Anda di halaman 1dari 1

1.

0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak berpuashati terhadap diri
sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak didik saya. Sering kali 108
terdengar perkataan…….tak faham la teacher…..macam mana nak buat…. begitu sinonim sekali
setiap kali pembelajaran Bahasa Inggeris. Bagi saya mereka terlalu bergantung kepada guru untuk
memberi jawapan, mereka tidak ingin mencuba membuat sendiri. Tetapi saya tidak boleh
menyalahkan mereka seratus peratus, latar belakang keluarga yang miskin, kurangnya perhatian
daripada ibu bapa serta tidak ada kemudahan seperti Perpustakaan Awam juga membatasi
pembelajaran mereka.

Saya pula selalu menjawab ….“Apalah awak ni yang tu pun….. tak boleh buat…. senang aje… do
ityourself…” tanpa memberi tunjuk ajar yang betul serta tidak prihatin kepada masalah yang
dihadapi oleh murid-murid.

Saya pernah menghadiri kursus Kajian Tindakan pada tahun 2002. Jadi kali ini saya membuat
keputusan untuk melaksanakan Kajian dengan bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kelemahan
pada diri saya serta mempertingkatkan pembelajaran anak-anak didik saya. Saya telah memulakan
kajian dengan beberapa langkah iaitu membuat ujian, memeriksa buku tulis, temubual, soal selidik.
Kemudian saya merancang aktiviti serta kaedah yang akan saya jalankan iaitu Little Book Technique.

Langkah-langkah yang seterusya akan diterangkan di dalam perenggan-perenggan yang berikut.


Sepanjang kajian ini saya telah mendapat kebenaran tentang pentingnya Kajian Tindakan iaitu
mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan
professional khususnya dalam menguji sendiri dan perkembangkan idea-idea baru mengenai
amalan.Dengan itu guru mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan
yang efektif

Anda mungkin juga menyukai