Anda di halaman 1dari 23

1.

0 Tugasan 1: Penulisan Esei


1.1 Pengenalan
Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan manusia yang
sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab
mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan
yang Maha Pencipta.
Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan
seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah
keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.
Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan, seperti sikap dan nilai
guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu
juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap
penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat
dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut
mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.
Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan budaya
pembelajaran pelajar.
Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru
yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat.
1.1.1 Konsep Profesion
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu era
baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu. Guru kini
lebih kepada peranan sebagai pemudah cara dan perlu peka dan bersedia terhadap
perkembangan semasa dan menggunakan kaedah atau teknik pengajaran yang cekap dan
berkesan. Oleh yang demikian guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti selaras dengan profesionalisme keguruan, menjurus kepada
abad ke-21. (Siri Pendidikan Guru, Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme
Guru).

Guru dalam alaf baharu seharusnya profesional dan profesionalismenya ialah kunci kepada
peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir, 2001).
Menurut Kamus Dewan (2005), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemayang khas. Sebagai contoh: perundangan,
perubatan, perguruan dan lain-lain.
Konsep profesional pula merujuk kepda ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli
dalam suatu profesion. (Ornstein dan Levine 1993).
Manakala Hoyle (1980) menghuraikan profesionalisme sebagai tindakan yang menyentuh
aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal
gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Semuanya ialah hal-hal
yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan kerja.
Namun begitu, seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti
pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan
mempunyai profesionalisme yang tinggi. Dengan perkataan lain, guru itu melihat perguruan dan
tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai satu profesion. (Omar
Hashim, 1993).
1.1.2 Konsep Etika
Menurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia
dalam pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan
apakah yang salah?. Perkataan etika (ethics) berasal daripada perkataan Yunanai ETHOS yang
bermaksud norma-norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku
manusia

yang

baik.

(Siri

Pendidikan

Guru,

Asas

Kepimpinan

dan

Perkembangan

Profesionalisme Guru).
Menurut American College Dictionary (1964), etika sebagai prinsip-prinsip moral yang
merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran.
Mengikut Nikki (2009), etika dianggap sebagai pedoman perilaku yang dikenalpasti berkaitan
dengan tindakan-tindakan manusia dalam bahagian tertentu.
Manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai suatu kewajiban.
2

Oleh itu, Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod
etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.
1.1.3 Konsep Akauntabiliti
Menurut Kamus Dewan (2007), Akauntabiliti membawa maksud sifat bertanggungjawab kepada
seseorang atau terhadap tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan
penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan
jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak
untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang

guru. Akauntabiliti

keguruan

juga

membawa

maksud

berkenaan

dengan

tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab


seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru
itu sendiri, sekolah, ibubapa, masyarakat dan negara , rakan sejawat serta profesion keguruan
amnya.
Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Penghayatan akauntabiliti
haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme
keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.
1.1.4 Isu Kesantunan dan Profesionalisme Guru
Menurut Kamus Dewan (1984), halaman 1115, santun bermaksud halus budi bahasa atau budi
pekerti, beradab atau sopan:

Budi bahasa: tingkah laku, kelakuan, tutur kata, akal kebijaksanaan dan perbuatan
kebajikan yang mulia, tertib dan sopan.

Budi Pekerti: Tingkah laku, perangai, dan akhlak yang positif. Biasanya didorong oleh
kekuatan rohani iaitu pemikiran manusia, yang membawa kepada tingkah laku positif.

Beradab: mempunyai adab, budi bahasa yang sopan.


3

Sopan: beradab dan berbudi bahasa (tingkah laku, tutur kata, pakaian dan sebagainya).

Menurut Kamus Dewan(1984): Kesantunan bermaksud perihal (sifat, tingkah laku, pertuturan
dan sebagainya) santun, kesopanan serta kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).
Menurut Awang Sariyan (2007), memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa
yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara.
Berdasarkan pengertian tersebut, kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi pergaulan harian.
Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam
pergaulan harian.
Kesantunan guru terbahagi kepada tiga ciri iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah
laku dan kesantunan berbahasa.
1. Kesantunan berpakaian

Guru-guru perlu bijak memilih gaya berpakaian ke sekolah kerana gaya


berpakaian bagi masyarakat malaysia ada kaitannya dengan budaya dan
kepercayaan beragama.

2. Kesantunan tingkah laku

Guru perlulah bijak dalam mengawal perasaan dan bersikap profesional dalam
menjalankan tugas. Profesion guru sememangnya memerlukan kawalan emosi
serta kesabaran yang tinggi.

Guru perlulah menerapkan nilai mengambil berat, kasih sayang, baik hati dan
ikhlas terhadap murid-murid.

3. Kesantunan berbahasa

Guru berkomunikasi sama ada dari segi verbal dan dari segi bahasa badan
(non-verbal). Ketika berkomunikasi, guru harus menyesuaikan diri dengan
budaya persekitaran masyarakat setempat dan perkataan, bahasa dan intonasi
yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.

Oleh yang demikian, dalam isu kesantunan guru, guru harus mempamerkan kesantunan dari
segi cara berpakaian, cara bertindak, cara bertutur dan cara berbahasa. Dalam bidang

keguruan guru perlu mematuhi kod etika keguruan. Guru perlu bertanggunjawab dan
memertabatkan perfesion perguruan.
1.2 Definisi Budaya
Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan sanskrit dan melayu, iaitu budhi dan
daya. Perkataan budhi bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya bermakna
kekuatan, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan budaya kedua-dua perkataan tersebut
membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji
Abdul Karim, 1963).
Menurut Dictionary of Philosophy (1996), budaya membawa maksud sebagai,
the way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of
perception, and habit of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but
are too pervasive to be readily noticed from within.
Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya.
Oleh yang demikian budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh
kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
1.2.1 Definisi Penyelidikan
Menurut Rudduck dan rakan (1985), penyelidikan ialah melaksanakan siasatan secara
sistematik terhadap perkara yang ingin diketahui. Ini bermakna penyelidikan yang dilakukan
adalah berkaitan dengan perkara yang menimbulkan tanda tanya (masalah) hingga tercetusnya
persoalan-persoalan dan akhirnya ingin diselesaikan untuk mendapatkan persoalan itu.
MC Kernan (1991) menjelaskan bahawa penyelidikan merupakan suatu kaedah inkuiri yang
telah mendorong pada kerja-kerja penyelidikan dan penulisan seterusnya seperti yang
dihasilkan oleh Stephen Corey (1953) di Teachers College Columbia University, New York.
Namun yang demikian tujuannya hanya satu, untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
seterusnya menambah baik kemahiran sedia ada dan amalan-amalan kendiri.
1.2.3 Budaya Menyelidik
5

Menurut Elliot (1991), dalam Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan dalam Pengajaran oleh
Chow F. M et al., menegaskan bahawa guru-guru memperoleh manfaat dengan melakukan
penyelidikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:

Menyedari teori peribadi.

Melahirkan konsep nilai yang boleh dikongsi bersama.

Mencuba strategi baru agar dapat merealisasikan nilai yang dipegang dalam amalan.

Mendokumentasikan amalan mereka supaya mudah diakses dan difahami oleh


penyelidik yang lain.

Membina teori pengajaran yang boleh dikongsi melalui usaha penyelidikan.

Seruan memupuk budaya penyelidikan bukan bermula sejak kebelakangan ini, malahan telah
bermula sejak tahun 1993 di mana Dr. Wan Zahid (dalam kajian Guru Sebagai Penyelidik:
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan Di Sekolah oleh Lee S.
G, 1997) menyarankan supaya guru-guru besar menggalakkan guru-guru di sekolah masingmasing menjalankan kajian tindakan. Saranan beliau adalah berikutan daripada usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu yang memperkenalkan Projek PIER
(Programme for Innovation, Excellence and Research) yang salah satu tujuan utamanya adalah
memupuk budaya penyelidikan di kalangan pengurus pendidikan dan pendidik melalui kajian
tindakan. Ini membuktikan bahawa penyelidikan tidak dilaksanakan pada satu tempoh masa
saja tetapi adalah berterusan dan koheren.
Dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Jenis penyelidikan yang
paling sesuai ialah Penyelidikan Tindakan (PT). PT membolehkan guru mengenal pasti isu dan
masalah berkaitan dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran, disiplin dan pengurusan
sekolah dan pekara-pekara lain mengenai sistem pendidikan.
PT mula diperkenalkan oleh kurt Lewin (1946) yang berjaya menulis isu-isu komuniti (dalam
Kemmis & MC Taggert, 1988).
John Elliot dan Clem Adelmen (1973-1976), menggunakan metodologi PT dalam Ford Teaching
Project dalm usaha membantu guru-guru menggunakan beberapa persoalan di dalam bilik
darjah.

Aktiviti penyelidikan dalam kalangan guru bermula di United Kingdom oleh Stenhouse (1971,
1975) bersama-sama dengan Humanities Curriculum Project yang berpendapat bahawa
pengajaran sepatutnya berdasarkan penyelidikan dan keutuhan pendidikan dan guru mampu
dipertingkatkan sekiranya penyelidikan selari dengan pembangunan kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia, mula memperkenalkan PT pada tahun 1989 oleh pensyarahpensyarah maktab perguruan. Pada tahun 19195, PT dimasukkan ke dalam Kurikulum Kursus
Perguruan Lepasan Diploma dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.
Budaya menyelidik merupakan satu usaha ke arah menggalakkan para pendidik mengamalkan
budaya ilmu melalui aktiviti penyelidikan. Apabila amalan ini dapat dilaksanakan, maka para
pendidik dapat menjadikan penyelidikan sebagai satu cara mempertingkatkan profesionalisme
mereka serta membaiki keupayaan dalam menjalankan tugas dengan berkesan dan seterusnya
mengatasi isu-isu yang dihadapi secara profesional.
Secara umumnya dapatan kajian berkaitan dengan pengajaran guru dapat mempertingkatkan
pencapaian prestasi pendidikan, meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Penyelidikan juga membantu guru menghadapi cabaran dan
masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran, disamping memperbaiki
teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan. Guru juga dapat dilatih untuk berfikir luar
daripada amalan-amalan rutin serta dapat memperkenalkan amalan-amalan yang lebih
berkesan dan profesional. Amalan reflektif memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen
perubahan melalui analisis kekuatan dan kelemahan diri serta memberi daya keyakinan diri
melalui perkongsian pengalaman yang membolehkan guru memperbaiki prestasi dan kepuasan
bekerja. Penyelidikan juga membantu guru mendapatkan sumber maklumat yang penting,
merancang pengajaran harian, mempelbagaikan kaedah pengajaran, mencapai objektif
pengajaran, merancang penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.
Kesimpulannya warga pendidik perlu memupuk budaya penyelidikan agar berupaya
meningkatkan integriti dan kreadibiliti mereka. Bukan bermakna pendidik yang telah berjaya
mempunyai ijazah tertinggi berhenti menuntut ilmu, bahkan menyemai sikap belajar sepanjang
hayat.
2.0 Tugasan 2: Kajian Kes (Temubual)
7

2.1 Pengenalan
Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan. ia
boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih hebat.dan
mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai
pembolehubah yang penting bagi organisasi. Pemimpin atau peneraju dan merupakan orang
yang akan menentukan halatuju organisasi dan kaitangan. Pemimpin adalah perancang, misi
organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan terhadap pencapian matlamat
organisasi.
Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha mencapai objektif kumpulan
atau organisasi. Kepimpinan ialah proses mempengaruhi kelompok, mengarah aktiviti
mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan tidak boleh lari dari pengaruh mempengaruhi
pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin penting dalam pembentukan dan hala tuju
organisasi. Kepimpinan berlaku apabila seorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi
orang lain untuk berusaha kearah pencapaian sesuatu objektif organisasi. Kepimpinan ialah
seni atau satu proses mempengaruhi kegiatan manusia mencapai gol organisasi.Kunci dalam
kepimpinan ialah pengaruh. pengaruh ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan
sesuatu kepimpinan.
2.1.1 Definisi Kepimpinan Berkesan
Pengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan kepimpinan dikaitkan
dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Begitu juga peranan pengetua atau
guru besar di sekolah yang menjadi tunggak kepada jatuh bangunnya sesebuah sekolah itu.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat kepimpinan bermaksud cara seseorang pemimpin itu
berfungsi dalam keadaan tertentu.
Menurut :Kim dan Melbourge (1992) kepimpinan berkesan merupakan kebolehan seseorang
untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang
diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi.
Jaafar Mohamad (1992) berkata; kepimpinan berkesan berlaku apabila seseorang itu
mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai usaha kearah sesuatu
objektif.

Menurut :Yuki G.A.(1989); Kepimnpinan Berkesan melibatkan pengaruh, kebolehan pemimpin


mengubah sikap dan tindakan.
Adalah jelas menunjukkan Kesan kepimpinan pemimpin mempengaruhi perasaan, keyakinan
dan tindakan pengikut-pengikut ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama.
2.1.2 Konsep kepimpinan

Rajah 2.1.2

2.1.3 Jenis-Jenis Kepimpinan

Rajah 2.1.3
10

2.2 Teori Kepimpinan


2.2.1 Teori Tret
Kajian Teori tret selalunya mengambil bentuk pembandingan sifat-sifat fizikal, intelek dan
personaliti antara pemimpin dengan pengikut. Mengikut kajian Cartwright dan Zander
menyatakan pemimpin adalah lebih besar saiz fizikalnya dan lebih cerdas daripada anggotaanggotan lain. Pemimpin yang diterima dengan baik menunjukkan penyesuaian yang lebih baik
dalam pelbagai ujian personaliti. Manakala kajian yang berpusatkan kemahiran pemimpin lebih
cenderung kepada memberi maklumat dan lebih kerap membuat penjelasan tentang sesuatu
situasi berbanding dengan lain-lain anggota. Kepercayaan terhadap peranan tret ini jugalah
yang melahirkan pandangan tentang sifat karisma (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).
Stogdill (1974) membuat klasifikasi trait bahawa terdapat enam faktor peribadi yang perlu ada
pada seseorang pemimpin seperti berikut:
I.

Keupayaan

II.

Pencapaian

III.

Tanggungjawab

IV.

Penglibatan

V.

Status

VI.

situasi

2.2.2 Teori Tingkah Laku


Daripada pendekatan tret juga telah melahirkan teori tingkah laku yang cuba menerangkan
fenomena kepimpinan berasaskan pola tingkah laku yang didefinisikan sebagai tindakan atau
gaya pemimpin. Banyak teori tingkah laku yang telah diuji, kesemuanya mengandungi unsurunsur dimiliki (gaya kepimpinan). (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 60).

Tokoh behaviouris cuba mengenal pasti faktor-faktor penentu kepemimpinan yang berjaya
supaya bakal pemimpin boleh dilatih untuk memiliki tingkah laku kepemimpinan yang sesuai.
Antara teori tingkah laku adalah:

Teori X dan Y oleh Douglas McGregor (1960)


o

Teori X - Pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh wang ringgit, malas


dan akan mengelakkan tugas kecuali dipaksa, tidak akan memberikan kerjasama
kecuali diarahkan dan dikawal. Pemimpin bertingkah laku autokratik.
11

Teori Y- Staf dianggap rajin, melihat kerja sebagai suatu perkara semula jadi
seperti bermain atau beristirehat akan memupuk kerjasama, bercita - cita tinggi
dan mempunyai sikap positif terhadap kerja.

Blake dan Mounton (1964,1978): telah Menghasilkan Grid Pengurusan yang


menjelaskan dua dimensi iaitu:
o

Keprihatinan Terhadap Penghasilan - Pemimpin menunjukkan keprihatinannya


terhadap tugas dan produktiviti pekerja demi mencapai matlamat organisasi.

Keprihatinan Terhadap Manusia - Pemimpin memberikan perhatian dan


penekanan terhadap perhubungan baiknya dengan pekerja-pekerja.

2.2.3 Teori Situasi


Teori situasi beranggapan bahawa persekitaran organisasi yang berbeza memerlukan cara
kepimpinan yang berbeza jika keberkesanan ingin dirasakan. Kepimpinan yang berkesan
bergantung pada beberapa faktor seperti faktor pengikut, faktor pemimpin dan faktor situasi.
(Asas Kepimpinan &Perkembangan Profesionalisme Guru m/s 99).
Antara Teori situasi adalah:

Teori Kotinjensi Fiedler - Teori ini mengandaikan bahawa tidak munasabah untuk
menjangkakan bahawa seorang pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada setiap
masa lebih baik daripada orang lain. Setiap pemimpin yang mempunyai ciri yang baik
akan berbeza daripada kelompok dengan kelompok yang lain dan situasi dengan situasi
yang lain (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 62).

Teori Situasi Hersey dan Blanchard (1977) Mengabungkan dan meluaskan idea Grid
Pengurusan Blake Mouton serta Model Kotenjensi Fiedler. Keberkesanan kepimpinan
adalah berasaskan situasi. Terdapat empat gaya kepimpinan iaitu:
o

Memberitahu

Menjual

Mengambil bahagian

Menurunkan tanggungjawab

2.2.4 Teori Transformasi


12

Teori Transformasi dirujuk sebagai Kepimpinan Baharu atau The New Leadership. Dalam
kalangan pengamal dan pengkaji kepimpinan, minat dan fokus beralih kepada kepimpinan
transformasi.
James Macgregor (1978), Pemimpin transformasi berupaya menggerakkan pengikutpengikutnya untuk bertindak mencapai matlamat tertentu berdasarkan nilai dan motivasi,
keperluan dan kehendak, aspirasi dan jangkaan kedua-dua pihak, iaitu pemimpin dan pengikut.
Pemimpin Transformasi bukan sahaja memberikan tumpuan kepada keperluan pengikut, beliau
cuba meningkatkan keperluan itu kepada aras motivasi dan kematangan yang lebih tinggi.
Teori ini memberikan tumpuan kepada perkongsian proses pengurusan yang melibatkan
tingkahlaku. kepemimpinan tranformasional memberi penekanan terhadap perkembangan guru
dengan melastarikan budaya kerjasama secara profesional, mendorong perkembangan
profesional guru-guru dan membantu guru menyelesaikan masalah dengan berkesan.
2.2.5 Teori Kepimpinan Moral
Kepimpinan moral memberikan perhatian kepada nilai dan etika pemimpin di mana penggunaan
kuasa dan pengaruh adalah atas pertimbangan yang baik dan benar.
Menurut Sergiovanni (1992), Kepimpinan moral sebagai suatu bentuk bimbingan yang
memotivasikan orang lain melalui prinsip-prinsip dan pegangan nilai yang terpuji. Pemimpin
moral tidak mencari ikhtiar untuk mendapatkan manfaat diri tetapi bertindak demi kebaikan
sejagat. Melalui amalan prinsip-prinsip dan pegangan nilai, pemimpin moral memperolehi
kepercayaan ahli-ahli organisasi secara beransur-ansur dan menginspirasikan kesetiaan
terhadap gaya kepimpinannya.
Kepimpinan moral melengkapi dan memperkukuh gaya kepimpinan transformasi yang
menggerakkan ahli-ahlinya untuk bertindak melalui motivasi diri, keyakinan diri dan
mengupayakan mereka untuk mengembangkan potensi yang ada.

2.2.6 Teori-Teori
13

Rajah 2.2.6
2.2.7 Rumusan
Teori-teori dan kajian-kajian berkaitan dengan kepemimpinan cuba mencari jawapan
14

kepada cara yang paling berkesan untuk mengurus sesebuah organisasi supaya
produktiviti dapat dimaksi- mumkan dan kos dapat diminimumkan. Terdapat pengkaji
yang cuba mencari korelasi antara kepemimpinan sekolah dengan pencapaian pelajar,
ada pula yang cuba memperkaitkan gaya kepemimpinan organisasi dengan kepuasan
kerja. Metaanalisis kajian yang dijalankan oleh Marzano (2005) terhadap kepemim pinan
sekolah dan pencapaian pelajar terbukti tidak terdapat satu model yang menjadi
dominan dalam menentukan keberkesanan kepemimpinan.
Pemimpin masa kini harus bersikap responsif kepada arus-arus perubahan yang dibawa oleh
ledakan maklumat dan teknologi agar dapat menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku
dengan menggunakan kemahiran-kemahiran abad ke-21.
2.3 Kualiti Kepimpinan Guru
Guru berkualiti mempunyai pengaruh yang besar terhadap pencapaian dan pembangunan diri
murid dan kemajuan pendidikan di negara kita. Berikut merupakan ciri-ciri kepimpinan guru
berkualiti yang perlu kita miliki untuk memartabatkan profeion perguruan.
Konsep kepimpinan guru boleh dijelaskan sebagai salah satu model kepimpinan di mana guruguru yang terlibat dalam P&P mempunyai/diberi peluang untuk memimpin (Harris & Lambert,
2003).

Dari segi Intelek


o

Guru senantisa meningkatkan kemahiran pedagogi, iaitu mahir ICT, penguasaan


bahasa inggeris yang baik, perlu kreatif dan inovatif, mengetahui mengenai teoriteori pembelajaran, mengamalkan pembacaan yang meluas, menjadi pakar rujuk,
menjalankan kajian (PT),

Dari segi kerohanian


o

Guru perlu mempunyai sahsiah dan tingkah laku yang terpuji. Sebagai contoh
membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran matapelajaran,
menjalankan tugas tepat pada masanya, menghormati rakan guru serta pelajar dan
sebagainya. Mengamalkan tingkah laku berdasarkan Etika Profesion Perguruan.

Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh PPD, JPN dan KPM.

Dari segi Jasmani.


o

Guru perlu menonjolkan penampilan diri yang baik. Antaranya adalah cara
berpakaian, tutur kata,dan tingkah laku.
15

Guru perlu menampakkan ketrampilan dan kewibawaan sebagai guru yang


berkualiti. Dari segi kemahiran fizikal dan komunikasi.

Memimpin dan membantu dalam tugasan kurikulum dan kokurikulum sekolah.

Dari segi Emosi


o

Menghayati nilai-nilai murni, norma selaras dengan

Etika Perkhidmatan guru.

Memiliki pemikiran yang positif dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Selaras
dengan 12 nilai murni yang terkandung dalam tonggak 12 dan Lima aspirasi Sistem
pendidikan Malaysia dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu:

Aspirasi Ke-2 PPPM

Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan


cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan
setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi system
pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam
kelompok

sepertiga

teratas

dalam

pentaksiran

antarabangsa

mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang


akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains
sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain
yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila
dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.
Kesimpulannya pemimpin masa kini harus bersikap responsif kepada arus-arus
perubahan yang semakin mencabar. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 perlu dikuasai
dalam membentuk pelajar atau murid yang berkualiti, berdaya saing dan inovatif bagi
mencapai Lima aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia selaras
dengan seruan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.4 Analisis tentang Kepimpinan guru di sekolah


2.4.1 Soalan Temubual Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

16

1. Apakah amalan kepimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang diamalkan di
sekolah?
2. Apakah tahap pengurusan disiplin dilaksanakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid ?
3. Adakah latihan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid mencukupi dalam meningkatkan pengurusan pelajar?
4. Apakah tahap kerjasama guru terhadap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid?
2.4.2 Laporan Temubual Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Gaya Kepimpinan lepas-bebas (laissez-faire leadership)


o

Menurut Ainon (2003) pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada
orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Mereka tidak
campurtangan langsung. Beliau melihat mereka sebagai orang sudah matang, tahu
membezakan yang baik dan yang buruk serta tahu membezakan antara betul dan
salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang
dilakukan , biarkan mereka bersendirian dan tidak diusik. Sesuatu yang diperlukan
ialah matlamat yang telah dipersetujui dicapai. Keadaan yang sangat bebas dan
liberal ini kadang-kadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak
mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri. Kalau
orang-orang bawahannya betul-betul matang , maka hasilnya memang baik, tetapi
jika ramai antara mereka yang kurang matang , maka hasilnya sangat tidak
memuaskan kerana mereka seperti hilang pedoman sebab tiada pemandu yang
menunjuk arah. Gaya laissez-faire akan menimbulkan banyak masalah apabila
sesebuah organisasi besar dan aktivitinya menjadi sangat kompleks. Ini disebabkan
dalam keadaan seperti ini, jumlah keputusan yang terpaksa diambil sangat banyak
dan kompleks sifatnya (Ainon, 2003).

Tahap pengurusan disiplin dilaksanakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
o

Di sekolah, satu jawatankuasa khas didalam pengurusan disiplin sekolah iaitu di


bawah pengurusan HEM dikenali sebagai Jawankuasa Hal Ehwal Murid (HEM). Di
17

bawah pengurusan HEM pengurusan disiplin pelajar terdiri daripada Lembaga


Disiplin Sekolah, Jawatankuasa Sistem Disiplin Murid (E-Disiplin, SMM, BMM), unit
disiplin dan guru penasihat badan pengawas. Guru disiplin yang dilantik oleh
pengetua

diberi

kuasa

untuk

mengetuai

pengurusan

disiplin

di

sekolah.

Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM) yang dibentuk akan merangka programprogram membantu sekolah bagi menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu Visi KPM : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang. Misi pula
Membangun potensi individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

Latihan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Guru


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mencukupi dalam meningkatkan pengurusan
pelajar.
o

Keberkesanan unit HEM ini melihat komitmen setiap guru disiplin yang
mengendalikan amalan dan pengetahuan mereka untuk melicinkan pengurusan
ini. Dengan itu pelbagai program unit HEM yang perlu melibatkan guru-guru
dalam meningkatkan kebajikan murid dalam menggubal peraturan-peraturan di
sekolah, membincangkan kes-kes disiplin, mengkaji dan menimbangkan
pandangan, pendapat dan cadangan dari murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan
masyarakat serta memberi pandangan dalam hal ehwal pengawas di sekolah.

Kerjasama guru terhadap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


o

Kerjasama antara guru disiplin dan PK HEM amatlah penting, guru disiplin perlu
memahami konsep sebenar tugas guru disiplin dan memahami peraturan disiplin
dengan jelas dan tepat. Dengan adanya pengetahuan, guru disiplin ada panduan
untuk mengambil tindakan disiplin dengan merujuk kepada tatacara disiplin dan
peraturan sekolah. Menurut Mohd Anuar. et al. (2008) menyatakan guru disiplin
yang dilantik mempunyai pengetahuan yang luas dalam menangani masalah
disiplin berkaitan dengan jenayah dan kes polis. Guru disiplin dapat bertindak
mengikut prosedur ditetapkan semasa mengambil tindakan. Jika tidak mereka
disaman oleh ibubapa.

Guru disiplin perlulah menjadikan pekeliling ikhtisas disiplin sebagai rujukan.


Sebagai guru disiplin perlu melaksanakan amalan tugas mereka dengan penuh
berdedikasi dan produktif. Menurut Dr. James Ang Jit Eng (2005) guru disiplin
perlu tahu punca berlaku salah laku dan ambil tindakan bagaimana mengelak
18

daripada ianya berlaku. Kenalpasti jenis-jenis salah laku dan cadangan alternatif
perlu di laksanakan.
o

Amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan untuk memastikan pelajar berdisiplin


dan mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta 550. Sekolah sebagai
agen perubahan maka pengurusan disiplin sekolah dapat menjadikan pelajar
sebagai warganegara yang bertanggungjawab kepada diri, bangsa dan negara.
Di dalam kajian ini dengan tempoh perkhidmatan guru disiplin dalam amalannya
akan menjadikan pengalaman pengurusan semakin baik sebab amalan yang
baik diteruskan.

Kesimpulannya, peranan pihak pengurusan disiplin sekolah melaksanakan program


untuk mengurangkan masalah disiplin pelajar. Penglibatan guru disiplin dapat membaiki
sikap dan tingkahlaku pelajar melalui pandangan, teguran dan nasihat yang boleh
dijadikan

panduan

kepada

semua

pelajar.

Pengetahuan

guru

disiplin

dapat

memperkasakan disiplin di sekolah kerana pelajar akan mengetahui amalan disiplin


yang baik. Guru disiplin yang berketrampilan akan sentiasa mempunyai ilmu dan
panduan apabila sentiasa merujuk Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar
dan guru dan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 serta surat-surat
perkeliling yang dikeluarkan oleh KPM. Acuan sesebuah sekolah ditunjukkkan melalui
disiplin pelajarnya yang akan membentuk identiti, sikap, tingkahlaku dan penampilan
pelajar. Jika jati diri pelajar berdisiplin maka tidak mustahil pelajar sekolah tersebut akan
dapat meningkatkan prestasi kejayaannya di dalam sahsiah diri, akademik dan
kokurikulum. Menurut Md. Fadzil (2005) menyatakan faktor utama kejayaan atau
peningkatan prestasi kejayaan sesuatu sekolah adalah disiplin.

2.5 Cadangan atau Program Aktiviti.


2.5.1 Program Guru Penyayang
Tujuan Guru Penyayang
19

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan
sikap kasih sayang di sekolah.
Konsep Guru Penyayang
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat
belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang
yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan
muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi
perhatian,

dijaga,

dibimbing,

dihargai

kewujudannya

dan

disayangi

setiap

masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya


dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
Objektif Guru Penyayang
1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Aktiviti Guru Penyayang
Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan
dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa
pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:
1. Mengalu-alukan kehadiran murid
2. Pelaksanaan Program Mentor Mentee
3. Memberi penghargaan kepada murid
3.0 Refleksi
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing Pensyarah Pembimbing Cikgu Chandra. Atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan.
20

Kerja Kursus Projek Berasaskan ilmu PPG merupakan satu tanggungjawab rutin yang
diamanahkan kepada guru pelatih bagi menunjukkan adanya bukti pengaliran ilmu berlaku
antara pensyarah dan guru. Kemunculannya sering kali mengundang pelbagai senario berbeza
yang menjelma dalam minda setiap guru pelatih. Ada yang menganggap kehadirannya sebagai
aset pengalaman bermakna dan ada juga yang berasa kewujudannya hanya sebagai beban
yang menyusahkan. Namun apa pun perasaan itu, guru yang berkualiti menghadapinya dengan
minda terbuka kerana KKP ini merupakan salah satu pengaliran ilmu secara tidak disedari yang
mampu member kesan jangka panjang kepada guru PPG.
Jika dihalusi objektif Jadual Penentuan Tugasan (JPT) KKP semester ini, dapat difahami
misinya

ialah

menjelaskan

konsep

profesion,

etika,

akauntabiliti

dan

kesantunan

profesionalisme keguruan. KKP ini juga mengenalpasti ciri-ciri guru yang profesional serta
menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih
tinggi. KKP ini juga membantu guru merancang perkembangan diri sebagai seorang yang
profesional dalam melaksanakan peranan dan tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan
sekolah. Ia juga membantu guru menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan
profesion.
Justeru itu untuk merealisasikan objektif tersebut dua tugas penting mesti kami
laksanakan. Yang pertama ialah melihat pembudayaan budaya menyelidik dan kedua
menganalisis mengenai kepimpinan guru di sekolah.
Secara langsung kita memahami bahawa penyelidikan mampu meningkatkan kualiti
pengajaran guru melalui pendekatan teori-teori kepimpinan yang dapat membantu dalam
meningkatkan profesionalisme kita sebagai guru.
Melalui pencerakinan tugasan tersebut, saya merasakan KKP kali ini amat mencabar
dan memerlukan iltizam dan ketekunan yang tinggi agar semua prosesnya dapat disiapkan
sesempurna yang boleh.
Komitmen yang tinggi untuk menjayakan dan menyiapkan aktiviti yang telah dirancang
hendaklah diterapkan ke dalam diri seorang guru agar mampu menjadi guru yang berkaliber,
berilmu dan mampu menjadi aset dan mangkin perubahan kepada generasi baru kelak. Tanpa
semangat dan minat yang mendalam, sesuatu kerja ataupun aktiviti yang ingin kita jalankan
akan terbengkalai dan tidak bermutu tinggi dari segi nilai estetikanya. Justeru itu,
penggabungjalinan kerajinan dan tanggungjawab yang tinggi akan menghasilkan tugasan yang
efesien dan berkualiti tinggi.
21

Dalam hal ini, saya telah mencuba sehabis baik untuk diri saya. Sebarang
permasalahan yang timbul sepanjang proses menyiapkan KKP ini telah saya jadikan iktibar dan
pengalaman agar kelak pengalaman itu akan menjadi aset penguat kepada diri saya melalui
tindakan susulan yang bersesuaian.

4.0 Bibiliografi

Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Standard Guru Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, Oxford FAJAR, Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru (2010). Siri Pendidikan Guru.

22

Glickman, C .D., Gordon, S. P. & Ross-Gordon, J. M. (2001). Super vision and instructional
leadership(Ed. ke-4). Boston: Allyn and Bacon.
Glickman, C. D. (1981). Developmental supervision: Alternative practices for helping teachers
improve instruction. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum
Development.
Glickman, C. D. (1998). Supervision of instruction: A developmenalt approach. Georgia: Allyn
and Bacon Inc.
Glickman, C. D., Gordon, S. P. and Ross-Gordon, J. (2004). Supervision and instructional
leadership: a developmental approach (6th ed.). Boston: Pearson.
Glickman, C., Gordon, S., And Ross-Gordon, J. (2007). Supervision and instructional
leadership:A development approach. New York: Pearson.
Hart, G. (1982). The process of clinical supervision. Baltimore: University Park Press.
Hussein Mahmood. (2008). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, & Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Penilaian
latihan mengajar dalam program pendidikan guru di Malaysia. Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, Universiti Sains Malaysia: Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru
(JPPG) Malaysia.
Sergiovanni, T. J. & Starratt, R. J. (1993). Supervision a redifinition fifth edition. New York:
Mcgraw Hill, Inc.
Sergiovanni, T.J. (1977). Handbook for effective departmen leadership: Concepts and practices
in todays scondary school. Boston, MA: Allyn & Bacon.

5.0 Lampiran

23

Anda mungkin juga menyukai