Anda di halaman 1dari 33

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
TAHUN EMPAT
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


(MASALAH PEMBELAJARAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI

TAHUN EMPAT

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Cetakan Pertama 2013
© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN 6

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 7

PENTAKSIRAN 8

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH 10

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 12


PENDAHULUAN diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga
menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang,
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang MATLAMAT
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk
memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan
dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan berakhlak mulia.
pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan OBJEKTIF
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang
menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan
pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan membimbing murid agar berupaya;
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat berdikari dalam kehidupan seharian

1
iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah Domain bagi setiap tunjang adalah:
kehidupan berkerjaya i. Komunikasi
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
dengan sempurna iii. Kemanusiaan
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, iv. Sains dan Teknologi
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
masyarakat majmuk vi. Keterampilan Diri
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi


membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama
yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
(Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
Standard Kandungan akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi berfikir.
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
Standard Pembelajaran 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk


mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

3
KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti
menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1. berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah
dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti
peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan
KBAT Penerangan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan
Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran
nilai dalam situasi berlainan untuk mereka.
melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
bahagian berkenaan diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
menggunakan pengetahuan, pengalaman, dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
kemahiran, dan nilai serta memberi Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
justifikasi dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen
Mencipta  menghasilkan idea atau produk atau Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan

kaedah yang kreatif dan inovatif Komunikasi.

Jadual 1: Penerangan KBAT


Kreativiti dan Inovasi

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara

mata pelajaran. umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,


pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.

4
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang  Mengamalkan sikap keusahawanan;
diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam  Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu  Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka pengurusan perniagaan;
berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan  Memformulasikan konsep, proses atau produk
seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan keusahawanan; dan
warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai  Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran keusahawanan.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan kebolehan murid sekolah rendah.
elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan
sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif. perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
Keusahawanan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

5
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK III. Pelaksanaan Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan
iaitu: Komunikasi (TMK)
 Belajar mengenai TMK Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan
 Belajar melalui TMK dan Standard Pembelajaran. Terdapat tujuh topik Standard
 Belajar dengan TMK Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap
kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Guru
boleh menggunakan standard ini dalam perancangan aktiviti
FOKUS MATA PELAJARAN berasaskan TMK.
i. Pengenalan makmal komputer
Mata Pelajaran : Teknologi Maklumat and Komunikasi (TMK) ii. Pengurusan makmal komputer
I. Matlamat iii. Pengenalan kepada perkakasan komputer
TMK adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai iv. Fungsi perkakasan komputer
bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. TMK juga v. Pengenalan kepada aplikasi sistem komputer
teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, vi. Pengaplikasian sistem komputer
perkasasan dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, vii. Pengenalan kepada internet
menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan
melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa. PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

II. Objektif TMK boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih


Standard Kurikulum TMK memfokuskan kepada pengetahuan seronok serta membentukdan guru dan murid menjadi lebih kreatif
perkasasan dan aplikasi perisian dalam menghadapi pelbagai dan inovatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
bentuk maklumat pada murid pendidikan khas Tahap II ( Tahun 4, TMK, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
Tahun 5 dan Tahun 6). kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:

6
 Pembelajaran kendiri dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan
 Kolaboratif penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang
 Pembelajaran berasaskan projek disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah
 Inkuiri-penemuan tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan

 Penyelesaian masalah tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,

 Pembelajaran masteri perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

 Konstruktivisme dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
 Pembelajaran Penerokaan
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
Definisi Rancangan Pendidikan Individu:
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
Berkeperluan Khas, 2000)
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai
mereka.
disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid
pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan

7
PENTAKSIRAN SEKOLAH  Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan
standard kurikulum.
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran PS boleh dilaksanakan secara:
murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu
memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan  Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak  Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan pembelajaran, semester atau tahun.
item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau
penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk Pentaksiran Rujukan Standard
menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha
menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan
aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
mempunyai ciri-ciri berikut: dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.
 Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan
pengamalan nilai murni; dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
 Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
PdP; sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
 Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum

8
balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Tafsiran Umum
Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang
TAHAP
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf MAKSUD TAFSIRAN UMUM
PENGUASAAN
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting Murid tahu perkara asas, atau
boleh melakukan kemahiran asas
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan 1 Tahu
atau memberi respons terhadap
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing- perkara yang asas.
Murid menunjukkan kefahaman
masing. untuk menukar bentuk komunikasi
Tahu dan
2 atau menterjemah serta
Faham
menjelaskan apa yang telah
 Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan dipelajari.
tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi Tahu, Faham Murid menggunakan pengetahuan
3 dan Boleh untuk melaksanakan sesuatu
tujuan pelaporan. Buat kemahiran pada suatu situasi.
Tahu, Faham Murid melaksanakan sesuatu
dan Boleh kemahiran dengan beradab, iaitu
 Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum 4
Buat dengan mengikut prosedur atau secara
tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran Beradab sistematik.
Tahu, Faham Murid melaksanakan sesuatu
tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi dan Boleh kemahiran pada situasi baharu,
murid bagi mata pelajaran TMK (Suaian) 5 Buat dengan dengan mengikut prosedur atau
Beradab secara sistematik, serta tekal, dan
Terpuji bersikap positif.
Murid berupaya menggunakan
Tahu, Faham
pengetahuan dan kemahiran
dan Boleh
sedia ada untuk digunakan pada
6 Buat dengan
situasi baharu secara sistematik,
Beradab
bersikap positif, kreatif dan
Mithali
inovatif, serta boleh dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

9
waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap
TAHAP
TAFSIRAN keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah
PENGUASAAN
Mengetahui tentang asas TMK disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard
1
Mengetahui dan memahami tentang asas pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap
2 TMK muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik

Mengetahui, memahami dan mengaplikasi dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
3 asasTMK

Mengetahui, memahami dan mengaplikasi Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
4 asasTMK mengikut prosedur yang betul dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
Mengetahui, memahami,mengaplikasi dan
mempraktikkan asas TMK dengan lebih seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
5
sistematik
Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan
Mengetahui, pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
memahami,mengaplikasi,mempraktik serta
6 boleh menyampaikan maklumat asas TMK
dengan lebih kreatif dan kritis Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran TMK
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah bukan hasil akhir yang diperoleh.
dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang
dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada

10
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah


penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu


tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara


individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk


menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

11
PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1.1 Mengenal pasti dan 1.1.1 Mengecam pelan lokasi 1 Menunjuk makmal komputer dalam pelan sekolah
menyatakan lokasi makmal komputer
makmal komputer 2 Mengenal pasti kedudukan makmal komputer dalam
1.1.2 Mengenal pasti lokasi pelan sekolah
laluan pergi dan balik ke
makmal komputer 3 Melabelkan lokasi makmal komputer dari pelan sekolah

4 Memerihalkan kedudukan makmal computer

5 Melakarkan laluan pergi dan balik ke makmal komputer


dengan betul

6 Mempraktikkan laluan pergi dan balik ke makmal


komputer dengan betul

12
PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2 Mengenal pasti makmal 1.2.1 Menyatakan 1 Menunjukkan peralatan di dalam makmal komputer
komputer i) peralatan dalam
makmal komputer 2 Menamakan peralatan makmal komputer
ii) ruang kerja (work
station) 3 Mengenal pasti peralatan mengikut ruang kerja guru dan
iii) susun atur peralatan murid
dalam makmal
komputer 4 Membezakan ruang kerja murid dan ruang kerja guru

5 Mengelas peralatan mengikut susun atur ruang kerja


guru dan murid

6 Menyusun atur peralatan mengikut ruang kerja guru dan


murid dengan betul

13
PENGURUSANAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

2.1 Mengenal pasti 2.1.1 Mengenal pasti carta 1 Menunjuk carta organisasi makmal komputer
organisasi makmal organisasi makmal
komputer komputer 2 Mengenal pasti jawatan dalam carta organisasi makmal
komputer
2.1.2 Mengenal pasti dan
menyatakan kepentingan 3 Menyusun carta organisasi mengikut jawatan
carta organisasi
4 Menamakan tugasan mengikut jawatan dalam carta
organisasi

5 Melakar carta organisasi mengikut hierarki makmal


komputer

6 Membina carta organisasi makmal komputer

14
PENGURUSANAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

Menunjuk carta peraturan dan keselamatan di dalam


2.2 Mengenal pasti peraturan 2.2.1 Mengenal pasti dan 1
makmal komputer
di dalam makmal menyatakan peraturan di
komputer makmal komputer Menyebut 3 peraturan makmal komputer dan 3
2
peraturan keselamatan di dalam makmal komputer
2.2.2 Mengenal pasti dan
menyatakan keselamatan 3 Membezakan 3 peraturan makmal komputer dan 3
di dalam makmal komputer peraturan keselamatan di dalam makmal komputer

4 Memerihalkan 3 peraturan makmal komputer dan 3


peraturan keselamatan di dalam makmal komputer.

Menjelaskan dengan contoh 3 peraturan makmal


5
komputer dan 3 peraturan keselamatan di dalam makmal
komputer

Mengamalkan 3 peraturan makmal komputer dan 3


6
peraturan keselamatan di dalam makmal komputer
dengan selamat.

15
PENGENALAN KOMPUTER

STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

3.1 Mengenal asas komputer 3.1.1 Mengenal pasti: Menunjukkan:-


i. Komputer meja 1 i. Komputer meja
ii. Komputer riba ii. Komputer riba

3.1.2 Meneroka komputer Menamakan:-


dengan menyentuh 2 i. Komputer meja
monitor, papan kekunci, ii. Komputer riba
tetikus dan unit sistem
3 Menyentuh dan menunjukkan monitor, papan kekunci,
3.1.3 Mengenal pasti dan tetikus dan unit sistem
menyatakan kegunaan
komputer 4 Melabelkan monitor, papan kekunci, tetikus dan unit
sistem

5 Menyenaraikan 5 kegunaan komputer

6 Menjelaskan dengan contoh 5 kegunaan komputer

16
PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER

STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

4.1 Mengenal perkakasan 4.1.1 Mengenal pasti dan 1 Menunjukkan perkakasan komputer
komputer menyatakan: I. Monitor (monitor)
i. Monitor (monitor) ii. Papan Kekunci (keyboard)
ii. Papan kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse)
iii. Tetikus (mouse) iv. Unit Sistem

iv. Unit Sistem


2 Menamakan perkakasan komputer

i.i. I. Monitor (monitor)


ii. Papan Kekunci (keyboard)
iii. Tetikus (mouse)
iv. Unit Sistem

3 Mengenal pasti perkakasan komputer


I. Monitor (monitor)
ii. Papan Kekunci (keyboard)
iii. Tetikus (mouse)
iv. Unit Sistem

17
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

4 Melabelkan setiap perkakasan komputer


I. Monitor (monitor)
ii. Papan Kekunci (keyboard)
iii. Tetikus (mouse)
iv. Unit Sistem

5 Membezakan setiap perkakasan komputer


I. Monitor (monitor)
ii. Papan Kekunci (keyboard)
iii. Tetikus (mouse)
iv. Unit Sistem

6 Menyenaraikan 4 perkakasan komputer dengan betul

18
PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER

STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

4.2 Mengenal perkakasan 4.2.1 Mengenal pasti dan 1 Menunjukkan perkakasan tambahan komputer
tambahan komputer menyatakan: i. Pembesar suara (speaker)
i. Pembesar suara ii. Mikrofon (microphone)
(speaker) iii. Pencetak (printer)
ii. Mikrofon (microphone) iv. Auto Voltage Regulator (AVR)
iii. Pencetak (printer)
iv. Auto Voltage Regulator 2 Menamakan perkakasan tambahan komputer:-
(AVR) i. Pembesar suara (speaker)
i.ii. ii. Mikrofon (microphone)
iii. Pencetak (printer)
iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

3 Mengenal pasti perkakasan tambahan komputer


i. Pembesar suara (speaker)
ii. Mikrofon (microphone)
iii. Pencetak (printer)
iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

19
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

4 Melabelkan setiap perkakasan tambahan komputer


i. Pembesar suara (speaker)
ii. Mikrofon (microphone)
iii. Pencetak (printer)
iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

5 Membezakan setiap perkakasan tambahan komputer


i. Pembesar suara (speaker)
ii. Mikrofon (microphone)
iii. Pencetak (printer)
iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

6 Mengasingkan 4 perkakasan tambahan komputer


dengan betul

20
PENGENALAN PENGOPERASIAN SISTEM KOMPUTER

STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

5.1 Mengenal pengoperasian 5.1.1 Latihan amali prosedur 1 Menyebut prosedur (tatacara )
asas komputer menghidupkan komputer i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul
dengan betul dan
ii. mematikan komputer dengan cara yang betul
5.1.2 Latihan amali prosedur
mematikan komputer 2 Mengenalpasti prosedur (tatacara )
dengan betul i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul
i.iii. dan
5.1.3 Mengenal pasti dan ii. mematikan komputer dengan cara yang betul
menyatakan kesan tidak
mematikan komputer 3 Menunjuk cara menghidupkan dan mematikan komputer
mengikut prosedur dengan prosedur (tatacara ) yang betul

4 Menjelas dengan contoh 4 kesan tidak mematikan


komputer mengikut prosedur (tatacara ) yang betul

21
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

5 Mempraktikkan prosedur (tatacara )


i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul
dan
ii. mematikan komputer dengan cara yang betul

6 Menyusun mengikut keutamaan dan boleh membantu


rakan menghidupkan dan mematikan komputer serta
dapat menyatakan 4 kesan tidak mematikan komputer
mengikut prosedur (tatacara ) yang betul

22
PENGENALAN PENGOPERASIAN SISTEM KOMPUTER

STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

5.2 Mengenal perisian sistem 5.2.1 Latihan amali membuka 1 Memilih ikon program perisian pemprosesan perkataan (MS
pemprosesan perkataan program perisian Word)
pemprosesan perkataan
(MS Word) mengikut 2 Memerihal prosedur (tatacara )membuka dan menutup
prosedur yang betul program perisian pemprosesan perkataan (MS Word)

5.2.2 Latihan amali menutup 3 Mempraktikkan prosedur (tatacara) membuka dan menutup
program perisian program perisian pemprosesan perkataan (MS Word) dengan
pemprosesan perkataan cara yang betul
(MS Word) mengikut
prosedur yang betul 4 Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS
Word):-
5.2.3 Latihan amali menaip i. menaip huruf dan nombor secara bebas
huruf
dan nombor: 5 Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS
i. Secara bebas Word):-
ii. Secara berpandu i. menaip huruf dan nombor secara berpandu

23
STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN (Murid boleh….)
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

6 Demonstrasi membuka dan menutup program perisian


pemprosesan perkataan (MS Word) serta dapat menaip huruf
dan nombor:-
i. Secara bebas
ii. Secara berpandu

24
TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604
PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai