Anda di halaman 1dari 4

SEK. KEB.

ISMAIL SATU,
JALAN TUNKU BENDAHARA,
84000 MUAR,
JOHOR. NO. TEL: 06-952 2040

Ruj. Kami: JBB 5030.100-19/3( )


Tarikh : 12 Februari 2023

Tuan,

PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS ) SK ISMAIL SATUBAGI


SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama


…………………………………………………………………………………………………..
dari kelas ………………………………… telah dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya
bagi sesi persekolahan 2023/ 2024.

3. Sehubungan itu, sukacitanya panel pemilihan dan Unit Kaunseling sekolah memohon
Kerjasama tuan/ puan memberi maklum balas perkara ini melalui lampiran yang disediakan.
Sila kembalikan lampiran maklum balas tersebut pada atau sebelum 15 Februari 2023
( Rabu ).

4. Walau bagaimanapun, pelantikan ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut :


a. Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir ke sekolah pada setiap hari,
iaitu selewat-lewatnya pada jam 7.15 pagi.
b. Murid ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan
baik.
c. Murid tidak mengabaikan pelajarannya.
d. Lantikan dari setahun ke setahun berikutnya tidak secara automatik tetapi akan
dinilai prestasinya dari semasa ke semasa.
e. Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak menjalankan tugas
seperti yang diharapkan, maka pihak Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya
berhak menarik balik pelantikan jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan
serta merta. Peletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah tidak
dibenarkan.
f. Bersedia untuk membeli pakaian/uniform dan semua kelengkapan seperti yang
diarahkan oleh pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah, seperti berikut :
Kemeja : Purple
Seluar : Biru gelap
Vest : Biru gelap
Tali Leher : Tali leher sekolah
Kasut : Hitam
Setokin : Hitam

g. Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa
Pembimbing Rakan Sebaya atau pihak sekolah seperti yang akan ditetapkan.

5. Dengan pelantikan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, pihak sekolah berharap akan
dapat melatih dan melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang.

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai bertanggungjawab iaitu Ustazah SitiAisah


Binti Yahya ( 017 6153179 ) . Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat dihargai demi
kemenjadian murid sekolah ini.

sekian, terima kasih.

‘ KEBERSAMAAN MENCIPTA KEGEMILANGAN ‘

Saya yang menjalankan tugas,               Disahkan oleh,

.....................................................                               
(SITIAISAH BINTI YAHYA)            
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah ,                       
SK Ismail Satu.

s.k    1. Fail HEM


           2. Fail Pembimbing Rakan Sebaya
BORANG JAWAPAN
PERLANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )

Nama dan alamat ibubapa / penjaga


.............................................................................
.............................................................................
.............................................................................
.............................................................................

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ismail Satu,
Jalan Tunku Bendahara,
84000 Muar,
Johor.

Tuan,

PERLANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SESI 2023/2024

Saya ibu bapa / penjaga kepada ...................................................................


Kelas ...........................................................bersetuju / tidak bersetuju di atas
pelantikan tersebut.

2.         Saya juga faham bahawa anak saya tertakluk kepada syarat-syarat dan
peraturan  Jawatankuasa Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah. Sekiranya anak saya
tidak menunjukkan disiplin dan komitmen yang tinggi maka anak saya boleh
dilucutkan jawatannya sebagai Pembimbing Rakan Sebaya sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..........................................................
(                                                        )

Anda mungkin juga menyukai