Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Menerusi artikel yang ditulis oleh Harun Hassan, Keguruan 1999,


beliau telah membincangkan tentang beberapa aspek mengenai profesion
keguruan dan tajuk artikel yang diberikan adalah berkaitan dengan Nilai
Dan Etika Kerja Guru Dalam Pembinaan Insan sesuai dengan matlamat
kerjaya profesion ini. Topik artikel yang telah dibincangkan ini secara
ringkasnya adalah berkaitan dengan kualiti seseorang guru itu yang
mampu mencapai tahap kemampuannya dalam mengajar, mendidik dan
menerapkan nilai-nilai yang positif kepada murid-muridnya sama ada di
dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Tujuannya adalah untuk mencapai
hasrat ibu bapa kepada anaknya untuk mendapatkan pendidikan yang
lebih tinggi serta hasrat Negara mewujudkan pembentukan warga yang
berilmu. Oleh itu, guru perlu tahu dan faham dalam kualiti dan piawaian
kerja keguruan dengan meningkatkan profesionalisme keguruan dengan
ikhlas dan penuh iltizam dalam membina insan ke tahap yang diingini.

2.0 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Kajian melalui artikel ini yang dapat dirumuskan adalah seseorang


guru itu perlu mencapai tahap kemampuannya dalam pengajaran dengan
mematuhi peraturan dan menjaga tingkahlaku atau tatasusila yang
menjadi garis panduan untuk meningkatkan kualiti dan perkhidmatannya
dalam membentuk insan yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.

Menurut Ting Len Siong dan Muhamad Sidek Said (2007), seseorang
guru itu mencapai nilai dan etika kerja guru yang tinggi dengan adanya
kecekapan atau kemhirannya dalam pengajaran, pelaksanaan dalam
mematuhi peraturan yang telah digariskan di dalam buku panduan
mengajar dan sentiasa membimbing murid ke arah yang dikehendaki.
Oleh itu, guru dapat memberikan kesan yang langsung terhadap
keberkesanan pengajarannya.

Menerusi buku Abu Ghafar Md. Din (2003) yang memetik beberapa
pendapat daripada Cheryl Peppers dan Alan Briskin (2000), menyatakan

1
bahawa satu gelombang pembaharuan yang mendesak unsur-unsur
kerohanian di bawa ke tempat kerja. Betapa pentingnya nilai-nilai murni
diamalkan oleh pendidik seperti yang telah digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, di mana tujuh nilai utama yang menjadi teras dan
fokus dalam etika kerja, iaitu amanah, penyanyang, ikhlas, dedikasi,
bersyukur, bijaksana dan benar. Justeru itu, nilai dan etika kerja guru
adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan kepada ahlinya
dan lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai
panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seorang
guru.

Jika seseorang guru itu sentiasa menghayati dan mengamalkan


sikap yang positif serta mengikut segala aturan yang ditetapkan, maka
keberkesanan pengajaran dan perkhidmatannya dalam pekerjaannya
menjadikan keguruan sebagai suatu profesional. Menerusi penyusunan
yang ditulis di dalam artikel ini juga amat memberi kesan kepada bakal
guru atau guru permulaan untuk berusaha menjadikan dirinya guru yang
berkesan kerana guru berkesan dapat membina insan dengan lebih
berkesan. Artikel ini bukan sahaja menekankan tentang nilai dan etika
kerja guru malah menerangkan tentang penentu dan penilai kepada nilai
kerja guru, bagaimana dan apakah kerja yang dinilai, akauntabiliti guru,
pembinaan insan, guru berkesan serta menjadi guru profesional. Memetik
dari Falsafah Pendidikan Guru (FPG), di mana guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Wajarlah seseorang guru itu
perlu menghayati dan mengamalkan nilai dan etika kerjanya dan
menjadikannya sebagai ibadah dalam kehidupannya.

(365 patah perkataan)

3.0 KEBOLEHAN MENGANALISIS

3.1 KEKUATAN

2
Harun Hassan (1999) menerusi artikelnya ini telah
menyatakan guru perlu mempunyai nilai kerja yang tinggi,
berpengetahuan dalam menjaga etika atau peraturan kerja guru
dengan baik, sentiasa mempunyai sikap akauntabiliti keguruan yang
positif, berusaha membina insan dengan menerapkan nilai-nilai
murni dan patuh kepada Tuhan serta menjadi guru berkesan
sehingga mencapai kepada guru profesional yang dihasratkan.
Penulisan artikel ini mampu menerapkan kepada peranan guru
dalam menjaga etika guru dan kredibiliti guru yang dikehendaki.
Wajarlah jika artikel ini boleh menjadi bahan rujukan kepada guru
pelatih atau guru permulaan untuk memberi pengetahuan atau
menambahkan ilmu mereka dalam menjaga nilai dan etika kerja
guru di sepanjang proses pengajaran.

Sudah menjadi peranan guru dalam mendidik dan memberi


ilmunya kepada anak didiknya. Oleh itu, dalam etika kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai enam prinsip iaitu niat
yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan,
memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta
menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
Jelaslah bahawa tugas guru yang harus dipikul perlu dilaksanakan
agar membentuk insan ke arah yang lebih cemerlang.

3.2 KELEMAHAN
Sebagaimana yang diketahui, peranan guru adalah pemberi
ilmu kepada muridnya sama rata maka, guru itu haruslah lebih
efisien terhadap tugasnya sama ada di dalam bilik darjah mahupun
luar bilik darjah. Masyarakat dan negara yang memberikan harapan
sepenuhnya kepada tugas guru dalam mendidik dan membentuk
anak-anak mereka ke tahap yang lebih tinggi. Jika gagal, seorang
guru itu akan dipandang rendah dan memberi impak kepada murid,
masyarakat dan Negara. Sebagai contoh, guru itu menghadapi
tekanan akibat daripada perbuatannya seperti kepentingan
kekeluargaan, agama dan kaum. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid
(2007), seorang guru itu perlu menjaga imej profesion dengan

3
mematuhi etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkahlaku
dan etika perkhidmatan awam. Justeru, guru perlu mengikut aturan
suatu sistem sebagai panduan supaya guru saling menghormati dan
mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profeisonnya serta
kebolehan mengurus kehidupan dengan baik.

3.3 CADANGAN
Melalui penulisan artikel ini, apa yang boleh diberi cadangan
untuk memperbaikinya adalah dengan menambahkan aspek lain
seperti penulisan artikel ini haruslah juga menjurus kepada guru
yang berpengalaman untuk memberikan pendedahan kepada
pentingnya menjaga nilai dan etika kerja guru sehingga tamat
perkhidmatan mereka serta pendekatan yang lebih menjurus
kepada kemenjadian murid yang selaras dengan hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembentukan insan yang
membolehkan murid itu melakukan sendiri daripada diberi. Selari
dengan tajuk artikel, di mana nilai dan etika kerja guru dalam
pembinaan insan menjadikan seorang insan itu lebih berani, yakin
diri dan melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh serta
mempunyai idea sendiri yang hasilnya murid boleh menjana minda
dengan lebih kreatif dan inovatif impak daripada nilai dan etika
kerja guru (Noriati A. Rashid et.al, 2010) .

4.0 KESIMPULAN

Guru yang mempunyai nilai dan etika kerja yang baik perlu
mempunyai matlamat untuk membentuk insan manusia yang sempurna.
Dari aspek keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan
pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan dalam mendidik
dan membimbing anak didiknya ke arah jalan yang benar dan tidak
terpesong dari landasan kehidupan yang baik dan pekerjaan guru juga
dianggap sebagai satu ibadah. Guru juga berperanan menyediakan
seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam
masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri,

4
keluarga, masyarakat seterusnya membantu Negara mencapai kemajuan
selari dengan negara lain.

(1007 patah perkataan)

RUJUKAN

Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran, Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2007), Profesionalisme Keguruan: Prospek dan


Cabaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Hassan (1999), Keguruan (Jurnal)

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah (2010), Siri Pendidikan
Guru: Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ting Len Siong & Muhamad Sidek Said (2007), Ingin Menjadi Guru,
Selangor: Ilmu Media Trade.

Anda mungkin juga menyukai