Anda di halaman 1dari 2

iti Nur Zubaidah Binti Md Ghazali,

No.7, Jalan KMP 2B/1,


Kota Malim Prima,
35900, Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.


Puan Hajjah Noraini Binti Haji Yeub Sidi Amn,
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan. 28 OGOS
2012

Tuan,

Permohonan Tinggal Di Asrama

Saya Siti Nur Zubaidah Binti Md Ghazali dari kelas 1 Aliran Agama ingin memohon
tinggal di asrama. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor.
2. Antara faktornya ialah saya mengalami masalah pengangkutan untuk ke sekolah
kerana rumah saya terletak 5 kilometer dari sekolah. Saya selalu dating lewat ke
sekolah iaitu pada 7:30 am kerana masalah pengangkutan ini.
3. Selain itu, saya mengalami gangguan untuk belajar di rumah kerana adik-adik
saya sering mengganggu saya ketika belajar. Apabila saya membiarkan buku saya di
atas meja, sudah tentu buku itu akan koyak atau diconteng oleh adik-adik saya.
4. Seterusnya apabila saya tinggal di asrama, sekiranya dapat melatih diri saya untuk
lebih berdikari kerana apabila dirumah saya kurang berdikari.
5. Faktor yang terakhir ialah saya dapat bekerjasama dengfan rakan yang lain dalam
menyiapkan dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Bak kata
pepatah,bagai aur dengan tebing.
Saya berharap agar permohonan saya dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya
oleh pihak tuan pengetua.
Akhir kata, saya mendahului dengan ucapan terima kasih atas pertimbangan itu.
Sekian.
Yang benar,
ZUBAIDAH
(SITI NUR ZUBAIDAH BINTI MD GHAZALI)
Pelajar 1 Aliran Agama,
SMK Khir Johari.

Anda mungkin juga menyukai