Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati


___________________________, Yang dihormati Puan Salmah bt Awang
Hamat, Wakil PIBG, Yang Berusaha En Ab Majid b. Salleh , Guru Besar
SK Banggol Katong, Yang Dihormati Pn Noraini bt Md Rais, Penolong
Kanan Pentadbiran, En Zahari bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
En Wan Mohd Rizal Efendi bin Wan Embong, Penolong Kanan
Kokurikulum.
Yang diraikan Puan Zuraida bt Musa, guru-guru serta rakan-rakan
sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam


Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan
kepada Yang Maha BerkuasaAllah SWT kerana dengan limpah
rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan
majlis persaraan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari
ini.
Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian,
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya
setiap perpisahan pasti amatmenyedihkan. Apabila mengenang
kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akanmenjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami
berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami
sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi
ibarat ibu kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah
Kebangsaan Banggol Katong ini.
Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan
tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan
mengenai Puan Zuraida.
Sepanjang tempoh perkhidmatan Puan Zuraida, beliau telah
banyakmenyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa
terutamanya para pelajar di sekolah ini. Beliau bukan sahaja
seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati
yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar
melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang
yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat
para pelajarnya.
Hadirin dan Hadirat sekalian,Pada kesempatan ini, saya
sebagai wakil murid-murid SekolahKebangsaan Banggol Katong
merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada Puan Zuraida yang tidak pernah mengenal jemu
mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak- anak
muridmu.
Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan
rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan Zuraida serta keluarga,
dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan
negara.
Di kesempatan yang ada ini juga , saya mewakili semua
murid SK Banggol Katong ingin memohon maaf seandainya
selama ini ada sikap kami yang mengguris perasaan Ustazah.
Doakan kejayaan kami yer ustazah. Saya akhiri ucapan saya
dengan serangkap pantun
Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung Daik Bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum warah matullah


hiwabarakatuh.Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai