Anda di halaman 1dari 2

FESTIVAL NASYID 2009Wahdah Pemangkin Khairah Ummah

ASAS KEKUATAN INSANI

Bahagianya hidup insani,


Tenang menempuh duniawi,
Rahsia warisan tidak tersembunyi,
Tersebar melata setiap inci bumi.

Itulah iman asas kekuatan,


Itulah takwa tangkis kefasidan.

Iman dan takwa bertahta di hati,


Mehna dan cabaran tabah dihadapi.

Ayuhlah, ayuhlah....
Bersama eratkan ukhuwwah,
Bersatu membentuk ummah sekata,
Menjadi pemangkin bangsa berjaya.

Bersatulah kita kukuhkan saudara,


Berkasih sayang kerana Allah,
Minda cemerlang kelas pertama,
Kita bangsa hebat tinggi martabat.

Qasidah;

Cemerlangkan digenggam,
Digenggam teguh takkan terlepas,
Asalkan asasmu dipasak dicengkam,
Mahabbah sebati di urat nafas.

Andainya kita berpecah belah,


Arah dituju tidak sehati,
Hilanglah jati bangsa perkasa,
Lerai musnahlah wawasan insani.

Belum terlewat sedarlah cepat,


Quran dan sunnah panduan umat,
Pasti selamat dunia akhirat,
Seiring kita mengecap nikmat.

Pencipta Lagu : Pn. Zaidah Bt. Salleh


Penulis Lirik : En. Salahhuddin Bin Salleh

BAHTERA DIRI TERURUS TERPUJI

Dirimu umpama bahtera,


Kumpulan Sautul Haq *Sentiasa / Sedia
FESTIVAL NASYID 2009Wahdah Pemangkin Khairah Ummah

Belayar meredah samudera,


Ombak dan badai kau harungi jua,
Ke destinasi pelabuhan sejahtera.

Bukan kerana kayu meranti,


Bukan juga layar sakti,
Tetapi menyayangi diri,
Seimbang rohani dan jasmani.

Pasang surut lautan terbentang,


Tidak pernah menunggu kita,
Masa yang ada tak akan berulang,
Takut terkandas di lautan gelora.

Di malam gelap arus globalisasi,


Sabda dan firman penyuluh diri,
Ummah nan teguh indahnya peribadi,
Jadi ikutan akhlak dan personaliti.

Ummah terbilang cergas *siaga,


Menjadi benteng bangsa perkasa,
Berilmu di dada beramal sentiasa,
Lautan luas gagah diteroka.

Inilah hidup insani,


Teroleng dipukul gelombang,
Andai bijak mengurus diri,
Allah kasih dan Allah sayang.

Pencipta Lagu : Pn. Zaidah Bt. Salleh


Penulis Lirik : En. Salahhuddin Bin Salleh

Sumber : Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5

Tajuk : Adab Mengurus Diri ( Adab dan Akhlak Islamiah)


Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5, Bab 20, m/s 87-92

Sub Topik : 1) Penjagaan Kebersihan Jasmani


2) Pengurusan Masa
3) Penjagaan Tata rias / Personaliti
4) Penjagaan Kesihatan dan Kecergasan

Kumpulan Sautul Haq *Sentiasa / Sedia

Anda mungkin juga menyukai