Anda di halaman 1dari 9

Kadar Tindak Balas

Tindak balas kimia (chemical reaction) berlaku apabila bahan tindak balas (reactant)
dicampurkan bersama-sama, pada keadaan yang sesuai.
Kelajuan sesuatu tindak balas kimia itu dipanggil kadar tindak balas (rate of reaction).
Semasa tindak balas kimia, bahan tindak balas digunakan sehinggalah hasil tindak balasnyanya (product)
terbentuk. Oleh itu, jumlah bahan tindak balas akan berkurangan manakala jumlah hasil tindak balas
akan meningkat, sebagaimana tindak-balasnya diteruskan.
Oleh itu, kadar tindak balas boleh ditentukan oleh salah satu daripada cara-cara berikut:
Kadar kehilangan bahan tindak balas, atau
Kadar pembentukan sesuatu hasil tindak balas (product).


Kadar tindak balas boleh ditakrifkan sebagai jumlah sesuatu bahan tindak balas yang digunakan bagi
setiap unit masa.



Kadar tindak balas juga boleh ditakrifkan sebagai jumlah hasil tindak balas yang diperolehi per unit
masa.



Kaedah mengukur kadar tindak balas.
Jumlah bahan tindak balas yang digunakan atau hasil tindak balas yang diperolehi boleh diukur dari segi
jisim bahan atau kepekatan bahan tersebut.
Untuk tindak balas kimia yang menghasilkan gas, kadar tindak balas boleh diukur sebagai jumlah gas
yang dihasilkan per unit masa.


Tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik cair.
Tindak balas antara kalsium karbonat (kepingan kecil marmar) dan asid hidroklorik cair boleh
diwakili oleh persamaan berikut:

CaCO
3
(s) + 2HCl(aq) CaCl
2
(aq) + CO
2
(g) +H
2
O(l)

dimana;
CaCO
3
(s) + 2HCl(aq) adalah bahan tindak balas, dan
CaCl
2
(aq) + CO
2
(g) +H
2
O(l) adalah hasil tindak balas.

Semasa tindak balas, berlaku perubahan yang dapat dilihat seperti berikut:
Jisim kalsium karbonat (bahan tindak balas) berkurangan.
Kepekatan asid hidroklorik (bahan tindak balas) berkurangan.
Jumlah isipadu karbon dioksida (hasil tindak balas) yang dihasilkan meningkat.

Oleh itu, kadar tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik boleh ditentukan
dengan mengukur:
Penurunan dalam jisim kalsium karbonat per unit masa, atau
Peningkatan dalam isipadu karbon dioksida per unit masa.
Iaitu,

atau



Kadar tindak balas adalah berkadar songsang dengan masa yang diambil bagi tindak balas itu selesai.



Tindak balas adalah pantas jika ia mengambil masa yang singkat untuk disiapkan. Sebaliknya, tindak
balas adalah perlahan jika ia mengambil masa yang panjang bagi suatu tindak balas
itu selesaikan/dilengkapkan.

Selain daripada perubahan dalam jisim bahan tindak balas atau perubahan dalam ispadu gas
yang dihasilkan, perubahan lain yang dapat diperhatikan adalah seperti berikut:
Perubahan warna.
Pembentukan mendakan.
Oleh itu, masa yang diambil untuk warna sesuatu bahan tindak balas itu berubah atau jumlah mendakan
terbentuk boleh digunakan untuk mengukur kadar tindak balas.

Unit-unit yang digunakan untuk kadar tindak balas bergantung kepada perubahan yang diukur. Sebagai
contoh:
cm
3
per unit masa (saat atau minit) untuk gas.
g per unit masa atau mol per unit masa untuk bahan tindak balas pepejal.
mol dm
-3
per unit masa bagi bahan tindak balas dalam larutan akueus (aqueous solution).
Tindak balas kimia yang berlainan berlaku pada kadar yang berbeza. Sebahagian tindak balas berlaku
dengan cepat/pantas dan ada juga yang berlaku secara perlahan.





SEBATIAN ORGANIK
Sebatian karbon (carbon compounds) merupakan sebatian yang mengandungi unsur karbon sebagai
unsur juzuknya (constituents).
Hampir semua makanan merupakan sebatian karbon, misalnya karbohidrat, protein, lemak, dan
vitamin.
Sebatian karbon dikelaskan kepada:
Sebatian organik (organic compound)
Sebatian tak organik (inorganic compound)

Sebatian organik dan sebatian tak organik

Sebatian organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada haiwan dan tumbuhan.
Contohnya;
Petroleum dan gas asli yang mempunyai unsur juzuk karbon dan hidrogen.
Kanji, alkohol, gula, dan lemak yang mempunyai unsur juzuk karbon, hidrogen dan oksigen.
Sebatian tak organik merupakan sebatian yang bukan berasal daripada hidupan.
Walaupun hampir semua sebatian karbon dikelaskan sebagai sebatian organik, sebatian karbon yang
berikut tergolong dalam kumpulan sebatian tak organik:
Karbon monoksida, CO
Karbon dioksida, CO
2

Karbon disulfida, CS
2

Sebatian karonat dan bikarbonat: kalsium karbonat, CaCO
3
, dan natrium bikarbonat, NaHCO
3
.
Sebatian karbida (carbide): kalsium karbida, Ca
2
C.
Sebatian sianat (cyanate) dan tiosianat (thiocyanate): natrium sianat, NaCN, dan natrium tiosianat,
NaSCN


Sebatian karbon

1) Sebatian organik
Semua sebatian karbon kecuali
CO
2
, CO
CS
2

Sebatian karbonat, CO
3
2-
, dan bikarbonat, HCO
3-

Sebatian sianida (cyanide), CN
-
, dan tiosianat, SCN
-

Sebatian karbida, C
4-


2) Sebatian tak organik
Batu batan seperti sebatian silikat (silicate).
Bijih logam seperti kasiterit.
Asid mineral seperti asid sulfurik.

Semua sebatian organik terbakar dengan lengkap dalam bekalan gas oksigen yang berlebihan untuk
menghasilkan gas karbon dioksida dan air sahaja.

Sebatian organik terbakar dengan tidak lengkap dalam bekalan gas oksigen yang terhad untuk
menghasilkan campuran jelaga (karbon), karbon monoksida, karbon dioksida, dan air.






Hidrokarbon

Pada amnya, sebatian organik dikelaskan kepada hidrokarbon dan bukan hidrokarbon.

Hidrokarbon (hydrocarbon) adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon dan unsur
hidrogen sahaja. Atom karbon dan atom hidrogen dalam sebatian hidrokarbon diikat bersama-sama
melalui ikatan kovalen (covalent bonds).

Hidrokarbon tepu ialah hidrokarbon dengan atom karbonnya terikat kepada atom yang lain melalui
ikatan kovalen yang tunggal (single covalent bonds).


Pembentukan empat ikatan kovalen tunggal.

Hidrokarbon tak tepu ialah hidrokarbon yang mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda
dua (double bond) atau ikatan ganda tiga (triple bond) antara atom-atom karbon dalam molekul itu.


Pembentukan dua ikatan tunggal
dan satu ikatan ganda dua.

Pembentukan satu ikatan tunggal
dan satu ikatan ganda tiga.

Sebatian organik
Hidrokarbon (Unsur karbon dan hidrogen sahaja).
i) Alkana (alkanes)
ii) Alkena (alkenes)
Bukan hidrokarbon (Unsur karbon, hidrogen dan unsur lain)
i) Alkohol
ii) Asid Karbosilik
iii) Ester

Sumber utama hidrokarbon ialah petroleum.

Petroleum merupakan cecair hitam yang sangat pekat dan melekit. Bahan ini wujud secara semulajadi
sebagai minyak mineral dalam lapisan-lapisan kerak bumi.

Tindak balas redoks
Tindak balas redoks (redox reaction) ialah tindak balas kimia yang melibatkan
proses pengoksidaan (oxidation) dan penurunan (reduction), dimana kedua-dua proses ini berlaku
secara serentak.

Apabila sesuatu bahan dioksidakan dalam tindak balas redoks, sesuatu bahan yang lain akan
diturunkan ataupun dengan yang sebaliknya.

Agen pengoksidaan (oxidizing agent) ialah bahan yang mengoksidakan bahan tindak balas yang lain.
Dalam suatu tindak balas redoks, agen pengoksidaan mengalami proses penurunan supaya dapat
mengoksidakan bahan yang lain.

Agen penurunan (reducing agent) ialah bahan yang menurunkan bahan tindak balas yang lain. Dalam
suatu tindak balas redoks, agen penurunan mengalami proses pengoksidaan supaya dapat
menurunkan bahan yang lain.

Pengoksidaan (oxidation) ialah suatu proses yang melibatkan
penambahan oksigen, atau
kehilangan hidrogen, atau
kehilangan elektron, atau
penambahan nombor pengoksidaan (keadaan pengoksidaan) bagi unsur-unsur yang terlibat dalam
sesuatu tindak balas.

Penurunan (reduction) ialah suatu proses yang melibatkan
kehilangan oksigen, atau
penambahan hidrogen, atau
penambahan elektron, atau
pengurangan nombor pengoksidaan bagi unsur-unsur yang terlibat dalam sesuatu tindak balas.

Bagi menjelaskan pengertian pengoksidaan dan penurunan, perbincangan boleh dibuat terhadap tiga
(03) aspek, iaitu;
Kehilangan dan penambahan oksigen atau hidrogen.
Pemindahan elektron.
Perubahan nombor pengoksidaan unsur-unsur.

Anda mungkin juga menyukai