Anda di halaman 1dari 2

Teman,

Kamu bukan hanya setakat kawan ku,


Kamu bukan hanya setakat teman ku,
Tetapi kamu adalah sahabat ku,
Sahabat sejati dalam menuju redha Illahi (:

Jika kita hanya sekadar teman atau rakan,
Mungkin tatkala aku tersungkur,
Kau hanya memerhati dan memandang,
Melihat aku berdiri,
Bergantung harap pada lantai,
Kerana mutlak hakikinya,
Istilah teman dan rakan,
Hanya sekadar kita mengenali,
Tetapi tidak pernah kita memahami.

Jika kita hanya sekadar kawan,
Mungkin aku akan membiarkanmu,
Terjerumus di lembah hina,
Kekal jumud di muara dusta,
Tanpa nasihat-menasihati,
Tanpa ingat-mengingati,
Kerana ironinya,
Kawan hanyalah sekadar,
Teman yang ramai tatkala senang,
Tatkala sukar kau ku tinggalkan tanpa pergantungan.

Jika kita adalah sahabat,
Ku yakin ukhwah fillah yang dibina,
Nyata berpaksikan tiang agama,
Bertunjangkan iman dan taqwa,
Kerana tidak mungkin kau biarkan aku,
Terkapai-kapai mencari Nur-Nya,
Tercungap-cungap diselubungi kabus wahan,
Kerana ku yakin kau pasti akan membimbing ku,
Dengan tongkat akhlakmu,
Dengan lidah zikirmu,
Dengan senjata larut doamu,
Berpandukan kitab furqan-Nya,
Perlahan-lahan aku berjalan,
Menuju mahligai memperkukuh iman.

Mengapa aku menggelar kamu sahabat sejati ku?
Kerana...
Telah tersusun letaknya,
Definisi sahabat itu sendiri,
Pada zaman Rasulullah saw,
Umar, Ali, Usman, Abu Hurairah dan Usamah b Zaid,
Pada zaman apakah mereka hidup?
Zaman yang digelar temankah?
Zaman yang dipanggil rakan atau kawankah?
Sudah tentunya..
Hanya pada zaman sahabat, bukan?
Bukannya zaman teman, rakan atau kawan.

Kau ku gelar sahabat sejati,
Kerana..
Kau tidak pernah melupakan aku,
Kau masih mengingatiku walaupun mungkin kita berjauhan,
Kau sentiasa menyimpan aku di kotak fikiran,
Kerana kau pernah berijtihad,
Menasihatiku ke arah kebaikan,
Mencegah aku daripada kemungkaran.

Tidak kiralah,
Kita pernah berjumpa atau sebaliknya,
Tidak kiralah,
Kita pernah bersemuka ataupun mungkin....
Hanya sekadar sahabat di alam maya,
Semoga dengan hadirnya dirimu,
Sebagai sahabat sejati ku,
Ukhwah ini akan dibina,
Atas dasar cinta kepadaNya,
Demi meraih syurgaNya.

Jika memang ditakdirkan Tuhan,
Kita sekadar bersahabat di muka buku,
Aku tidak akan pernah berhenti berdoa,
Semoga kelak suatu hari nanti,
Aku akan berdamping dengan sahabat-sahabat,
Yang indah akhlaknya,
Yang seiras santun muliamu,
Sekacak dan secantik budi pekertimu,
Kerana kau seorang muslim soleh..
Kerana kau seorang muslimah solehah..

Jika kita memang sahabat setia di dunia nyata,
Maka kekalkanlah keperibadian mu yang sejati itu,
Jika hari ini kita terpisah akibat jarak dan masa,
Berdoalah kepadaNya..
Semoga Allah aturkan pertemuan indah,
Untuk kita bertemu kembali,
Dalam sebuah usrah mawaddah,
Ikatan ukhuwah berbinar Illahi.

Semoga ikatan persahabatan ini,
Berjaya melabuhkan tirai ahlan wa sahlan syurga,
Bukan menggali titik-titik derita,
Terjatuhnya kita ke lubang api neraka.

Anda mungkin juga menyukai