Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG BINJAI

13100 PENAGA, SEBERANG PERAI UTARA


PULAU PINANG
Tel / FAX : 04 – 3514030 E-mel: pba2017@jpnpp.edu.my

__________________________________________________________________________________

Ruj Kami : SKPB(HEM)700-7/1/1( )


Tarikh : 2hb FEBRUARI 2022

Kepada :
Ibu Bapa, Waris, Penjaga
Sekolah Kebangsaan Permatang Binjai
13100 Penaga,
Pulau Pinang

Tuan,
TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN
2022/2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan dari telah dipilih dan dilantik sebagai Pengawas Pusat
Sumber Sekolah bagi sesi 2022/ 2023.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon agar tuan dapat melengkapkan dan menghantar
surat tawaran yang dikepilkan bersama ini sebelum 16 Februari 2022 (Rabu).

4. Anak tuan diminta untuk merujuk syarat dan Peraturan Disiplin dan Sahsiah yang perlu diikuti oleh
Pengawas Pusat Sumber Sekolah seperti di Lampiran A yang dikepilkan.

5. Keprihatinan pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………….……
( SITI HAMIDAH BINTI ABDUL TALIB )
Guru Besar
---------------------------------------
---------------------------------------
---------------------------------------
---------------------------------------

Tarikh : …………………

Kepada:
Guru Besar,
SK Permatang Binjai,
13100 Penaga,
Pulau Pinang.

Tuan,

PERSETUJUAN MENERIMA PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH BAGI SESI


PERSEKOLAHAN 2022/2023

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Setelah membaca dan memahami syarat dan peraturan displin dan sahsiah seperti Lampiran A,

saya ………………………..……………………………ibu / bapa / penjaga kepada

………………………………………………………dari kelas ………………………….. dengan ini

*membenarkan / tidak membenarkan anak saya dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi

sesi persekolahan 2022 /2023.

Yang benar,

………………………...……………….
( )
No.Tel :

*Potong yang tidak berkenaan


LAMPIRAN A

SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Pengawas PSS sekolah tertakluk kepada peraturan dan disiplin sepertimana murid-murid lain.
2. Pengawas PSS sekolah perlu sentiasa bersedia membantu guru dalam urusan pengedaran bahan
bacaan ( peminjaman dan pemulangan).
3. Pelucutan jawatan serta merta boleh dilakukan sekiranya pengawas PSS melanggar peraturan-
peraturan sekolah yang telah ditetapkan dan ponteng 3 hari berturut-turut tanpa sebarang alasan
yang munasabah.
4. Pengawas PSS hendaklah mengutamakan pencapaian akademik dan penglibatan kokurikulum
serta menunjukkan sahsiah terpuji pada setiap masa.
5. Pakaian seragam Pengawas PSS adalah seperti berikut:

Bil Uniform Rasmi Lelaki Perempuan


1. Baju Kemeja Lengan Panjang (Ungu) Baju Kurung (Ungu)
2. Seluar/Kain Seluar Panjang (Biru Tua) Kain Susun Tepi (Biru Tua)
3. Tudung - Labuh menutupi dada
(Ungu)
4. Vest Biru Gelap Tidak berkaitan
*Dibeli di sekolah
5. Tali leher Biru Gelap Tidak berkaitan
*Dibeli di sekolah
6. Kasut dan stoking (Kanvas Hitam) (Kanvas Hitam)

Anda mungkin juga menyukai