MUQADIMAH
Mensasar kecemerlangan merupakan satu kemestian dalam kehidupan seharian. Tiada
sesiapapun yang tidak mahu menjadi insan cemerlang. Lebih-lebih lagi pelajar yang sedang
berada di bangku persekolahan. Setiap gerak geri dan denyut nadi mereka sentiasa berlafazkan
cemerlang. Cemerlang dalam bidang akademik, kurikulum dan kokurikulum.
Namun begitu, keruwetan nilai dan kemerosotan akhlak yang berlaku dalam kalangan
generasi muda hari ini seolah-olah menjadi satu hambatan yang membejat usaha mencapai
kecemerlangan diri. Kelihatan di mana-mana kelesuan dalam beribadah, kedangkalan norma dan
budaya, gagal menghayati tujuan hidup serta kemerosotan prestasi akademik yangmelingkari
dunia remaja muslim sangat menakutkan. Jika usaha pencerdasan minda dan pencerahan hati
tidak dilaksanakan, maka usaha untuk melihat generasi muslim cemerlang akan menjadi angan-
angan sahaja.
Para pelajar perlu dipertegaskan dengan definisi kecemerlangan dalam sudut pandang
yang berbeza. Cemerlang yang hakiki adalah memperolehi keredhaan daripada Allah S.W.T.
biarpun sedikit yang diperoleh tetapi rahmat dan redha ilahi itu yang digali. Menjadi pelajar
cemerlang adalah pelajar yang kaya dengan ilmu, efesyen dalam akademik, jaguh dalam
kokurikulum, mempamer wajah ketaqwaan, konsisten dalam ibadah, berbudi luhur, berakhlak
dengan nilai mahmudah, menjauhi sifat mazmumah dan mampu menjadi qudwah hasanah.
Justeru sebagai satu usaha kecil yang dirasakan mampu menatijahkan sedikit cahaya
dalam sanubari para pelajar muslim dalam mensasar kecemerlangan dunia dan akhirat; maka
pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Ipoh, Perak
bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Dakwah menyatu hati dan keringat
menganjurkan Program Khemah Ibadah khusus untuk murid-murid tahun 6 2012.
TEMA
“ MENCARI BERKAT, KECEMERLANGAN BERLIPAT ”
MATLAMAT
Melahirkan insan seimbang dari sudut kecemerlangan akademik, sahsiah,
mengamalkan nilai terpuji dlam amalan seharian, berjiwa luhur, kekeperibadian mulia,
memaparkan cerminan muslim mahmudah serta menghayati syariat dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF
AHLI JAWATANKUASA
TENTATIF PROGRAM
9 MAC 2012 (JUMAAT)
ANGARAN PERBELANJAAN
PENDAPATAN
ITEM RM
Sumbangan Peserta RM35.00 X 120 4200.00
Sumbangan Jabatan Agama Islam Perak 1500.00
Sumbangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak 1500.00
PIBG 1000.00
Sumbangan Individu 1600.00
JUMLAH 9,800.00
Program ini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM 9,800.00 ( Sembilan ribu lapan ratus ringgit
sahaja )
PENUTUP
Tiadalah mimpi itu sekadar mainan tidur jika ditafsir dengan kepastian
Bukanlah angan itu sekadar khayalan jika disandarkan dengan kesungguhan
Bukankah azam itu lambang keinginan yang didahului dengan impi dan angan
Murid berazam mencari cemerlang
Guru beriltizam mensirnakan haluan
Ibu bapa derdoa penuh kekhusyukan
Kami menagih simpati dan perhatian
Semoga terlahir insan cemerlang
Hidup nan berkat kecemerlangan berlipat
Anjuran Bersama
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, UNIT DAKWAH DAN
PERSATUAN IBU BAPA & GURU-GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU
31300, SIMPANG PULAI, PERAK
Tarikh
9 - 11 Mac 2012
Tempat
SMK Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak