Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KHEMAH IBADAH 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN BANGGOL KATONG

MUQADIMAH
Mensasar kecemerlangan merupakan satu kemestian dalam kehidupan seharian. Tiada
sesiapapun yang tidak mahu menjadi insan cemerlang. Lebih-lebih lagi pelajar yang sedang
berada di bangku persekolahan. Setiap gerak geri dan denyut nadi mereka sentiasa berlafazkan
cemerlang. Cemerlang dalam bidang akademik, kurikulum dan kokurikulum.

Namun begitu, kemerosotan nilai dan akhlak yang berlaku dalam kalangan generasi
muda hari ini seolah-olah menjadi satu hambatan yang menghalang usaha mencapai
kecemerlangan diri. Kelihatan di mana-mana kelesuan dalam beribadah, kedangkalan norma dan
budaya, gagal menghayati tujuan hidup serta kemerosotan prestasi akademik yangmelingkari
dunia remaja muslim sangat menakutkan. Jika usaha pencerdasan minda dan pencerahan hati
tidak dilaksanakan, maka usaha untuk melihat generasi muslim cemerlang akan menjadi angan-
angan sahaja.

Para pelajar perlu dipertegaskan dengan definisi kecemerlangan dalam sudut pandang
yang berbeza. Cemerlang yang hakiki adalah memperolehi keredhaan daripada Allah S.W.T.
biarpun sedikit yang diperoleh tetapi rahmat dan redha ilahi itu yang digali. Menjadi pelajar
cemerlang adalah pelajar yang kaya dengan ilmu, efesyen dalam akademik, jaguh dalam
kokurikulum, mempamer wajah ketaqwaan, konsisten dalam ibadah, berbudi luhur, berakhlak
dengan nilai mahmudah, menjauhi sifat mazmumah dan mampu menjadi qudwah hasanah.

Justeru sebagai satu usaha kecil yang dirasakan mampu menatijahkan sedikit cahaya
dalam sanubari para pelajar muslim dalam mensasar kecemerlangan dunia dan akhirat, maka
pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Banggol Katong bersama
Panitia Pendidikan Islam, dan Panitia Bahasa Arab menyatu hati dan keringat menganjurkan
Program Khemah Ibadah khusus untuk murid-murid tahun 6 2019.

TEMA
“ MENCARI BERKAT, KECEMERLANGAN BERLIPAT ”

MATLAMAT
Melahirkan insan seimbang dari sudut kecemerlangan akademik, sahsiah, mengamalkan
nilai terpuji dlam amalan seharian, berjiwa luhur, kekeperibadian mulia, memaparkan cerminan
muslim mahmudah serta menghayati syariat dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF
1
1. Membina sahsiah terpuji dalam kalangan murid.
2. Menerapkan amalan bersyariat dalam kehidupan seharian sebagai hamba Allah, anak,
murid dan warga negara.
3. Memperbaiki amalan fardhu dalam meningkatkan kualiti diri.
4. Membina kekuatan jiwa untuk beramal dengan amalan mahmudah dan menjauhi sifat
mazmumah.
5. Menerapkan dan menghayati kualiti muslim cemerlangan.

TARIKH : Dicadangkan pada 9,10 dan 11 Mac 2012 (Jumaat - Ahad)

MASA : Rujuk Tentatif

SASARAN : Murid Islam 6 6


Peserta seramai 120 orang

TEMPAT : Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak

PENYAMPAI : 1. Kaunselor Cemerlang


2. Guru Cemerlang
3. Fasilitator dari kalangan pelajar IPT Tempatan
4. Penceramah bertauliah

AHLI JAWATANKUASA

2
Penasihat : YDH Toh Sedewa Raja
Datuk Haji Abdul Talib Bin Abd Fahmi DMSM, AMN, AMP, BCM, JP
Orang Besar Perak

Pn. Zainab Bt. Hj. Hussin


Guru Besar SK Taman Bersatu

Pengerusi : Tn Hj Abd Hakim B Abd Hamid


Yang Dipertua PIBG

Naib Pengerusi : En.Zailan B. Khalid


Penolong Kanan Pentadbiran

Penyelaras : Pn Salmah Bt Mat Rashid

Pen. Penyelaras : Pn Norhaida Bt Noorsam

Setiausaha : En. S.Samprizal B Selamat

Bendahari : Pn Shamsiah Bt Abd Kadir

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pn Rohana Bt Ngah Abd Samad


En Baharuddin B Amaran
En Ahmad Fitri B Ramli
En Ahmad Redzuan B Othman
En Zamri B Mohd Raffles
Tn Hj Ridhauddin B Mohd Isa
Pn Zaiton Bt Abd Majid
Pn Nurzaleha Bt Umar
Pn Noorhaniza Bt Shahbuddin
Pn Noraini Bt Mohd Sohaimi
Pn Zuwairiyah Bt Khatim
En Nadzri B Abd Ghoni

TENTATIF PROGRAM
9 MAC 2012 (JUMAAT)
3
MASA AKTIVITI
7.40 pg Bacaan surah Yasin
8.15 pg Solat Dhuha / Hajat
Halaqah zikir
9.00 pg Kaifiyat dan Fadhilat Qiamullail AKTIVITI DI SEKOLAH
10.00 pg Kudapan
10.30 pg Profil Muslim Cemerlang
12.00 tgh Jamuan tengah hari
Solat Jumaat / bersurai

10 MAC 2012 (SABTU)


MASA AKTIVITI
8.00 pg Bertolak ke SMK Sultan Yusuf, Batu Gajah
9.30 pg LDK
11.00 pg Kudapan
11.30 pg LDK
1.00 tgh Makan tengah hari
Solat Zohor / halaqah zikir
2.30 ptg LDK
4.30 ptg Kudapan
Solat Asar
5.15 ptg Riadhah
Makan malam
7.00 mlm Solat Maghrib / Halaqah Ilmu / Solat Isya
9.00 mlm LDK
11.30 mlm Minum malam
Istirahat

11 MAC 2012 (AHAD)


MASA AKTIVITI
5.00 pg Solat sunat Tahajud
Solat Subuh / Halaqah ilmu
7.15 pg Riadhah / gotong royong
Sarapan
8.30 pg Solat sunat Dhuha / hajat
9.30 pg Bengkel Aspirasi Diri
11.00 pg Kudapan
11.30 tgh Pembentangan dan apresiasi kumpulan
1.00 tgh Makan tengah hari
Solat Zohor / halaqah zikir
2.30 ptg Intihal
4.00 ptg Bertolak pulang

ANGARAN PERBELANJAAN

4
ITEM JUMLAH RM
Makanan RM20.00 X120 2400.00
Pengangkutan 500.00
Fasilitator RM150.00 X 10 1500.00
Penginapan peserta RM5.00 X 120 600.00
Penceramah 1000.00
Bahan kursus RM15.00 X 120 1800.00
Sijil dan cenderamata 500.00
Dewan dan fasiliti 500.00
Pengurusan 1000.00
JUMLAH 9,800.00

PENDAPATAN
ITEM RM
Sumbangan Peserta RM35.00 X 120 4200.00
Sumbangan Jabatan Agama Islam Perak 1500.00
Sumbangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak 1500.00
PIBG 1000.00
Sumbangan Individu 1600.00
JUMLAH 9,800.00

Program ini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM 9,800.00 ( Sembilan ribu lapan ratus ringgit
sahaja )

PENUTUP

Tiadalah mimpi itu sekadar mainan tidur jika ditafsir dengan kepastian
Bukanlah angan itu sekadar khayalan jika disandarkan dengan kesungguhan
Bukankah azam itu lambang keinginan yang didahului dengan impi dan angan
Murid berazam mencari cemerlang
Guru beriltizam mensirnakan haluan
Ibu bapa derdoa penuh kekhusyukan
Kami menagih simpati dan perhatian
Semoga terlahir insan cemerlang
Hidup nan berkat kecemerlangan berlipat

5
KERTAS KERJA

KHEMAH IBADAH 2012

Anjuran Bersama
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, UNIT DAKWAH DAN
PERSATUAN IBU BAPA & GURU-GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU
31300, SIMPANG PULAI, PERAK

Tarikh
9 - 11 Mac 2012

Tempat
SMK Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak

“Mencari Berkat; Kecemerlangan Berlipat”

Anda mungkin juga menyukai