Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN 2020

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan Peringkat sekolah d bertujuan memberi peluang kepada murid-
murid tahun 4, 5 dan 6 untuk mengembangkan potensi dan mencungkil bakat dan meningkatkan keyakinan mereka
dikhalayak ramai. Ia juga dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam diri murid..

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan kecintaan MURID terhadap negara melalui pembacaan sajak yangtelah dipilih. Justeru matlamat
pendeklamasian sajak ini dilihat mampu menjadi pemangkin dalam menyemarakan rasa cinta murid terhadap
Negara.

3.0 OBJEKTIF

a. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah


supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
b. Mencungkil bakat murid dalam mendeklamasikan sajak.
c. Memberi peluang dan pendedahan kepada murid menunjukkan bakat dalam bidang
pengucapan.
d. Membina ktrampilan diri dan memupuk semangat daya saing.

4.0 SASARAN

Semua murid tahun 4, 5 dan 6

5.0 CADANGAN TARIKH PERLAKSANAAN

Tarikh : 27 Ogos 2020

6.0 ANJURAN

Panitia Sejarah dengan Kerjasama Unit Kurikulum.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI BIL ANGGARAN SEUNIT JUMLAH

1. Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 2 :


Merdeka Johan : RM15 x 3 = RM45 RM90
( Tahun ,4,5,&6) Naib Johan : RM10 x 3 = RM30
Ketiga : RM 5 x 3 = RM15

Jumlah keseluruhan RM90


1
10.0 SUMBER KEWANGAN
 Peruntukan panitia

11.0 PENUTUP
Diharap dengan deklamasi sjak ini dapat memberi pendedahan kepada semua murid tentang
sejarah Malaysia, sekaligus menanam sikap cintakan tanah air. Kerjasama daripada semua
sangat diharapkan dalam menjayakan program ini.

Anda mungkin juga menyukai