Anda di halaman 1dari 9

INFO ANUGERAH RAKAN PEMBACA

Berceritalah, berbicara tentang Buku, Ulasan Buku, Membaca Bersama, Pidato, Syarahan, `Public
Speaking, `Let Speak Up, Resensi Buku, petikan, buku agama, buku motivasi, Novel, buku
cerita, majalah, journal, dan pembentangan dalam kelas, sebagainya atau contoh pelbagai aktiviti
dibawah:

#Definisi Pengkelasan- Suatu sistem penyusunan bahan-bahan atau pengelompokan perkara-perkara
agar penyimpanan dengan pengambilan kembali dengan mudah dan cepat dapat dilakukan.
#PENGKELASAN BUKU bermakna penggolongan perkara buku itu ke dalam satu jenis. Hendak
mengologkan buku itu ke dalam satu jenis dan diberi satu nombor pengkelasan kita terlebih dahulu
patut tahu cara-cara menggunakan senarai nombor pengkelasan. Bagaimana nombor itu terjadi, juga
sedar yang Nombor-nombor Pengkelasan Dewey itu berbentuk dan susunan darjat. Seperti nombor
621.388 Television adalah proses bentukan dari
600 Teknologi
620 Kejuruteraan
621 Fizik Gunaan
621.3 Kejuruteraan Lektrik
621.38 Kejuruteraan Elektronik & Komunikasi
621.388 - Television
#Definisi Pengkatalogan-Proses menyenaraikan maklumat ( nama barang, nama buku, nama orang )
dalam katalog yang biasanya digunakan di perpustakaan, pusat sumber, dan lain-lain.
SOALAN BERKAITAN DENGAN BUKU
1. Apakah perbezaan No Perolehan dan No Pengkelasan
->No Perolehan ialah bilangan buku yang telah diterima oleh perpustakaan.
-No Perolehan di tampal di bahagian atas disebelah kanan buku.
->No Pengkelasan ialah pengkelasan Dewey.
-Pengkelasan Dewey untuk menentukan jenis-jenis buku.
Contoh : 400 = Bahasa
800 = Kesusasteraan
2. Di manakah cop perolehan?-di hadapan m/s pertama.
3. Cara paling mudah mencari buku di PSS?-mengikut pengkelasan dewey.
4. 3 ciri asas sebuah buku:
-Tajuk
-Penerbit
-Penulis
5. Kesan daripada pembacaan novel pada diri anda.
-kalau novel sedih, saya akan rasa sedih.
-kalau novel berkaitan dengan motivasi, saya turut bersemangat.
Contoh, menjadi pelajar yang cemerlang, saya perlu berusaha.
Berikut adalah di antara soalan yang ditanya oleh hakim semasa sesi temuduga Penilaian Individu :-
1. Pengenalan diri dalam bahasa
2. Bagaimana menjaga buku?
3. Adakah terdapat mini perpustakaan di rumah?
4. Di mana bahagian tulang buku?
5. Bila Bulan Membaca?
6. Apakah glosari?
7. Apakah indeks?
8. Apakah perbezaan biografi dan bibliografi?
Cth soalan:-
*Penggunaan FB. Apakah kebaikan dan keburukan yang kamu dapat.
*Bagaimana cara memupuk minat membaca dikalangan pelajar.
*1 Malaysia :- Definasi- faedah- kebaikan- implikasi jika tidak dilancarkan.
*Kemalangan jalan raya. Cara mengatasi.
*Sebagai rakan pembaca, cadangkan aktiviti yang boleh anda lakukan untuk menarik minat membaca
dikalangan rakan2 anda.
*Bagaimankah televisyen dapat memberi kebaikan/keburukan kepada kamu.
*Menaik taraf sukan Negara.
*Apakah maksud 1S1M1M (1 Sukan 1Murid ! Malaysia).kbaikan..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dampak positif dan negatif penggunaan facebook
Facebook merupakan salah satu layanan jaringan social internet yang gratis dimana kita dapat
membentuk jaringan dengan mengundang teman kita. Dari jaringan yang kita bentuk, kita dapat
memperhatikan aktifitas mereka, mengikuti permainan/join game yang direkomendasikan,
menambahkan teman atau jaringan kita berdasarkan organisasi sekolah, daerah domisili kita, dan
seterusnya. Bisa dibilang fasilitas untuk berteman dan membina kehidupan social. Facebook adalah
salah satu media socialnetwork yang sangat terkenal, dengan facebook kita dapat berinteraksi dengan
berbagai macam orang diseluruh dunia.
=Dampak fositif dari Facebook :
1 Menjalin silaturrahmi, Islam mengajarkan menjaga hubungan silaturrahmi sesama.
2 Sebagai tempat belajar seperti tes toefl.
3 Refreshing selesai bekerja di kantor seperti bermain game di facebook.
4 Bisnis, karena facebook menyediakan fitur untuk tempat beriklan.
5 Tempat curhat,di facebook dapat menulis perasaanmu saat ini di status atau menuliskannya di
note. Teman-teman yang tanggap dan peduli akan memberikan komentar, serta mencari jalan
keluar dari masalah
6 yang mungkin kamu hadapi. Bisa juga menggunakan fitur chat untuk melakukannya.
7 Praktis sebab facebook memiliki banyak fasilitas dan komplit seperti chatting.
8 Tempat mencari jodoh dengan berpedoman pada agama dan norma yang berlaku.
9 Tempat berkampanye politik yang murah meriah dan menjanjikan hasil.
10 Memperbanyak sahabat tempat saling berbagi pengalaman, solusi atau sharing, tempat
menemukan kembali teman yang lama tak bertemu.
11 Tempat berkumpul dan berdiskusi dengan pengguna yang sama profesi melalui sebuah
komuntas professional.
12 Untuk mengetahui potensi diri, dalam facebook banyak terdapat kuis yang bermanfaat untuk
mengetahui lebih banyak tentang diri sendiri dan juga game yang menarik untuk dimainkan.
13 Sebagai media penyimpanan file sebab di Facebook memiliki fitur untuk upload dan bisa
dijadikan media penyimpanan foto. Space yang disediakan sudah sangat mencukupi.
Dampak Negatif dari Facebook :
1 Mengurangi waktu efektif karena biasanya kalau sudah di depan internet menghabiskan
waktu berjam-jam.
2 Pornografi sebab facebook memungkinkan tempat penyebaran poto-poto porno.
3 Pemborosan keuangan karena membayar akses internet yang berjam-jam itu, baik melalui
warnet maupun pulsa handphone.
4 Tugas sekolah jadi terbengkalai bagi pelajar.
5 Pekerjaan terbengkalai bagi para bos, karyawan.
6 Menciptakan kekerasan rumah tangga karena cemburu chating atau komentar di facebook
dengan teman lamnya atau yang baru dikenal.
7 Menimbulkan pertengkaran keluarga karena status di facebook sesuai dengan kenyataan
8 Meningkatkan kejahatan atau criminal yang meresahkan masyarakat seperti pembunuhan,
perampokan, kejahatan seksual, penculikan, penipuan, menimbulkan ketakutan, dll.
9 Menjadi malas, rasa malas akan timbul jika terlalu keasyikan dengan Facebook, karena
Facebook akan membuat seseorang untuk bersenang-senang.
10 Pergaulan bebas, hal ini terutama terjadi dari teman-teman dunia maya yang tidak dikenal
secara nyata dan mungkin akan mengarah untuk melakukan perbuatan yang buruk saat diajak
ketemuan.
11 Pencurian data, Kerugian lain yang bisa disuguhkan oleh Facebook adalah pencurian data
oleh hacker yang punya niat jahat melalui aplikasi-aplikasi yang berseliweran di situs jejaring
sosial ini. Sebagaimana
12 kita tahu, salah satu keriangan yang bisa dilakukan oleh para anggota Facebook adalah saling
berkirim aplikasi, yang bisa dilekatkan ke profil mereka. Fasilitas ini yang kemudian menjadi
alasan mengapa
13 Facebook menjadi begitu cepat naik daun. Ada ribuan game, kuiz, dan tes IQsederhana
tersedia bagi mereka.
Satu Malaysia-----------Konsep 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, telah
diperkenalkan olehDato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik
sebagai Perdana MenteriMalaysia yang ke-6 pada 3 April yang lalu. Pelbagai persepsi timbul daripada
pengenalan konsepini yang dikatakan menyamai konsep Malaysian Malaysia yang
diperkenalkan oleh parti politik DAP pada tahun 1960-an. Namun hal ini hanya merujuk kepada
ideologi politik yangdiperjuangkan oleh individu yang bernaung dibawah pengaruh parti politik
tempatan. Sesuatuyang seharusnya menjadi debat dan forum percambahan minda ialah kaedah dan
pelaksanaanyang boleh diguna pakai untuk menterjemahkan ideologi kepimpinan beliau dan sejauh
manakah pelaksanaannya mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap konsep baru ini. Oleh
itu,definisi konsep yang seharusnya merangkumi pelbagai sudut pandangan perlu diperjelaskanuntuk
membolehkan penerimaan konsep ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat diMalaysia.Secara
umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satunaungan kuasa raja
berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotismeyang tinggi dalam setiap
diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagimenjaga keamanan dan
keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya bermaksud kewujudan satu
bangsa yang besar yang digelar Bangsa Malaysia danmenggantikan dasar perkauman yang hanya
menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini.Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu
budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum
bagi meningkatkan kesefahaman danmenjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati dan mesra
antara kaum amat penting bagimenzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai
murni ini bolah dilaksanakandi peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di
kawasan perumahan agar gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.Dalam
aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak
pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalammenjayakan gagasan ini
malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka.Hal ini kerana keperluan dan
kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harusdidahulukan sebelum kepentingan politik
mengambil tempat. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mancari usaha ke
arah pembangunan modal insan yang jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan
dunia. Persaingan politik perludiketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh
yang berguna kepadamasyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1
Malaysia yanglebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukkan Bangsa
Malaysia.Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus
kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia
dapatdiperkukuhkan.Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar
Pecah danPerintah yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia)
mencapaikemerdekaan. Meskipun sudah 52 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun
kesandaripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini,
sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika
dahulukaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina
memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada
bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang
merekamampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar
yangdibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal
ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangatkepada
individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan.
Kesannya, ekonomi negara mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yangmembentuk gagasan 1
Malaysia.Dalam pada itu, aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1
Malaysia.Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah
ditetapkanDasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia
dalamdiri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini
diperkenalkan.Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan
sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. Penghapusan
dasar pendidikan yang hanya berkepentingankan sesebuah bangsa dan menafikan hak
golongantertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit
antara pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan
danBadan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan
tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu. Selain itu, pembentukan satu jenis
sekolahsahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu
mampumelahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru
itu,tindakan-tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin
yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang tercinta.Selain
itu, aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalamusaha
menjayakan gagasan 1 Malaysia. Hal ini kerana, agama dan kepercayaan merupakan pengaruh
terbesar dalam menghasilkan keputusan yang melibatkan pertimbangan yang dilakukanoleh aspek
lain. Oleh sebab itu, 1 Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk kepadasikap keterbukaan
masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agamasesebuah bangsa. Agama
Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadianutan sebahagian besar
masyarakatnya. Justeru itu, sensitiviti agama dan perkauman perludijaga dan tidak boleh
dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan dan ketegangan yangseterusnya menidakkan kejayaan
gagasan ini. Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung-mengunjung yang semakin diguna pakai
semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatanmerupakan salah satu kaedah bagi mempelajari
sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatukaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati
antara satu sama lain. Langkah muhibahini mampu memperjelaskan lagi secara rohaninya konsep 1
Malaysia.Kesimpulannya, gagasan 1 Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan
datangsebaliknya langkah ke arah pembentukannya perlulah bermula daripada sekarang.
Seruan pemimpin negara, perlu disahut semua pihak dalam usaha menjayakannya. Perkongsian
ideologidalam menjayakannya perlulah bersifat mantap dan pelaksanaannya perlulah secara
bersepadu bagi merealisasikan harapan beliau kepada negara. Kesannya bukan sahaja melibatkan
negarasecara umumnya, malahan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh
itu,semangat 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu negara ke peringkat yang
lebihtinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi arus permodenan, pembangunan,
persaingandan globalisasi dunia. Diharap gagasan ini akan mencapai matlamat dan halatuju seperti
yangtelah ditetapkan.
Esei : 1 Malaysia, Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan
Belia yang semakin mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat. Apa yang berlaku dalam dunia
belia akan diperbincangkan secara mendalam oleh semua golongan. Bukan sahaja di negara ini, malah
ianya menjadi agenda dalam semua negara. Semua menyedari bahawa generasi belia adalah aset
negara dan perlu diberi persediaan, perlindungan serta hala tuju yang sebenar dalam menjamin
kestabilan dan kemajuan sesebuah negara tersebut. Dengan itu, kerajaan telah berusaha sedaya upaya
memenuhi cita rasa generasi belia yang menerajui negara kita pada masa akan datang. Jikalau visi
2020 merupakan satu wawasan strategik jangka panjang sebagai panduan arah dasar yang luas
meliputi pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan
ekonomi dunia keseluruhannya. Ianya juga bertujuan untuk menjadi pandu arah, target dan
mempunyai jangka masa tertentu untuk mencapainya.Wawasan ini perlu bagi membolehkan generasi
muda jelas akan tujuan hidupnya. Mereka yang tidak mempunyai tujuan dalam hidupnya akan mudah
dipengaruhi dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah untuk dirinya, keluarga,
masyarakat dan negaranya.
Generasi berwawasan akan menjadikan negara kita mempunyai satu masyarakat yang tahu hala tuju,
komited dengan matlamat serta mampu menghadapi apa jua rintangan demi mencapai impian
tersebut. Generasi berwawasan juga mampu meletakkan tahap pencapaiannya, dan jangkamasa untuk
beroleh kejayaan. Oleh kerana itu, YAB Perdana Menteri menggariskan wawasannya bagi
membolehkan kita sama-sama mendokongnya demi survival umat, demi survival negara, demi
kelangsungan bangsa Malaysia pada masa akan datang.YAB Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun
Razak, menyatakan secara tegas bahawa Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
diutamakan, telah memulakan era baru dalam menganjak paradiqma rakyat. Kita harus memulakan
langkah baru, setelah berhadapan dengan kecelaruan politik serta kekusutan maklumat sehingga
mengganggu keamanan, keharmonian serta perpaduan rakyat Malaysia. Beliau menyedari kekuatan
bangsa Malaysia dengan menyatakan ;
Malaysia unik kerana kepelbagaian kita dan berharap kita dapat mengekalkan dan meningkatkan
perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai
bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.
Gagasan atau konsep 1 Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib bin Najib bin Tun
Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia adalah satu aspirasi sosio-politik masa depan yang sangat
relevan bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. 1 Malaysia adalah gagasan untuk
membina kekuatan negara melalui perpaduan dan semangat bersama dalam kalangan rakyat yang
berteraskan kepada beberapa nilai penting. YAB Perdana Menteri telah menggariskan lapan teras atau
nilai utama bagi menjayakan konsep 1 Malaysia, iaitu berpengetahuan, intergriti, rendah hati,
kesetiaan, budaya kecemerlangan, ketabahan, penerimaan, dan meritokrasi. Kelapan-lapan nilai teras
ini diadun sebagai formula utama dalam usaha mencapai Wawasan 2020. Bagi mencapai aspirasi ini
lapan nilai teras di atas perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan rakyat.Asas kepada semua
teras atau nilai ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, bermaksud semua kaum akan terbela
dan tiada sesiapapun akan terpinggir atau dipinggirkan. Keadilan mestilah mengambil kira taraf
kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan
peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberi pembelaan kepada golongan yang
memerlukannya akan tetap dilaksanakan. Mana-mana rakyat yang miskin yang memerlukan
pembelaan perlu dibantu tanpa mengira siapa yang harus membantunya.
Nilai-nilai ini bukanlah suatu yang sukar untuk dihayati serta dijadikan dasar dalam pembentukan
generasi belia. Ianya juga bukanlah suatu yang janggal untuk dijadikan budaya sesuatu
bangsa. Namun, ianya tidak seharusnya diambil mudah serta harus ditanam kepercayaan dalam diri
akan nilai-nilai ini sebenarnya berupaya membangunkan belia itu sendiri dan seterusnya nilai-nilai
tersebut dapat dijelmakan dalam pembinaan negara. Apakah generasi kita mampu dan bersediakah
kita ?
Menanam nilai dalam generasi belia adalah satu proses dan merupakan perjalanan yang panjang dan
memerlukan semua pihak dalam mendokong misi besar ini. Proses ini ini memerlukan kesabaran dan
komitmen. Usaha yang bersungguh-sungguh amat perlu untuk menjadikan generasi belia kita dapat
menghayati serta menjadikan nilai ini sebagai perisai yang menguasai diri mampu membina negara
dengan lebih cemerlang dan menempis segala cabaran-cabaran yang mendatang.
Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok
tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana
nasional. Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh
permainan muslihat politik. Dalam hal ini, potensi golongan anak muda akan kita bangunkan setinggi-
tingginya. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan,
saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.
Dalam sedutan ucapan YAB Perdana Menteri, kita dapat rasakan bagaimanakah rasa keperihatinan
beliau dan kerajaan yang ada sekarang terhadap generasi belia. Rasa ini harus juga
dipertanggungjawabkan kepada seluruh kepimpinan belia agar bersedia memikul beban menyedarkan
generasi belia akan persediaan yang perlu ada bagi mereka.
Usaha Perdana Menteri mengusulkan konsep membentuk satu bangsa Malaysiayang sejahtera dan
makmur melangkaui tahap toleransi yang diterima umum selama ini tentunya berdepan dengan
pelbagai pandangan berbeza kerana masing-masing pihak boleh bersuara berlandaskan demokrasi.
Jadi tidak hairanlah, rakyat masih kabur dengan hala tuju yang ingin diketengahkan itu sebagai
kesinambungan daripada dasar yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini, yang memacu kesejahteraan,
kemajuan dan pembangunan negara sejak lebih setengah abad lalu. Namun, seperti yang dikatakan
Perdana Menteri sebelum ini, pengisian konsep 1Malaysia akan melalui proses evolusi bukan revolusi
bagi membolehkan rakyat memahami, menghayati dan bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan.
Sebagai rakyat berbilang kaum, setiap pihak berusaha untuk mempertahankan haknya supaya tidak
terhakis. Jadi jaminan kerajaan untuk tidak mengetepikan peruntukan terkandung dalam
Perlembagaan Persekutuan membabitkan soal bahasa, agama dan hak keistimewaan selain kontrak
sosial yang selama ini menjadi pegangan semua rakyat, wajar dihargai.
Apabila kita sudah menghormati antara satu sama lain bererti kita sudah mempunyai sikap terbuka
untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian. Seperti dijelaskan oleh YAB Dato Sri
Mohd Najib, konsep 1 Malaysia bermaksud kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia. Ini bermakna cara pemikiran dan bertindak kita mesti keluar daripada cara bertindak
dalam tembok atau kepompong etnik. Contohnya, jika kita memperjuangkan soal kemiskinan, maka
kemiskinan itu mesti dilihat merentasi semua kaum sama ada di bandar, luar bandar, ladang, kampung
baru atau kumpulan orang asli. Daripada lensa pembangunan, konsep dan falsafah 1 Malaysia
adalah bertitik tolak atau berteraskan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan
keutamaan rakyat. Kerajaan tetap mengiktirafkan sumbangan semua kaum. Setiap rakyat tanpa
mengira warna kulit bebas menyertai arus pembangunan negara. Kesaksamaan untuk semua kaum
adalah sesuatu yang amat ditekankan oleh kerajaan. Negara mempunyai sejarah, tradisi dan warisan
budayanya tersendiri. Semua resipi ini disalut dan diterap dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru,
YAB Dato Sri Mohd Najib sudah pun menegaskan bahawa apa yang terkandung di dalam
Perlembagaan Negara tetap menjadi prinsip dan landasan dalam menterjemahkan konsep terbabit. Ini
bermakna semua fasal yang ditakrifkan sebagai hak istimewa orang Melayu tetap dipelihara kerana
hak-hak terbabit tidak sedikit pun menafikan hak kaum lain. Apa yang nyata ialah konsep
1 Malaysia bertemakan perpaduan rakyat. Perpaduan dalam kepelbagaian mendasari elemen
kemajmukan rakyat di negara yang penuh citrawarna ini.
Sememangnya belia yang mempunyai hala tuju yang jelas, serta mempunyai jatidiri yang mantap
akan menjadi penggerak utama kejayaan negara. Sekiranya kita mampu menjadikan agenda belia
glokal, dimana belia kita berfikiran global dan bertindak secara loca, kemungkinan mereka mampu
bergerak lebih jauh lagi.Dengan persekitaran yang aman serta peluang dan kemudahan kerajaan
berikan, sudah pasti, dan saya yakin generasi belia akan mudah mencapai impian dan menjadi pemacu
utama dalam pembangunan negara. Semuanya bermula dengan pemikiran yang jelas.Belia glokal
mesti mempunyai daya saing yang tinggi agar dapat bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di
peringkat antarabangsa. Persaingan dalam bentuk keilmuan, kemahiran, kepimpinan dan sebagainya
memerlukan jatidiri yang tinggi, nilai yang kuat, daya tahan yang kental, dan nilai spiritual yang
tinggi. Mereka tidak akan boleh membuat perubahan dan bersaing sekiranya mereka sendiri tidak
memulakan perubahan dalam diri mereka sendiri.Sebagai penggerak, kita harus sentiasa perihatin
dengan alam sekeliling kita. Kita hidup dalam masyarakat, umpama resam padi, semakin berisi,
semakin tunduk membawa maksud walaupun kita sudah berjaya, sepatutnya kita harus bersyukur
dan rendah diri, kerana kejayaan kita bukanlah hasil usaha kita semata-mata, tetapi pengorbanan
keluarga serta peluang yang diberikan kepada kita. Seharusnya kita menjadikan hasil ini sebagai
pemangkin kepada sumbangan kita terhadap generasi belia yang akan datang serta negara.
Secara tuntasnya, apabila YAB Dato Sri Mohd Najib menjadikan konsep dan falsafah baru itu
sebagai landasan pentadbirannya adalah untuk memberi nafas segar kepada barisan kabinetnya serta
menyuntik semangat rakyat untuk sama-sama berganding bahu dengan kepemimpinan negara.
1 Malaysia adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi
memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat
menghormati dan percaya mempercayai. Sebelum bibir menutup bicara, sebelum kata ternoktah, sajak
ini akan menjadi pengakhir, namun perjuangan kita untuk mengekalkan seterusnya mengeratkan
perpaduan kaum akan terus membara.

Anda mungkin juga menyukai