Anda di halaman 1dari 17

PENGURUSAN

STRES
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MRSM TUN GHAZALI SHAFIE
PENGURUSAN STRES
Apakah stres atau perasaan tertekan?
Kenapa saya rasa tertekan?
Adakah stres itu tidak baik?
Apakah punca utama penyebab stres?
Bagaimana untuk mengetahui saya di dalam keadaan
tertekan?
Apa akan berlaku jika saya terlalu lama berada di dalam
keadaan tertekan?
Apakah yang dapat saya lakukan apabila saya stres?
Bagaimana hendak menangani stres saya?
Bagaimana hendak mencegah dari mengalami stres?
Bolehkah saya menyediakan diri untuk menghadapi stres?
Adakah saya memerlukan ubat-ubatan untuk menghadapi
stres?
Siapa dapat membantu saya?
UJIAN STRES
APAKAH STRES ATAU PERASAAN
TERTEKAN?

Stres adalah suatu perasaan yang anda alami


apabila anda menerima tekanan. Tekanan
atau tuntutan yang anda terima mungkin
datang dalam bentuk mengekalkan jalinan
perhubungan, memenuhi harapan keluarga
dan untuk mencapai matlamat akademik.
KENAPA SAYA RASA TERTEKAN?
Anda akan merasa tertekan apabila anda
merasa seakan tidak mampu memenuhi
tuntutan sebagaimana yang diharapkan
daripada anda.
Sejauh mana anda rasa tertekan dan
bagaimana anda menghadapi perasaan
tertekan itu bergantung kepada keupayaan
anda mengurus tekanan berkenaan.
ADAKAH STRES ITU TIDAK BAIK?

Stres merupakan sesuatu yang positif dan juga negatif.


Stres diperlukan untuk kemajuan di dalam kehidupan
harian kita. Melalui keadaan tertekan kita dapat
meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri,
mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran
kehidupan.
Sebaliknya, stres memberi kesan yang tidak baik
apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik mungkin
atau dilihat sebagai negatif. Pengurusan stres yang
tidak sempurna akan mengakibatkan perasaan
ketidakmampuan dan seterusnya menyebabkan gagal
untuk meningkatkan daya ketahanan diri.
APAKAH PUNCA UTAMA PENYEBAB
STRES?
Biologikal
Apabila badan anda tidak sihat
Contoh: kesakitan, ketidakselesaan, ketidakupayaan pada organ deria (penglihatan,
pendengaran, dan lain-lain)

Pemikiran negatif
Takut dan bimbang, kenangan pahit, pemikiran yang tidak rational secara
tersendirinya mengundang perasaan tertekan

Tingkah laku
Tingkah laku anda yang suka berjalan cepat, bercakap dengan nada kuat dan
berfikiran tidak rasional boleh mengakibatkan stres

Suasana sosial
Orang di sekeliling anda boleh menyebabkan stres
Contoh: Perselisihan di sekolah atau di rumah

Suasana fizikal
Perubahan yang tidak selesa di persekitaran tempat anda
Contoh: Suhu, kebisingan, warna, kecerahan, bauan, rasa dan kesakitan yang
melampau
BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI
SAYA DI DALAM KEADAAN TERTEKAN?
Degupan jantung meningkat
Rasa ketegangan otot yang bersedia untuk bertindak balas
Pernafasan menjadi cepat untuk membekalkan sebanyak mungkin
oksigen kepada otot - otot
Proses pencernaan menjadi lambat dan pengeluaran asid
bertambah di dalam perut yang mengakibatkan anda mengalami
kesakitan fizikal
Mengalami perasaan negatif seperti keresahan, kebimbangan,
ketakutan atau kemarahan
Mengalami masalah tidur (masalah untuk tidur dan tidur yang lena
atau tidur berlebihan)
Mengalami masalah dalam selera makan (tidak berselera untuk
makan pada waktunya, atau sentiasa terasa lapar)

APA AKAN BERLAKU JIKA SAYA


TERLALU LAMA BERADA DI DALAM
KEADAAN TERTEKAN?
Mengurangkan daya pertahanan badan - mudah diserang penyakit
Menambahkan lagi keparahan penyakit yang sedang dialami
Menyumbang kepada wujudnya masalah kesihatan pada masa akan
datang contohnya Tekanan Darah Tinggi, Paras Kolesterol yang
tinggi, Penyakit Jantung dan Penyakit Angin Ahmar (Strok)
Timbul masalah psiko logikal contoh : keresahan, kemurungan,
masalah pemakanan dan masalah tidur
Kurang kemahiran menyelesaikan masalah mengakibatkan anda
tidak mengamalkan cara hidup yang sihat, contoh: menghisap
rokok, ketagihan arak, penyalahgunaan dadah dan bergaduh
APAKAH YANG DAPAT SAYA LAKUKAN
APABILA SAYA STRES?
Kenal pasti punca yang menyebabkan stres
anda
Latih diri untuk menguasainya
Dapatkan bantuan
BAGAIMANA HENDAK MENANGANI
STRES SAYA?
Tarik nafas dan tahan pernafasan anda
Kurangkan pergerakan atau berdiam diri untuk mengurangkan
degupan jantung
Legakan otot-otot anda
Alihkan pemikiran negatif dan tidak rasional anda kepada yang lebih
positif dan membina
Tumpukan perhatian kepada perkara yang positif
Gunakan jenaka untuk memulihkan perasaan stres
Ubah tempat persekitaran anda
Jauhkan diri anda dari suasana yang boleh memberi kesan stres
Libatkan diri anda dengan aktiviti yang menyeronokkan
Kenal pasti masalah dan cari jalan penyelesaiannya
BAGAIMANA HENDAK MENCEGAH
DARI MENGALAMI STRES?
Kenali diri anda dengan lebih baik. Buat dan simpan
catatan mengenai suasana, tingkah laku dan pemikiran
yang menyebabkan anda stres dan bagaimana anda
menanganinya di dalam buku catatan. Anda akan
mudah menguruskan stres anda setelah dapat
mengenali diri anda sendiri dengan lebih baik
Melalui buku catatan anda dapat:
Mengurus stres dan menyelesaikan masalah anda dengan
cara yang paling berkesan
Mengenali keadaan yang boleh membuat anda stres
Mengenali siapa yang boleh membuat anda stres
Kekerapan bersenam dapat membantu anda:
Meredakan tekanan
Meningkatkan daya tahan diri untuk mengelak stres
Kerap melakukan senaman 'relaxation'
Amalkan pemakanan seimbang
Amalkan tabiat tidur yang betul supaya anda
mendapat cukup rehat dan mengelak stres
Mempunyai rangkaian kawan-kawan yang boleh
menyokong dan membantu anda
Mempunyai kepercayaan hidup yang baik
BOLEHKAH SAYA MENYEDIAKAN DIRI
UNTUK MENGHADAPI STRES?
Ya, anda boleh bersedia untuk menangani
atau mengelak stres melalui perancangan
latihan dengan kawan-kawan atau ahli
keluarga.
Anda juga boleh mendapat bantuan daripada
ahli profesional dalam pengurusan stres
seperti kaunselor, pakar psikologi dan pakar
psikiatri.
Adakah saya memerlukan ubat-
ubatan untuk menangani stres?
Jika anda tidak dapat mengatasi stres anda,
berkemungkinan anda perlu diberi ubat untuk
menenangkan diri dan membantu untuk anda
tidur pada waktu malam.
Anda perlu mendapat nasihat doktor
mengenai hal ini.
SIAPA DAPAT MEMBANTU SAYA?
Ahli keluarga
Kawan-kawan
Guru
Kaunselor
Pakar Psikologi
Guru Agama
SEKIAN,
TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai