Anda di halaman 1dari 6

1.

Gambar pengetua / Guru Besar dan Alamat Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SEMENCHU,


81900 KOTA TINGGI JOHOR
Tel: 078952192, Fax : 078952193
email :Skfssemenchu@gmail.com

Motto Sekolah :
Kemenjadian Murid Teras Keberkesanan Sekolah

Tagline : Saya SMART (Sedia, Motivasi, Awal, Rajin, Takwa)

S. FADILAH BINTI MOHD SALLEH

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SEMENCHU

Sekolah ini didaftarkan dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SEMENCHU pada tahun
1978. Terletak di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor dan 40km dr bandar Kota Tinggi. Sekolah
Kebangsaan Felda Semenchu mula dibina pada tahun 1976 dan siap pada penghujung tahun 1977.
buat permulaan, murid-murid belajar di bangunan Bengkel Felda Semenchu pada tahun 1978 dan
ditempatkan di bangunan ini pada 1.4.1978.Pada awalnya seramai lebih 200 orang murid dengan 10
orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Tuan Haji Esa bin Haji Ibrahim merupakan Guru
Besar pertama sekolah ini.

Dalam tahun 1980 sebuah bangunan 2 tingkat mengandungi 8 bilik darjah dan sebuah perpustakaan
mula dibina. Bangunan baru ini digunakan pada pertengahan tahun 1981. Bilangan murid bertambah
hingga melebihi 1000 orang. Dengan bertambahnya bilangan murid dari tahun ke tahun, sebuah lagi
bangunan mengandungi 5 bik darjah dibina secara gotong-royong pada tahun 1986 dan digunakan
pada tahun 1987.Dalam bulan September 1993, sebuah lagi bangunan 2 tingkat telah dibina dan siap
sepenuhnya pada pertengahan tahun 1994.Sekolah ini pernah dilawati oleh Pengarah Pendidikan
Negeri Johor, Encik Idris bin Tain (1978), Encik M. Zin bin Sham (1998) & Tuan Haji Saad bin
Bongkek, Ketua Jemaah Nazir Negeri Johor (1989).Pada tahun 2004, melalui Program Perluasan
Prasekolah, 1 kelas Prasekolah telah diwujudkan untuk menampung 25 orang murid berumur 6 tahun
serta menerima seorang guru dan Pembantu Pengurusan Murid PrasekolahPada januari 2011
bangunan ini telah digunakan sepenuhnya lengkap. Bangunan tersebut telah dilengkapi dengan
kemudahan dan prasarana yang kondusif sesuai dengan kehendak dan keperluan masa kini.

KEBITARAAN SEKOLAH
FOKUS SEKOLAH 2017-2020

1. Meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan peralatan terkini.


2. Mempertingkatkan kualiti disiplin di kalangan setiap warga sekolah berteraskan agama Allah
supaya lahir sifat diri yang mulia, tahu bersyukur dan sabar, bertaqwa dan bertawakal.
3. Menyuburkan iklim sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
4. Menjadikan sekolah sebagai pusat perkembangan masyakarat setempat kearah perubahan
yang positif dan efektif.
5. Mempertingkatkan tahap keilmuan dan professional di kalangan staff.

FOKUS MURID
1. Meningkatkan prestasi murid melalui unsur-unsur kreatif dan inovatif
2. Melahirkan murid-murid yang sihat, cergas, cerdas dan serba boleh melalui aktiviti
kokurikulum yang dirancang dan terancang sesuai dengan kehendak falsafah pendidikan
kebangsaan yang ingin melahirkan hamba Allah yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, inteleknya dan yang terpenting iman dan akhlaknya.
3. Menjadikan murid yang berpengetahuan dan meningkatkan prestasi diri.
4. Menjadikan murid yang berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah.
5. Menjadikan murid yang hormat kepada orang yang lebih tua.

GAMBAR GURU
DUDUK DI HADAPAN KIRI : EN. HAMIDON MOHD SALLEH (GURU PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM), EN QAYYUM BIN SHAMSURI (GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN),
PN.S.FADILAH MOHD SALLEH (GURU BESAR), EN. ABDUL RAZIF YACOB (GURU PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID), EN. MUHAMAD AZMAN MUHAMAD IHSAN.
BERDIRI DI TENGAH 1 : CIK RABIHAH ABU BAKAR, PN. CHE KAAMRIAH MAT ZUM,
PN. ANIZA MUHAMAD, PN. HAFIZAH HAJANAH, PN. ERMA NAIN, PN RAHSIDAH MD YUSOF,
PN. NURMAZLINA SULAIMAN, PN RAPIDAH RABU.
BERDIRI DI TENGAH 2 : PN. NOORFAIZAH ISMAIL, NORHASHIMAH MOHD NORDIN,
BERDIRI DI BELAKANG : EN.HISHAMUDDIN AHMAD MISKAM, EN. MUHAMMAD SAFIAN YUSOF,
EN RUSLI YUSOF, EN ABDUL JALIL MUKRI, ZAZALI MOHAMAD

KEJAYAAN SEKOLAH TAHUN 2019

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH


GPS : 2.82

% LAYAK SIJIL : 91.92 %

MURID CEMERLANG UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH

NURAINI NABILAH BINTI OTHMAN 5A 1B

LUQMAN AL-HAKIM BIN MARKAZA 5A 1C

NURIN BATRISYIA BINTI KAMALHUZAIMI 5A 1C

MUHAMMAD AFZAN HAFIZ BIN ROSMAWI 4A 2 B


KEMENJADIAN MURID TAHUN 2019

PERINGKAT KEBANGSAAN :

1. Kejohanan Gimnastik Artistik


-Penyertaan di Sg. Petani Kedah
2. Kursus Kenaikan Pangkat TKRS
-Johan Masakan Hutan
3. Program Semarak PPIM
-8 peserta

PERINGKAT NEGERI :

1. Kejohanan Gimnastik Artistik


-Tempat ke 5 acara Senam Lantai L 12
-Tempat ke 5 acara melombol L 12
-Tempat ke 5 peserta individu terbaik.

2. Korobori Pengakap Kanak-kanak K 26 Negeri Johor

- Johan pertandingan mewarna tahun 4


- Johan pertandingan mewarna tahun 5
- Johan pertandingan mewarna tahun 6

3. Karnival Citra Bahasa Sekolah Rendah


-Tempat ke 3 Chorus Speaking Jazz Chants

4. Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan


-2 orang peserta

PERINGKAT DAERAH

1. Kursus kenaikan Pangkat TKRS


- Johan Ikatan
- Tempat ketiga Ikatan
- Johan Ketatanegaraan
- Naib Johan Ketatanegaraan
- Naib Johan Kadet Puteri Terbaik
- Tempat ke 3 Kadet Puteri Terbaik
2. Pertandingan Silat Seni
- Tempat ke 3 Senitari Puteri
- Tempat ke 3 Seni Tempur Puteri
- Tempat ke 4 Senitari Putera
3 Pertandingan Mewarna Muzium Nelayan Kemerdekaan
- Johan mewarna tahap 1
- Naib Johan mewarna tahap 2
-Johan mewarna Prasekolah
4 Pertandingan Rekacipta Mercu Tanda Malaysia
- Johan Pertandingan Rekacipta Mercu Tanda.
5 Penganjur Karnival Prasekolah Zon Air Tawar
- Johan bercerita
- Johan Chef Cilik
6. Penganjur Aadk Pertandingan Bola Sepak Zon Air Tawar
- Johan Bola Sepak
7. Penganjur Karnival Bank Rakyat
- Johan Pertandingan Mewarna Tahap 1
- Johan pertandingan Mewarna Tahap 2
- Johan Pertandingan Mewarna Prasekolah

Anda mungkin juga menyukai