Anda di halaman 1dari 4

KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH

LORONG TUN FATIMAH, KAMPUNG DURIAN DAUN


DALAM,

75400 MELAKA

KERTAS CADANGAN PROJEK

PERTANDINGAN SWAFOTO

PERINGKAT KOLEJ TAHUN 2023

ANJURAN:

ST. JOHN AMBULANS

KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH, MELAKA


1.0 Pengenalan
Bersempena dengan bulan kebangsaan ini, St. John Ambulans Kolej Tingkatan Enam Tun
Fatimah bercadang untuk mengadakan pertandingan swafoto untuk menguji bakat seni foto
dan kreativiti pelajar terhadap gambar yang ditangkap. Pertandingan swafoto ini sedikit
sebanyak dapat memberi faedah untuk diri sendiri sebagai seorang ’Malaysian’ kerana boleh
menguatkan lagi perasaan cinta akan negara sempena perayaan ini.

2.0 Matlamat
Matlamat aktiviti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat fotografi dalam kalangan para
pelajar Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah dan membawa bakat mereka ke tahap yang lebih
baik. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menghasilkan idea dan kreativiti mengikut
bakat yang sedia ada dalam diri pelajar.

3.0 Objektif
Projek ini mempunyai objektif seperti berikut:
3.1 Memupuk sikap kerjasama, toleransi dan tolong menolong dalam kalangan pelajar bagi
menjayakan aktiviti-aktiviti yg dirancang
3.2 Mewujudkan persekitaran kolej supaya dalam suasana ceria sepanjang bulan kebangsaan
3.3 Mengembangkan bakat dan menanamkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar
3.4 Meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam swafoto
3.5 Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara

4.0 Tempoh Pertandingan


4.1 Tempoh Pertandingan: 20 Ogos 2023 hingga 6 September 2023

5.0 Peserta/ Kumpulan sasaran


Terbuka kepada semua pelajar Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah
6.0 Kewangan
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan
PERKARA KUANTIT JUMLAH(RM) SUMBER
I KEWANGAN
Pertandingan Swafoto (Berkumpulan)
Hadiah berupa kupon koperasi:
Pertama
Kedua 2×50 200 Kokurikulum tambahan
Ketiga
2×30
2×20

7.0 Jawatankuasa
Pengerusi : Khoo Hong Nian Dashawn (B24-SSP)
Naib pengurusi : Hau Min Hui (B24-PK1)
Setiausaha : Aneesah Raihana Binti Azrulazam (B24-EK2)
Naib setiausaha : Zaty Nur Badtrisya Binti Bakhtiar (B24-BM1)
Bendahari : Lim Jing Xin (B24-EK1)
Naib bendahari : Nur Syuhada Izrena Binti Mohd Syawal (B24-BM1)
AJK :1) Maria Ding Li Na (B24-PK1)
:2) Muhammad Yusri Bin Kalil (B24-KMK)
:3) Koh Shu Pei (B24-EK1)
8.0 Penutup
Diharapkan projek yang dirancang ini akan dapat mencapai objektif yang disasarkan serta
dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan semua warga kolej dan seterusnya
melahirkan generasi muda yang berkeyakinan diri dengan gambar mereka yang hebat.
Disediakan oleh,

___________________
(ANEESAH RAIHANA BINTI AZRULAZAM)
SETIAUSAHA
PROJEK PERTANDINGAN SWAFOTO

Disemak oleh,

____________________
(YEE MEI HAR)
GURU PENASIHAT
ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH MELAKA

Disahkan oleh,

__________________________________
(ARAVINA ASLA BIN YAACOB)
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH MELAKA

Anda mungkin juga menyukai