Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

PROJEK LUKISAN MURAL (INDIVIDU)

NAMA PELAJAR;

PROGRAM:
PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG

NAMA ROJEK/AKTIVITI:
LUKISAN MURAL

TEMPOH PELAKSANAAN:
1 MINGGU

OBJEKTIF:
1) Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih untuk
melaksanakan sesuatu projek.

2) Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan guru-


guru pelatih dan warga sekolah.

3) Memberikan guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala


kemahiran yang telah dipelajari di IPGKDA.

4) Memberikan peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan


aktiviti di sekolah.

5) Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih


dalam program yang dilaksanakan.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1) Membuat perjumpaan dengan mentor untuk berbincang tentang pelaksanaan
projek lukisan mural.

2) Mendapatkan persetujuan dengan guru besar dan berbincang tentang cadangan


melaksanakan projek lukisan mural.

3) Guru besar mencadangkan tema projek lukisan mural dengan tema bercorakkan
batik.

4) Menyediakan corak batik dan membuat pilihan bersama-sama dengan mentor.

5) Membuat kajian warna ke atas corak batik tersebut dan membuat pemilihan
warna corak.

6) Menyediakan alat dan bahan untuk projek lukisan mural dan memulakan aktiviti
projek tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.

REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti:
Setelah selesai menjalankan projek lukisan mural ini, saya dapati
bahawa terdapat banyak kekuatan dalam melaksanakan projek tersebut.
Antaranya adalah mendapatkan perbincangan bersama-sama dengan mentor
dan guru besar secara positif dan disambut dengan baik. Pihak sekolah amat
mengalu-alukan saya dalam menjalankan projek lukisan mural ini di atas
pentas dewan sekolah. Ini kerana, pentas tersebut nampak suram dan cat
yang sedia ada kelihatan pudar. Setelah mendapatkan perbincangan tentang
tema corak lukisan mural terus saya mencari corak batik yang sesuai dan
mendapatkan persetujuan daripada mentor dan guru besar.

Saya juga telah menyediakan kajian warna terhadap corak tersebut


sebelum memulakan projek ini. Hasil dari beberapa warna corak, saya terus
meminta kerjasama daripada guru penolong kanan 1 untuk mendapatkan alat
dan bahan mengecat. Pihak sekolah yang sememangnya mempunyai
peruntukan kewangan yang mencukupi dalam penyediakan alat dan bahan.
Ini adalah penting dalam melaksanakan projek ini dengan lancar dan selari
dengan tempoh masa yang ditetapkan.
Saya juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pekerja
sekolah dalam penyediaan tangga dan sebagainya. Kerjasama daripada
guru-guru, pentadbir sekolah dan pihak pekerja sekolah dalam menjayakan
projek lukisan mural ini amat baik dan memberangsangkan.

Seterusnya dengan projek lukisan mural ini telah menghasilkan


pentas Dewan Kemuning, SK Kodiang kelihatan lebih ceria, menarik dan
cantik. Tambahan lagi dengan projek ini, ia memudahkan guru-guru
melakukan sebarang aktiviti di atas pentas tanpa memerlukan bahan
backdrop yang banyak.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti:
Sebelum memulakan projek lukisan mural ini, saya memerlukan idea
dan mencari bahan corak batik yang sesuai untuk dilukis di atas pentas
dewan. Setelah mendapat beberapa corak batik, saya perlu mendapatkan
persetujuan dari mentor dan guru besar tentang corak tersebut dan terus
melukis corak tersebut pada dinding dewan.

Seterusnya, saya memerlukan masa untuk membuat kajian warna


sebelum memulakan cat. Ini kerana, kajian warna ini amat penting. Jika
tersalah membuat pemilihan warna yang betul, pentas dewan akan kelihatan
suram atau tidak ceria.

Kelemahan yang lain pula, semasa melakukan proses mengecat, di


mana warna cat yang diperolehi mempunyai kualiti yang berbeza
menyebabkan proses mengecat memerlukan banyak lapisan. Ini
menyebabkan tempoh masa yang lebih sehingga saya terpaksa mengambil
insiatif dengan mengambil masa petang untuk menyambung proses
mengecat. Kadang-kala saya terpaksa datang pada hujung minggu untuk
menyiapkan proses mengecat ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Bagi mengatasi kelemahan yang tersebut, terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan agar di waktu persekolahan kelak tidak timbul lagi kesalahan dan
masalah yang diperolehi dapat diatasi dengan baik. Dalam mengatasi masalah
pertama adalah dengan melihat contoh-contoh pentas dewan di sekolah lain untuk
mendapatkan sumber ilham bagi menceriakan pentas dewan sekolah. Seterusnya,
corak-corak batik yang terkini boleh dicari dengan mudah di dalam aplikasi internet.

Masalah seterusnya adalah dengan membuat kajian warna yang sesuai di


dalam corak batik tersebut. Saya juga boleh mendapatkan sumber ilham dari bahan-
bahan rujukan yang berkaitan dengan hiasan dinding dan menerusi aplikasi internet.
Bahan rujukan ini mampu membantu dalam saya membuat pemilihan warna yang
sesuai dengan pentas dewan sekolah.

Penambahbaikan seterusnya adalah apabila mendapat jenis cat yang


berbeza kualiti, saya perlu pandai bermain dengan kuantiti air ketika membuat
bancuhan sebelum mengecat. Oleh kerana bahantara cat yang digunakan adalah air,
ia memudahkan saya bermain dengan kuantiti campuran air ini di dalam cat warna.
Jika banyak air yang dicampur maka cat warnanya memerlukan banyak lapisan
untuk di cat. Oleh itu, saya hanya menggunakan kuantiti air yang sedikit untuk
mendapatkan kepekatan cat warna dan ia boleh mengurangkan proses tempoh
masa mengecat.

KESIMPULAN:
Kesimpulannya pada keseluruhan projek lukisan mural di pentas Dewan Seri
Kemuning, SK Kodiang adalah dikatakan amat berjaya kerana dapat menyudahkan
projek ini pada tempoh masa yang ditetapkan. Walaupun pada permulaan projek ini
terdapat serba sedikit masalah dan kekurangannya, namun projek ini dianggap
masih boleh dipertingkatkan lagi. Projek lukisan mural pada keseluruhannya amat
bermanfaat kepada pihak sekolah kerana setiap kali program atau aktiviti yang
diadakan di pentas dewan ini membantu mereka dalam menceriakan dan
memberikan suasana yang berlainan. Guru-guru dan murid-murid juga membantu
serba sedikit dalam proses melukis dan mengecat. Mereka juga amat terpegun dan
memberikan suntikan yang baru dengan suasana dewan sekolah yang lebih
menarik.

Anda mungkin juga menyukai