Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN KECERIAAN FIZIKAL DAN INOVASI

PERPUSTAKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN MENTANGAU TAHUN 2020

1. PENDAHULUAN:
Perpustakaan ialah pusat yang dilengkapi dengan media cetak, bahan rujukan dan
kemudahan lain sebagai bantuan atau sokongan bagi tujuan pembelajaran untuk
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan secara individu
dan kumpulan.

2. MATLAMAT:
2.1. Menjadikan perpustakaan sebagai rujukan utama warga SKDM dan melahirkan
generasi berilmu dan beramal.
2.2. Memupuk budaya suka membaca dalam kalangan murid dan warga SKDM.
2.3. Menyediakan bahan ilmiah yang terbaik sebagai rujukan guru dan murid.

3. FUNGSI:
3.1. Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum.
3.2. Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca.
3.3. Menyediakan pengendalian yang sistematik untuk menyokong aktiviti
pembelajaran dan pengajaran.

4. PERANCANGAN DAN PENGURUSAN KECERIAAN FIZIKAL DAN INOVASI


PERPUSTAKAAN SKDM:

4.1. Pengurusan Keceriaan Fizikal Perpustakaan SKDM


4.1.1. PENDAHULUAN:

Perpustakaan sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan


serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara
sistematik. Hal ini supaya perpustakaan dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dalam situasi yang selesa, menarik dan mudah difahami
serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu, sumber dan prasarana
yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama bagi
menarik minat seluruh warga SKDM untuk menggunakan perpustakaan dengan
optimum.

Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan
fizikal serta mutu perkhidmatan perpustakaan yang sedia ada boleh menjadikan
sebuah pusat rujukan yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi
sepenuhnya bagi mencapai objektif proses Pengajaran dan Pembelajaran
selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan (PSPN) dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

4.1.2. MATLAMAT:
4.1.2.1. Menambahkan keceriaan Perpustakaan supaya lebih selesa dan
menarik agar dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh
guru-guru dan murid-murid di samping mewujudkan situasi
Pengajaran Dan Pembelajaran yang pelbagai serta berlainan
daripada bilik darjah.
4.1.2.2. Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di
samping peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra
pengguna).

4.2 Sudut informasi dan inovasi

Pada tahun ini (2020), Perpustakaan SKDM ingin membaikpulih dan menambah
baik fungsi dan perkhidmatannya.

4.2.1 PENDAHULUAN:

Sebuah pusat sumber yang berjaya memerlukan sistem pengurusan yang


sistematik teruatamannya dari segi pemprosesan bahan-bahan yang terdapat di
pusat sumber. Sehubungan dengan itu Pusat Sumber SKDM bercadang untuk
membuat penambahbaikan terhadap sistem kualiti pentadbiran dengan
memasang sistem automasi yang lebih efisien dan terkini iaitu sistem
automasi ps-SENTRAL. Tarantula merupakan kerangka kerja (framework)
Pusat Sumber Digital yang telah dinilai dan diperaku oleh Bahagian
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia ( surat-akuan-BTP).
Sistem ps-SENTRAL ini berkonsepkan moden library yang mengguna pakai
internet sebagai media capaian bagi tujuan perkongsian maklumat antara
pusat sumber. Sistem ini berintegrasi sepenuhnya dengan iQ-PSS dan i-NILAM
dan boleh dicapai 24 jam sehari 7 hari seminggu dari mana-mana sahaja yang
mempunyai capaian internet.

4.2.2 MATLAMAT:

1.1.1.1. Memudahkan kerja-kerja merekod bahan pusat sumber seperti


bahan buku dan bahan bukan buku.
1.1.1.2. Mempercepatkan kerja kerana proses automasi kerana boleh
dilakukan pada mana-mana komputer yang mempunyai capaian
internet.

2. SENARAI RANCANGAN PENGURUSAN KECERIAAN FIZIKAL PERPUSTAKAAN


SKDM:

ANGGARAN
BIL PERANCANGAN CATATAN
PERBELANJAAN
Menyediakan satu galeri sejarah yang
1 menempatkan barang-barang lama dan RM 400.00
sejarah-sejarah kawasan setempat
Menyediakan rak-rak buku, meja dan
3 RM 300.00
menambahkan keceriaan perpustakaan
Mengecat dinding dalam dan luar
4 RM 400.00
perpustakaan dan sudut bacaan terbuka.
Menambah sudut informasi dan inovasi
5 serta melengkapkan papan kenyataan di RM 200.00
bilik perpustakaan.

3. PENUTUP
Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-
sama dan mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan perpustakaan
sebagai pusat tumpuan ilmu di sekolah ini dan seterusnya melahirkan murid yang
cemerlang dari semua sudut. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang
diberikan mendapat keberkatan daripada Allah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ………………………………….
(KHUZAIMAH BT MD NOR) (MULKIAMAN B SULAIMAN)
Guru Perpustakaan dan Media, Penolong Kanan Kurikulum,
SK Durian Mentangau, SK Durian Mentangau,
23100 Paka, Dungun, 23100 Paka, Dungun.
Terengganu. Terengganu.

DISAHKAN OLEH:

…………………………….
(KASMAH BT IBRAHIM)
Guru Besar,
SK Durian Mentangau,
23100 Paka,Dungun,
Terengganu.

LAMPIRAN:
Gambar-gambar Persekitaran Perpustakaan:

Anda mungkin juga menyukai