Anda di halaman 1dari 13

SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN HERMANUS ASSAN terletak berdekatan perkampungan


masyarakat Iban, Ulu Sebauh. SK HERMANUS ASSAN dapat dihubungi melalui jalan
darat iaitu jalan Ulu Sebauh yang baru siap pada akhir Tahun 2000 . Ia juga boleh
dilalui melalui Sungai Sera dari Pekan Sebauh. Perjalanan dari Pekan Sebauh Ke SK
HERMANUS ASSAN lebih kurang 15 minit sementara perjalanan dari Bandar Bintulu
Ke SK HERMANUS ASSAN menggunakan Jalan Darat lebih kurang 1 Jam. Nama
sekolah ini diambil sempena dengan nama sorang Pegawai Daerah pada masa itu
iaitu Encik Hermanus Assan yang terlibat secara langsung membantu untuk
penubuhan sekolah ini bersama beberapa ketua masyarakat iban setempat.
SK HERMANUS ASSAN ditubuhkan Pada tahun 1963 atas inisiatif penduduk setempat
yang diketuai oleh Penghulu ABOK AK JALIN. Penduduk merasa amat jauh untuk
menghantar anak ke C.U.P.S Sebauh (CENTRAL UPPER PRIMARY SCHOOL SARAWAK)
yang terletak di muara Sungai Sebauh pada masa Itu. Jesteru, Penghulu ABOK AK
JALIN, Ketua Masyarakat Iban dalam Daerah Sebauh, yang kemudianya menjadi
seorang Ahli Politik dan Menteri pada Era 60-an, telah memohon sebuah sekolah dari
Kerajaan Sarawak yang ketika itu masih di bawah Jajahan Kerajaan British.
Pada awal 1963, maka sekolah pun dibina menggunakan kayu-kayu biasa,
beratapkan daun nipah, berlantaikan buluh dan berdindingkan papan paras pinggang.
Tapak sekolah adalah di atas sebidang tanah yang diwakaf oleh Penghulu ABOK AK
JALIN. Ianya didirikan berdekatan dengan rumah panjang beliau. Selepas Sarawak
merdeka dalam Malaysia, kerajaan sarawak di bawah pentadbiran rakyat sarawak
sendiri, BINTULU DISTRICT COUNCIL (BDC) telah membina banggunan kekal sekolah
yang masih wujud dan masih digunakan sehingga sekarang.
Pada peringkat awal pelajar sekolah hanya mempunyai 30 orang murid yang
datang dari 7 buah rumah panjang yang berdekatan dengan sekolah. Pelajar sekolah
ini pernah mececah jumlah murid seramai 230 orang, Kemudian oleh kerana desakan
hidup dan tarikan ekonomi ekoran pembangunan bandar Bintulu, maka berlakulah
penghijrahan penduduk. Dari setahun ke setahun jumlah murid semakin
berkurangan, kini jumlah murid hanya 73 orang pada tahun 2019.
Sekolah ini telah mengalami banyak perubahan dari segi pembangunan
fizikal sekolah hinggalah kepada kemudahan prasarana pendidikan yang menyokong
pembangunan modal insan
SUCCESSFUL PEOPLE BUILD EACH OTHER UP, THEY MOTIVATE, INSPIRE, AND
PUSH EACH OTHER.
UNSUCCESSFUL PEOPLE JUST HATE, BLAME AND COMPLAIN

TAKWIM DAN TUGAS KHAS GURU & AKP SK HERMANUS ASSAN 2021 Page 12
LOGO SEKOLAH
BINTANG
Melambangkan
Kejayaan kecermelangan
Dan keunggulan

BULAN SABIT
Melambangkan
Tahap pembelajaran yang perlu dilalui
Dalam mengusai ilmu pengetahuan.

SIMBOL OLAHRAGA
Melambangkan pembentukan disiplin dan jatti diri dalam
mencapai kejayaan

BUKU
Melambangkan kepentingan ilmu dalam mengharungi
kehidupan yang kian mencabar

Maksud Simbol & Definisi Logo


Warna

 Melambangkan kejayaan kecemerlangan dan


Kuning keunggulan

 Melambangkan keberanian dan ketabahan warga


Merah sekolah menghadapi cabaran

 Melambangkan kerja sama warga sekolah dan ibu


Biru bapa ke arah mencapai kecermelangan

 Melambangkan keikhlasan dan niat murni


Putih melahirkan murid seimbang dari segi JERI(S).

Motto Sekolah
TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 13
BERILMU BERBAKTI
Berilmu
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berusaha
secara berterusan membekalkan pelbagi ilmu pengetahuan
kepada pelajar-pelajar ke arah melahirkan cendiakawan

Berbakti
Pelajar-pelajar dapat berbakti terhadap keharmonian dan
kemakmuran bangsa, agama ,dan negara selaras dengan
aspirasi dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

PENJELASAN TENTANG VISI & MISI SEKOLAH

TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 14
TIGA PERSOALAN UTAMA BERKAITAN VISI DAN MISI

 APA HALA TUJU SK HERMANUS ASSAN?


Menjadi sebuah sekolah cemerlang dalam Akademik, Ko-kurikulum dan Modal Insan.
 BILA ?
Pada tahun 2025.
 DI MANA ?
Daerah Tatau/Sebauh.

PERINCIAN VISI – KPI SEKOLAH CEMERLANG ( PENANDA ARAS DAN TARGET SEKOLAH )

Bagi mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2025, SK Hermanus Assan menetapkan
target tertentu dalam bidang Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Sahsiah pelajar untuk dijadikan
renungan dan cabaran bagi warga sekolah bersedia ke arah itu. Berikut adalah cabaran dan KPI
yang perlu dicapai dalam bidang tersebut :

KPI SEKOLAH CEMERLANG DALAM ASPEK KURIKULUM.

 Pencapaian sekurang-kurangnya 85% dan ke atas dalam menguasai tahap 3 dalam


PBD pada tahun 2025.
 90% Murid menguasai lulus sekurang-kurangnya lulus minima setiap mata pelajaran
utama.
 80% Pelajar Tahun 1 telah mengenali penguasaan kemahiran menulis , membaca dan
Mengira menjelang 2025.
 Menjelang 2025 peningkatan 45% ke 60% pelajar sekolah ini celik ICT.
 100 % pelajar dan guru mengamalkan PAK 21 .
 100 % pelajar dan guru membudayakan kemahiran i-THINK dalam Pdpc

KPI SEKOLAH CEMERLANG DALAM ASPEK KO - KURIKULUM

 Seramai 20% pelajar sekolah akan mewakili peringkat Daerah dalam bidang Ko-
Kurikulum pada tahun 2025.
 Seramai 10% pelajar sekolah akan mewakili peringkat Bahagian dalam bidang Ko-
Kurikulum (Sukan, Olahraga, Ko-akademik ) pada tahun tersebut.
 5% pelajar sekolah ini akan mewakili peringkat Negeri dalam bidang yang sama pada
tahun tersebut.
 Pada tahun 2025, SK Hermanus Assan akan mendapat dan mengekalkan di kalangan 5
tempat di atas dalam Kejohanan MSSR Daerah Tatau/Sebauh
 10% daripada guru mendapat pengiktirafan dan sijil khusus kejurulatihan dalam
bidang sukan menjelang 2025.

KPI SEKOLAH CEMERLANG DALAM ASPEK KEMENJADIAN MODAL INSAN


TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 15
 Penurunan masalah disiplin di kalangan pelajar dari 4% ke 2% pada tahun 2025.
KPI SEKOLAH CEMERLANG DALAM ASPEK PRASARANA

 Menjelang 2025 semua kelas mengamalkan ciri Kelas Alaf Ke 21.


 Setiap kelas ada sudut pembelajaran yang mesra pelajar.
 Sekolah dilengkapi kemudahan sukan yang lengkap.
 Sekolah membudayakan ICT sepenuhnya pada Tahun 2025.
 Status capaian internet adalah sangat baik.

KPI SEKOLAH CEMERLANG DALAM BIDANG PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN.

 Menjelang 2025 seramai 80% dan ke atas guru dan bukan guru memperoleh
APC.
 10% guru terdiri daripada guru cemerlang.
 Semua guru mahir dalam penggunaan ICT dan mengamalkannya dalam Pdp.
 Menjelang 2025 semua guru terdiri daripada Guru Bersiswazah.

Maju SKHA Maju


Page 16
TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020
Slogan :

Maksud di sebalik slogan tersebut tersirat makna


bahawa semua Warga SK Hermanus Assan akan
terus maju ke hadapan dengan kecermerlangan
dalam kemenjadian murid dari segi jasmani emosi,
rohani, intelek dan sahsiah bagi mencapai dan
merialisasikan aspirasi pendidikan kebangsaan

MATLAMAT SEKOLAH

 Menjadikan Sk Hermanus Assan sebagai salah sebuah institusi


pendidikan yang cemerlang, disanjungi, dan terunggul menjelang
tahun 2025.
 Melahirkan warga sekolah yang progresif, berdaya saing, kental
dan mempunyai perwatakan mulia dalam usaha membentuk
warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, berhemah, dan
prihatin.
 Melengkapkan murid dengan pengetahuan sains dan teknologi
untuk membentuk insan yang proaktif, kreatif, inovatif serta mahir
dalam membuat penilaian dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
keluarga, masyarakat dan warga sekolah.
 Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi
melahirkan pelajar-pelajar sk hermanus assan yang cemerlang dan
unggul dalam memasyarakatkan pendidikan berkualiti

TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 17
OBJEKTIF SEKOLAH

 Meyediakan pendidikan berkualiti kepada semua pelajar


 Memastikan prasarana pendidikan berfungsi dengan berkesan
serta memberi impak yang maksimum dalam meningkatkan
prestasi akademik pelajar
 Memastikan sekolah menjadi pusat pembelajaran yang
meyeronokkan bagi memantapkan budaya ilmu dan keazaman
untuk mencapai kecermelangan dan;
 Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk
mengembangkan bakat serta serta potensi mereka dalam bidang
kokurikulum

LAFAZ IKRAR SEKOLAH


Bahawasanya kami
Murid-murid SK Hermanus Assan
Dengan ini berikrar
Akan sentiasa Mendukung Wawasan sekolah
untuk kecermelangan
Akademik serta Ko-kurikulum
Dengan penuh disiplin
Serta menghormati guru-guru
Ibu bapa dan masyarakat
Demi mengharumkan nama baik
Dan memartabatkan sekolah kami
Berlandaskan prinsip-prinsip rukun Negara yang
berikut:

KEPRCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 18
PIAGAM PELANGGAN
SK HERMANUS ASSAN

KAMI WARGA SK HERMANUS ASSAN, BERJANJI DENGAN PENUH


ILTIZAM TERHADAP TUGAS KAMI BERUSAHA DENGAN SEDAYA
USAHA KAMI DALAM :

 Memastikan semua murid menerima pengajaran dan


pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan.
 Memastikan semua murid belajar dengan ceria, kondusif
dan selamat.
 Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira
agama dan bangsa.
 Semua murid , ibu bapa dan tetamu akan dilayan dengan
mesra apabila berurusan dengan kaunter pejabat.
 Bantuan yang disalurkan akan diberikan kepada yang
layak dan diagihkan dalam masa yang ditetapkan.
 Semua murid berpeluang menyertai semua program dan
aktiviti sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan
kebangsaan bagi yang layak
 Memastikan permohonan berpindah masuk atau keluar
diuruskan dengan cepat.
 Mengutamakan kebajikan dan keselamatan semua Staf
agar dapat bekerja dalam suasana yang kondusif, ceria dan
selamat.
 Memastikan semua staf mendapat latihan untuk
meningkatkan kompetensi sekurang-kurangnya 5 kali
setahun.
 Guru dapat mengajar mengikut opsyen
 Semua staf layak menikmati kenaikan pangkat apabila
layak tempoh perkhidmatan.

TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 19
Lagu
Sekolah
Lagu : SK Hermanus Assan

Mari kita warga hermanus assan


Sama-sama membangunkan Negara
Teruskan perjuangan
Berwawasan
Hasrat tanah air tercinta

Guru-guru memberikan bimbingan


Membantu meningkatkan pengetahuan
Bersama kita maju ke hadapan
Pencapaian diutamakan

(chorus)
Tekunlah belajar,ingat masa depan
Jangan hampakan harapan
Ilmu yang diberi semat dalam hati
Agar hidup lebih bererti

Jangan persiakan masa yang muda


Belajar tiada penghujung masa
Kejayaan di tangan
Harus kekalkan
Hermanus assan di hadapan
(ulang chorus),

TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 20
PROSEDUR PERHIMPUNAN
SEKOLAH
1. Guru bertugas akan mengendalikan perhimpunan sekolah sama ada menyuruh serta
membimbing kelas yang bertugas untuk mengendalikan perhimpunan atau guru
tersebut sendiri mengendalikannya.

2. Tentatif kandungan perhimpunan adalah seperti berikut ;

a. Senaman ringan dalam tempoh 5 minit.

b. Nyanyian Lagu Negaraku dan Fly Kenyang Fly, Fly High.

c. Bacaan Doa.

d. Lafaz Ikrar Rukun Negara

e. Lafaz Ikrar Sekolah

f. Persembahan Murid

g. Ucapan / Pengumuman / Amanat daripada Penolong-Penolong Kanan atau

Guru yang bertugas mingguan.

h. Majlis Penyampaian Hadiah / Sijil – jika ada

i. Ucapan dan amanat Guru Besar

j Nyanyian lagu Ibu Pertiwiku

k. Nyanyian Lagu Sekolah

l. Bersurai.

3. Guru-guru lelaki digalakkan berpakaian kemas seperti menggunakan tali leher


semasa majlis perhimpunan diadakan .

4. Guru yang mengendalikan perhimpunan akan mencatatkan kandungan setiap


ucapan atau pengumuman pada hari tersebut sebagai rekod pada Buku Rekod
Majlis Perhimpunan.

TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 21
PANDUAN AM WAKTU BEKERJA
BAGI STAF DAN GURU SK HERMANUS ASSAN

WAKTU BEKERJA

 GURU-GURU

ISNIN – KHAMIS
Sesi Pagi Bermula : 7.20 Pagi Tamat : 12.50 tgh

JUMAAT
Sesi Pagi Bermula : 7.20 Pagi Tamat : 10.50 Pagi

RABU - PERJUMPAAN PAGI


 GURU : 6.45 pagi - 7.10 pagi
 Pekerja swasta : Sebulan sekali bersama AKP

RABU - WAKTU PERHIMPUNAN SEKOLAH


 7.20 pagi – 7.50 PAGI

Semua guru dan AKP digalakkan datang lebih awal sekurang-kurangnya


10 minit awal.

Loceng Pertama dibunyikan pada 7.00 pagi

 STAF AKP : Masa bekerja : 8.00 pagi - 5.00 ptg


WAKTU-WAKTU
Hari Jumaat : 8.00RASMI SEKOLAH
pagi - 11.45 pagi
: 2.15 ptg - 5.00 ptg.
ISNIN - KHAMIS
 PPMA : Mengikut syif ditetapkan ( Bukan “Office Hours” )
9 jam waktu bekerja..

Penggunaan masa hari Sabtu tertentu adalah tidak dapat dielakkan jika ada perkara penting.
Tiada peruntukan tuntutan elaun lebih masa bagi kakitangan guru dan bukan guru di SK
Hermanus Assan. Kegagalan hadir tanpa sebab atau tanpa menyatakan surat tunjuk sebab
boleh dikategorikan sebagai Ingkar Perintah Ketua Jabatan.
Staf yang bekerja pada hari Sabtu atau kelepasan am layak mendapat cuti ganti dengan syarat
tempoh bekerja pada hari kelepasan am atau hujung minggu adalah 9 jam atau dikumpulkan
dalam beberapa hari.

“JANGAN MELIHAT KE MASA LALU, LEBIH BAIK BELAJAR DAN BERFIKIRAN POSITIF
DARI MASA SEKARANG BAGI MENGHADAPI MASA HADAPAN MU.”

TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 22
MASA PERKARA

6.45 -7.20 PAGI LOCENG PERTAMA

 Program Sinar Sera

7.20 PAGI LOCENG KEDUA


 Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Bermula

9.50 PAGI LOCENG BERMULA REHAT


10.20 PAGI LOCENG TAMAT REHAT

12.50 TENGAHARI LOCENG TAMAT SESI PERSEKOLAHAN


 Untuk Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja.

JUMAAT

MASA PERKARA

6.40 – 7.00 PAGI LOCENG PERTAMA

 Program Sinar Sera

7.20 PAGI LOCENG KEDUA


 Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Bermula

9.20 PAGI LOCENG BERMULA REHAT


9.50 PAGI LOCENG TAMAT REHAT

LOCENG TAMAT SESI PERSEKOLAHAN.


10.50 PAGI  Untuk Hari Jumaat Sahaja.

 PERHIMPUNAN SEKOLAH - RABU ( 7.20 Pagi hingga 7.50 Pagi )

“ DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN, KECUALI MEREKA
YANG BERIMAN
DAN BERAMAL SOLEH, SERTA NASIHAT-MENASIHATI DI ATAS KEBENARAN DAN KESABARAN”
( Surah Al Asr , Ayat 1

TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 23
En. Hermanus Assan , seorang Pegawai Daerah
yang bertanggungjawab atas penubuhan
sekolah ini bersama dengan Penghulu Abok.

SENARAI NAMA GURU BESAR YANG MEMIMPIN DAN MENTADBIR


SEKOLAH HERMANUS ASSAN DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

BIL NAMA TAHUN BERKHIDMAT TEMPOH


BERKHIDMAT
1 EN HUSSAINI BIN NARAWI 1963 – 1965 3 TAHUN

2 EN HAMDANI KASAH 1966 – 1970 5 TAHUN

3 EN ROLAND KHAN 1971 – 1977 7 TAHUN

4 EN RAYMOND KEMAT 1978 – 1980 3 TAHUN

5 EN ANDREW DUNDANG 1981 – 1987 7 TAHUN

6 EN ANDREW IKAU ANAK SIMBET 1987 – 1994 8 TAHUN

7 EN LEO SEBELI AK BOYONG 1995 – 1997 3 TAHUN

8 EN ZALIL BIN ABDUL KARIM 1998 – 2003 6 TAHUN

9 EN ALI SABRI BIN SABER ALI 18.4.2003 – 30.9.2003 6 BULAN


KHAN
10 EN DRAHMAN BIN TAIP 1.10.2003 – 31.5.2009 6 TAHUN

11 EN ABU BAKAR @ KIAI BIN HJ 1.6.2009 – 30.11.2019 10 TAHUN


MOHD ANIS
12 EN ROSLAN BIN ROSLI 2.1.2020 - KINI

TAKWIM DAN BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS KHAS GURU DAN AKP 2020 Page 24

Anda mungkin juga menyukai