Anda di halaman 1dari 2

FESTIVAL NASYID 2009Akidah Pembentuk Jati Diri cemerlang

ASAS KEKUATAN INSANI

Bahagianya hidup insani,


Tenang menempuh duniawi,
Rahsia warisan tidak tersembunyi,
Tersebar melata setiap inci bumi.

Itulah iman asas kekuatan,


Itulah takwa tangkis kefasidan.

Iman dan takwa bertahta di hati,


Mehna dan cabaran tabah dihadapi.

Akidah nan utuh cerminan diri,


Mengingat tuhan tak pernah sipi,
Dosa pahala sempadannya pasti,
Rahmat tuhan sentiasa di sisi.

Qasidah;

Cemerlangkan digenggam,
Digenggam teguh takkan terlepas,
Asalkan asasmu dipasak dicengkam,
Akidah sebati di urat nafas.

Andainya kita longgar percaya(akidah),


Arah dituju dorongan hati,
Hilanglah jati bangsa perkasa,
Minda terjajah tingkah terkunci,

Belum terlewat sedarlah cepat,


Iman dipasak amal digerak,
Pasti selamat dunia akhirat,
Bahagia jiwa mengharum semerbak.

Pencipta Lagu : Pn. Zaidah Bt. Salleh


Penulis Lirik : En. Salahhuddin Bin Salleh

BAHTERA DIRI TERURUS TERPUJI

Dirimu umpama bahtera,


Kumpulan Sautul Haq *Sentiasa / Sedia
FESTIVAL NASYID 2009Akidah Pembentuk Jati Diri cemerlang

Belayar meredah samudera,


Ombak dan badai kau harungi jua,
Ke destinasi pelabuhan sejahtera.

Bukan kerana kayu meranti,


Bukan juga layar sakti,
Tetapi menyayangi diri,
Seimbang rohani dan jasmani.

Pasang surut lautan terbentang,


Tidak pernah menunggu kita,
Masa yang ada tak akan berulang,
Takut terkandas di lautan gelora.

Di malam gelap arus globalisasi,


Sabda dan firman penyuluh diri,
Ummah nan teguh indahnya peribadi,
Jadi ikutan akhlak dan personaliti.

Ummah terbilang cergas *siaga,


Menjadi benteng bangsa perkasa,
Berilmu di dada beramal sentiasa,
Lautan luas gagah diteroka.

Inilah hidup insani,


Teroleng dipukul gelombang,
Andai bijak mengurus diri,
Allah kasih dan Allah sayang.

Pencipta Lagu : Pn. Zaidah Bt. Salleh


Penulis Lirik : En. Salahhuddin Bin Salleh

Sumber : Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5

Tajuk : Adab Mengurus Diri ( Adab dan Akhlak Islamiah)


Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5, Bab 20, m/s 87-92

Sub Topik : 1) Penjagaan Kebersihan Jasmani


2) Pengurusan Masa
3) Penjagaan Tata rias / Personaliti
4) Penjagaan Kesihatan dan Kecergasan

Kumpulan Sautul Haq *Sentiasa / Sedia

Anda mungkin juga menyukai