yang diajar pada peringkat ini adalah menulis ayat
matematik, melengkapkan ayat matematik, menolak secara spontan fakta asas
tolak, menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim dan penyelesaian masalah
berkaitan penolakan.
Ujian Diagnostik Matematik dijalankan pada Muhammad Zaki Zazali khusus
untuk kemahiran menolak. Menolak merupakan memisahkan atau mengurangkan
kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melibatkan baki yang tinggal. Tolak
juga bermaksud membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua
kuantiti dan melibatkan perbezaan.
Konsep penolakan dapat difahami melalui beberapa pendekatan iaitu
pengasingan

atau

mengambil

jalan

keluar,

perbandingan,

pelengkap

dan

penyekatan. Pengasingan atau mengambil jalan keluar daripada satu set objek, satu
subset dikeluarkan. Contohnya: Terdapat 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4
buku dimasukkan ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja
tersebut?
Perbandingan merupakan dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama
disusun semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada
pasangan dikenali sebagai baki atau beza. Contohnya: Terdapat 8 biji gula-gula dan
5 potong kek. Berapakah bilangan gula-gula melebihi bilangan kek?

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

12

Pelengkap adalah bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa
lagi perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan. Contohnya: Saya ada 6
ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatkan 10 ekor kuda. Berapa
ekor kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?
Penyekatan pula dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai
kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Contohnya: Terdapat 7 buah kereta
di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru dan dan yang lain
berwarna merah. Berapa buah keretakah yang berwarna merah?
Bagi Zaki, dia sudah mengenali nombor 1 10 dan juga sudah diperkenalkan
dengan simbol (-) dan (=). Zaki berupaya menambah walaupun mengambil masa
yang lama. Masalah utama yang dihadapi oleh Zaki ialah dia tidak berupaya
menolak secara spontan. Tahap kebolehan Zaki hanyalah menulis ayat Matematik
bagi operasi tolak melalui proses pengasingan dalam lingkungan 10 sahaja. Zaki
memerlukan bahan maujud untuk dijadikan sebagai bahan kira-kira atau pun gambar
sekurang-kurangnya. Kadang kala, Zaki akan terlupa cara untuk menolak dan perlu
diajar sekali lagi.
Selain itu, Zaki tidak memahami menolak secara membuat perbandingan dan
tidak berupaya memahami konsep perbandingan. Jika konsep perbandingan masih
dalam keadaan yang lemah, konsep-konsep penolakan yang lain juga tidak boleh
diperkenalkan lagi. Zaki mengalami daya ingatan yang lemah dan tidak berupaya
mengingati sesuatu pada masa yang panjang. Guru perlu membuat pengulangan
secara berkali-kali malahan setiap hari.
Zaki juga tidak memberi perhatian sepenuhnya ketika di dalam kelas dan
kurang keupayaan dalam pembelajaran dan ingatan serta kurang menguasai
kemahiran Matematik terutama yang berkaitan dengan konsep abstrak. Ini
menyebabkan Zaki tidak memahami secara total apa yang telah diajarkan kepada
mereka terutama di dalam matapelajaran Matematik yang melibatkan lebih banyak
komponen-komponen atau sub topik yang lebih kompleks dan tidak bersedia untuk
memperoleh kemahiran Matematik yang lain serta tidak berminat untuk mengikuti
kemahiran yang seterusnya.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

13

Zaki turut mengalami kesukaran dalam memahami pelajaran nombor yang


diajar di atas kertas kecuali ianya diwakili penerangan dengan benda sebenar dan
kesukaran untuk memahami konsep dan pengiraan Matematik. Kadang-kala Zaki
akan menulis huruf 3 menjadi . Zaki juga turut tidak boleh membezakan nilai besar
dan kecil. Contohnya Zaki membina ayat Matematik operasi tolak seperti berikut iaitu
4 6.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

14

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran


untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang
telah ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang
disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan
pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru
untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai
apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan
ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran
kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah
membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan
Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran
Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif,
kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.
Antara objektif rancangan pengajaran harian dilaksanakan ialah guru perlulah
menentukan Hasil Pembelajaran (isi kandungan dan aras) menepati kehendak
Sukatan pelajaran bagi topik berkenaan dan menentukan isi kandungan yang yang
tepat dan sesuai. selain itu, guru juga perlu menentukan pendekatan, kaedah dan
teknik yang digunakan adalah sesuai dan berkesan. Aktiviti atau pengalaman
pembelajaran yang sesuai perlu dititikberatkan serta guru perlu menetukan peranan
bagi setiap langkah pengajaran malahan penggunaan sumber pengajaran dan
pembelajaran (media dan material) yang sesuai perlu diambilkira.
Langkah-langkah dalam meyediakan rancangan pengajaran yang baik untuk
Muhammad Zaki bin Zazali ialah:

Analisis Sukatan Pelajaran

Menentukan Tajuk

Operasi Tolak Dalam

Pengajaran

Lingkungan 10

Menentukan Kemahiran

6. Operasi Tolak Dalam


Lingkungan 10
6.1 Mengenal Konsep Tolak
i.

Menyatakan kuantiti

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

15

nombor objek dalam


kumpulan
ii.

Membahagikan satu
kumpulan besar
objek konkrit dan kad
nombor.

iii.

Membahagikan satu
kumpulan besar
kepada dua
kumpulan kecil
menggunakan objek
konkrit dan kad
nombor.

iv.

Menulis ayat
Matematik operasi
tolak berdasarkan
gambar.

v.

Menulis ayat
Matematik operasi
tolak dengan
mengenalkan simbol
tolak dan sama
dengan.

Hasil Pembelajaran
-

i.

Membina sekurang-

Menentukan

kurangnya empat

Hasil

daripada lima ayat

Pembelajaran,

Matematik operasi

situasi murid

tolak dengan betul.

mempamerkan

ii.

Menyelesaikan

Hasil

empat daripada lima

Pembelajaran

ayat Matematik

dan tahap

operasi tolak

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

16

masteri.

berdasarkan gambar

Dinyatakan

dengan betul.

secara eksplisit
dalam bentuk
perlakuan yang
zahir.
-

Dinyatakan
dengan jelas dan
spesifik.

Merupakan
produk
pembelajaran
yang perlu
dipamerkan
murid sebagai
bukti penguasaan
tajuk yang diajar.

Dituliskan
menggunakan
kata kerja yang
menjelaskan
produk
pembelajaran.

Menjadi panduan
dalam memilih
dan menentukan
prosedur
pengajaran dan
pentaksiran.

Analisis Maklumat Murid

Maklumat umum murid.

Nama: Muhammad Zaki bin


Zazali

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK


Kelas: 2 Terbilang
Pengetahuan dan

Kenal nombor 1 10

kemahiran sedia ada

Kenal simbol (-)

Minat dan

Seni dan Muzik.

kecenderungan
Gaya pembelajaran

Aktif

17

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK


i.

Memilih

Dan Set induksi

Menggunakan
Media,

18

Video klip Mari


Mengira

Material

Dan Kaedah
ii.

Menentukan Aktiviti
Dan Bentuk
Penglibatan Murid
-

Langkah
menghubungkan

Langkah 1

murid dengan

(Interaksi Pengajaran dan

objektif

Pembelajaran)

pengajaran.

Mesin Mengira

Asas pemilihan:

Straw

keperluan

Kad nombor

pembelajaran
murid, sesuai
Langkah Penyediaan RPH

dengan situasi
pembelajaran
dan objektif
pengajaran,
berupaya
merangsang

Langkah 2
-

Lembaran kerja

minat murid dan


menyediakan
peluang
penglibatan
murid.
-

Menentukan
bagaimana
menggunakan
media dan bahan
bagi mencapai

Langkah 3
(Aktiviti Pengukuhan
Permainan)
-

Permainan dat

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK


objektif

19

Kad soalan

pengajaran.
-

Tentukan media
dan bahan
berada dalam
keadaan yang
berfungsi.

Sediakan
pengalaman

Penutup
-

62=

pembelajaran
yang sesuai dan
berkesan.

merumuskan
kandungan

aktiviti

pelajaran.

dan bentuk

utama

Penutup sosial
-

memupuk

penglibatan

perkembangan afektif

murid.

pelajar.

Sediakan
peluang murid
memanipulasi
maklumat untuk
mengamalkan
kemahiran yang
dipelajari.

Penutup kognitif

Tentukan apa

pembelajaran

Kad soalan

Tentukan bentuk
peranan guru
sebagai
fasilitator.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Langkah Penyediaan

Menentukan Prosedur

RPH

Pentaksiran Pencapaian
Objektif
-

Tentukan
bagaimana guru
mentaksir
pencapaian objektif
pengajaran.

Nilai keberkesanan
penggunaan media,
material dan
peranan guru
sebagai fasilitator.

Lembaran kerja

20

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK


Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Set

Catatan

1. Guru menayangkan satu video kilp Guru perlu:


Mari Mengira kepada murid.

Induksi
(5 mnit)

21

2. Murid

diminta

tersebut

menyanyikan

berasama-sama

lagu

menarik perhatian
murid terhadap

iringan

perkara yang

muzik.

hendak diajar.

3. Guru mengaitkan video kilp dengan

isi oengajaran pada hari ini.

menimbulkan minat
murid.

menggalakkan
pernyertaan murid

mengaitkan dengan
PSA

memberitahu apa
yang akan diajar.

Langkah 1

Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran

(20 minit)
1. Guru menyediakan Mesin Mengira
untuk murid.
2. Guru

melekatkan

nombor-nombor

dan simbol tolak di kotak menjadi


ayat

Matematik

operasi

tolak Guru perlu:


-

lingkungan 10.

pelajaran mestilah

3. Murid diminta mengambil beberapa

teratur.

batang straw mengikut nilai nombor


-

yang dilekatkan di kotak.


4. Murid

diminta

tahap murid

bilangan straw mengikut nilai nombor

5. Murid

diminta

melekatkan

kad

kadar kelajuan
sesuai dengan

mengurangkan

tolak yang dilekatkan di kotak.

penyampaian isi

mempelbagaikan
aktiviti mengikut

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK


nombor di kotak sebagai jawapan
dengan mengira bilangan batang

22

kebolehan murid
-

straw yang tinggal dan melekatkan

menepati hasil
pembelajaran

jawapan di kotak.
6. Murid
nasalah

diminta

menyelesaikan

Matematik

operasi

tolak

lingkungan 10 menggunakan straw Pengurusan bilik darjah


berdasarkan ayat Matematik yang

dilekatkan di kotak.

mewujudkan
persekiran
pembelajaran yang
kondusif.

kawalan disiplin /
arahan-arahan perlu
jelas.

Komunikasi
Langkah 2

Lembaran Kerja

(15 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
kepada murid.

lantang

kuat

jelas

nada dan intonasi

2. Murid dikehendaki membina ayat


Matematik

operasi

tolak

dengan

betul.
3. Murid
ayat

dikehendaki

menyelesaikan

Matematik

operasi

berdasarkan gambar.

tolak

pelbagai
-

suara menarik

peka dengan
bahasa murid

bahasa standard

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

23

Kualiti Pembelajaran
-

penglibatan murid
aktif

penglibatan
menyeluruh

ada menunjukkan
perubahan tingkah
laku

menunjukkan murid
faham apa yang
diajar

murid reponsif
terhadap pelajaran

Langkah 3

Aktiviti Pengukuhan (Permainan)

(15 minit)
1. Guru

menyediakan

satu

set

permainan dat untuk murid.


2. Di atas papan dat tersebut terdapat
nombor-nombor yang mewakili kadkad soalan yang perlu diselesaikan
oleh guru.
3. Murid dikehendaki membaling dat ke
atas

papan

dat

yang

terdapat

nombor.
4. Murid dikehendaki mengambil kad

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

24

soalan berdasarkan nombor yang


terkena dat tadi.
5. Murid

dikehendaki

menyelesaikan

soalan ayat Matematik operasi tolak


lingkungan 10 yang terdapat pada
kad soalan.
6. Jawapan hendaklah ditulis pada kad
soalan tersebut.
7. Setiap

soalan

yang

berjaya

diselesaikan oleh murid akan diberi


token.

Penutup
(5 minit)

1. Guru merumuskan pengajaran pada

hari ini.

memperkukuhkan

perhatianmurid

kembali

kepada

ingatan murid.
3. Murid

kognitif

(menarik

2. Guru menunjukkan kad-kad soalan


untuk

penutup

telah

dikehendaki

kotak

Mesin

menggunakan

Pengira

menyelesaikan

yang

dipelajari,

membuat

untuk

soalan-soalan

apa

peneguhan)
-

tersebut.

penutup

sosial

membina

rasa

4. Guru memberikan token bagi setiap

pencapaian

rasa

soalan yang berjaya dijawab oleh

menguasai

murid dengan betul.

pembelajaran.

5. Guru

memberikan

galakan

pada

Pencapaian

Hasil

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK


murid unruk terus berusaha.

25

Pembelajaran
-

pastikan

semua

62=

hasil pembelajaran

72=

tercapai

95=

aktiviti
dan

melalui
pengajaran

pembelajaran

yang dilaksanakan.

Aplikasi nilai
-

diterapkan

dengan

baik
-

berkesan

mengikut
kesesuaian masa

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

26

Murid perlu diberi pendedahan dengan Matematik sejak dari kecil lagi. Kanak-kanak
perlulah belajar dari pengalaman enaktif iaitu pengalaman secara langsung atau
sebenar ke pengalaman ikonik iaitu melalui visual seperti gambar, video dan
sebagainya dan ke cara simbolik atau digital seperti perkataan dan angka-angka.
Guru perlulah bijak menyusun bahan-bahan pengajaran untuk membantu
kejayaan. Dalam merancangkan pengajaran, langkah awal dan terpenting bagi guru
ialah mengukur peringkat pengalaman pelajar yang sedia ada sebelum sesuatu topik
pengajaran itu disampaikan.

Simbol
verbal
Simbol
visual
Rakaman audio,
Radio/gambar kaku,
Gambar bergerak
Bahan pameran

Abstrak

Ikonik

Enaktif

Lawatan
Tunjuk cara
Pengalaman melalui lakonan atau drama
Pengalaman tiruan

Pengalaman sebenar

Aktiviti pengukuhan atau pun permainan merupakan satu kaedah pengajaran


yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap
Matematik. Kadah bermain menyeronokkan dan boleh dikaitkan dengan semua
bentuk kecerdasan dan kemahiran. Selain itu, permainan merupakan satu bahagian
yang penting. Di dalam kelas kanak-kanak bermasalah pembelajaran, permainan
seharusnya diintegrasikan sebagai sebahagian daripada pengajaran dan kurikulum
Matematik. Ia membuatkan aktiviti Matematik menarik, praktikal dan memuaskan.
Selain itu, berdasarkan kepada ciri-ciri permainan, ia boleh membantu pelajarpelajar ke arah tahap penguasaan yang membolehkan mereka untuk menyelesaikan
masalah dengan pantas.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

27

Pengguanan Bahan Bantu Mengajar turut dapat membantu para guru


menyelesaikan

masalah

penguasaan

matematik

di

kalangan

murid

dan

mengekalkan minat belajar matematik kepada para murid. Selain itu juga,
penggunaan Bahan Bantu Mengajar telah menjadi keperluan harian kepada pendidik
kerana proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran amat menekankan kemahiran-kemahiran asas Matematik yang
bermula daripada pengenalan asas nombor hinggalah kepada penyelesaian
masalah.
Di samping itu, pengenalan komputer dalam pendidikan telah banyak
mengubah fenomena dan cara kita belajar, menyebarkan maklumat dan menyimpan
maklumat yang diperolehi. Maka, para guru boleh mengambil inisiatif penyebaran
maklumat matematik dengan teknik pengajaran berbantukan komputer. Bagi para
murid yang mengalami masalah motor halus untuk melakukan aktiviti penulisan
boleh menggunakan komputer dengan hanya menekan papan kekunci untuk
mencatat maklumat, menulis dan sebagainya. Komputer dalam pengajaran juga
boleh memberikan gambaran yang jelas melalui gambar tiga dimensi, gambaran
pergerakan yang jelas mengenai sesuatu perkara serta setiap maklumat yang
disampaikan melaluinya dapat dicetak dengan mudah.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

28

Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan merupakan


tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran
dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).
Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus
dipelajari oleh semua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah dikuasai
jika kita hendak mendalami bahasa bidang tersebut.
Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan,
satu seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi
manusia.
Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil
untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam mata
pelajaran matematik di sekolah rendah amnya. Pendidikan Pemulihan ini lebih
menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah,
operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Biasanya program ini dikendalikan
oleh guru-guru yang telah menjalani latihan khas (matematik).
Kaedah Pemulihan Matematik dapat melatih murid-murid menggunakan
kemahiran asas yang telah dipelajari seperti menyelesaikan masalah untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan membantu murid-murid membina
keyakinan dalam diri mereka.Sebagai contohnya, apabila seorang murid berjaya
menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah dipelajari, mereka akan
berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari matematik.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

29

Jabatan Pendidikan Khas (2002). Maklumat Pendidikan Khas 2002. Kementerian


Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur

Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010). Pendidikan Disleksia. Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.: Selangor

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Buku


Panduan: Pembinaan Sumber Pengajaran dan Pemebelajaran Matematik
Sekolah Rendah Nombor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai