Anda di halaman 1dari 7

Dari Dewan Wawasan,

Majlis mengucapkan selamat datang kepada Tuan perasmi kita, ..............

......................................................................................................................................

Selamat Datang warga SKTM ucapkan.

Kapal dagang dari seberang

Sarat berisi pohon meranti

Dari jauh tuan datang

kami di sini sedia menanti

Butang bukan sebarang butang

Butang dibeli dari pekan

Datang bukan sebarang datang

Datang tuan kami alukan

Bunga Melati bunga didarat

Bunga Seroja di tepi kali

Luahan hati dan juga hasrat

Kita dengari sebentar lagi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam perpaduan buat semua..

Awal Bismillah pembuka bicara

Ahlan Wasahlan saya ucapkan

Selamat datang kepada semua

Mesyuarat PIBG kita jayakan

Yang Berhormat ..................................................................................................................

Yang berbahagia,

...................................................................................................................................................
Yang berusaha,

..................................................................................... YDP PIBG SKTM

...................................................................................., Guru besar SKTM.

Yang dihormati,

................................................................................................... GPK 1 SKTM

.................................................................................................. HEM SKTM.

................................................................................................. GPK Kokurikulum SKTM

Para guru, ahli-ahli jawatan kuasa PIBG SKTM, para ibu bapa, anak-anak didik serta hadirin dan

hadirat sekalian..

Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG SKTM ke 44 untuk tahun 2017. Sesungguhnya,

kunjungan kalian ke SKTM memeriahkan mesyuarat yang diadakan pada hari ini. Majlis merakamkan

setinggi- tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat ...................................................................................

................................................................ atas kesudian tuan melapangkan masa bagi menyerikan

mesyuarat pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran hadirin, tuan- tuan dan puan-puan sekalian

menjadikan mesyuarat ini bertambah bermakna dan akan menjadi kenang-kenangan. Semoga

mesyuarat kali ini memberikan kebaikan buat semua anak-anak yang menjadi tumpuan utama

kehadiran kita di sini. Kelapangan masa dan ruang yang diperuntukkan untuk hadir di majlis ini

sangat-sangat dihargai.

Tetak galah panjang sepuluh

Buat menjemur kain pelekat

Angkat tangan jari sepuluh

Doa dipohon biar selamat

Bagi membuka tirai Mesyuarat Agung PIBG SKTM pada kali ini, saya menjemput

_____________________________________________ tampil ke tempat berucap untuk

mengetuai bacaan doa bagi memohon berkat kasih Ilahi. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

----- bacaan doa -----


Amin, amin yarabbal alamin. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz

atas bacaan doa itu tadi...

Ibu bapa, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Mesyuarat pada hari ini diserikan dengan persembahan multimedia hasil sentuhan

kreatif .........................................................................................................................................................................

..... Berikan tepukan paling gemuruh untuk mereka yang telah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan

ini. Terima kasih dan tahniah!

Terima kasih daun siantan,

Jasamu tuan dalam ingatan.

Terima kasih daun mengkudu,

Sentuhanmu tuan terpahat di kalbu.

Seterusnya sebagai santapan dan halwa telinga pada pagi yang berkat dan indah ini, marilah

kita sama-sama mendengar dan menghayati ..................................................

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga para hadirin terhibur dengan persembahan

mereka sebentar tadi.

Bunga melati bunga di darat

Bunga seroja di tepi kali

Luahan hati dan juga hasrat

Kita dengari sebentar lagi.

Hadirin yang budiman,

Bagi meneruskan rangkap bicara pada hari ini, majlis dengan penuh takzim

menjemput ............................................................................... , YDP PIBG SKTM, tampil ke pentas berucap

untuk menyampaikan seungkap kata pemanis bahasa. Dengan segak menyusun langkah, dipersilakan.

--------UCAPAN YDP PIBG-------


Anak haruan lima- lima

Mati ditimpa punggur berdaun

Bicara tuan kami terima

Jadi kenangan bertahun- tahun.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada .............................................................................

YDP PIBG SKTM,atas kesudian tuan menyampaikan ucapan alu- aluan tadi. Semoga segala amanat,

harapan dan panduan yang diberikan dapat dijadikan pedoman buat kita dalam menjalani kehidupan

seharian sebagai ibu dan bapa yang prihatin dalam sebuah keluarga bahagia. Tinggi harapan beliau

majlis seperti ini dapat dijadikan asas yang kukuh dalam membina hubungan yang lebih erat antara

pihak ibu bapa dan guru-guru di sekolah ini demi memastikan kesinambungan kecemerlangan warga

sktm.

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput Tuan Guru Besar Pn. ROHAYA BT A

HAMID tampil kehadapan untuk menyampaikan kalam azimatnya. Dengan segala hormatnya

dipersilakan..

-------- ucapan GB---------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi. Semoga, segala

amanat dan nasihat dapat dijadikan pedoman buat semua.

Dewa sakti melayang ke Daik

Hendak mencari Dewa Jaruga

Kalau ada budi yang baik

Sampai ke mati orang tak lupa

HADIRIN..

Pergi ke sawah menanam padi

Singgah disungai menangkap ikan

Sudi tuan datang ke mari,

Mesyuarat Agong tuan rasmikan.


Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk kita sama-sama mendengar ucapan dan seterusnya

Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SKTM Kali ke-44 tahun 2017. Untuk itu majlis mempersilakan

Yang Berhormat, ....................................................................................................... untuk menyampaikan

ucapan sekaligus merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SKTM kali ke-44 2017. Majlis

mempersilakan..

-------Ucapan Perasmian oleh ...........................................------

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan seterusnya kesudian

tuan merasmikan Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-44 SKTM bagi Tahun 2017. Majlis mengucapkan

jutaan terima kasih.

Terima kasih daun pegaga,

Jasamu tuan tidak dilupa.

Terima kasih daun sadri,

Sudi kiranya datang ke sini.

Tanam lenggun tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuk mati

Budi tuan saya tak lupa

Sudah terpaku di dalam hati

Majlis pada hari ini juga akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Murid-murid

Cemerlang 2016. Cenderamata yang akan diberikan berupa wang

tunai ...................................... ......................................................................................................................................

.................................................sumbangan tabung PIBG SKTM. Untuk menyempurnakan majlis, majlis

mempersilakan Yang

Berhormat, .............................................................................................................................. diiringi YDP PIBG

dan Tuan Guru Besar SKTM, untuk menyampaikan cenderahati, dipersilakan:

Murid Cemerlang 6A:


(SENARAI NAMA)

Murid Cemerlang 5A

(SENARAI NAMA)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat ....................................................

........................................................................................ kerana sudi menyampaikan cenderamata kepada

anak-anak cemerlang kita yang kini menuntut di sekolah menengah. Semoga kejayaan yang lebih

cemerlang akan diraih dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti.

Sidang dewan budiman,

Dari Daik pulang ke Daik

Sehari-hari berkebun pisang

Budi baik dibalas baik

Dalam hati dikenang orang

Sebagai tanda terima kasih daripada pihak sekolah kepada Tuan Perasmi Mesyuarat Agong

Tahunan Kali ke 44 2017 pada hari ini, majlis dengan ini mempersilakan YDP PIBG SKTM,

Encik ........................................................................................ diiringi tuan GB untuk menyampaikan

cenderamata penghargaan kepada Yang Berhormat .......................................................................................

kerana sudi merasmikan majlis pada hari ini. Majlis mempersilakan..........

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Sebelum majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 44, pihak majlis

mempersilakan Yang Berhormat, ................................................................................................ diiringi oleh

dif-dif jemputan ke jamuan ringan di kantin sekolah. Majlis mempersilakan.

Sebelum kami berundur diri, kami warga kerja SKTM memohon ampun dan maaf sekiranya

sepanjang majlis ini berlangsung sebentar tadi terdapat cacat celanya kerana bumi mana yang tidak

ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora.


Pasir putih di pinggir kali

Pekan menyabung ayam berlaga

Kita jumpa di lain kali,

Ada umur pasti bersua.

Petik sayur si daun maman

Makan berulam daun pegaga

Salam dihulur buatmu tuan,

Sudi kiranya berbual bicara.

Akhir kalam daripada kami, assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatu.

Saya menyerahkan majlis ini kepada YDP PIBG SKTM untuk mempengerusikan acara seterusnya.

Majlis mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai