Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM -11

Nama Pelajar : AISSWARYA A/P SIVA SUBRAMANIAM

Kursus & Ambilan : PISMP AMBILAN JUN 2015

Tempoh Praktikum : 03 JULAI 2017- 29 SEPTEMBER 2017

Pengkhususan : BIMBINGAN & KAUNSELING

Nama Guru Pembimbing : PN SRIDEVI A/P APPARAO

Nama Pensyarah Major : EN KAMIL NASURUDDIN BIN DARUS

Tarikh : 18 SEPTEMBER 2017

Bilangan Jurnal : 11

Sekolah : KEBANGSAAN SERI INDAH

Isu Yang Difokuskan :

Pada 18 September 2017, masalah yang telah saya hadapi ialah masalah murid pasif bagi kelas 4
Bestari. Kali ini saya ingin mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas.
Masalah yang sangat ketara kerana hanya terdapat pada seorang murid lelaki yang akan cuba
mengelakkan diri daripada membuat aktiviti.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding
dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca
masalah ini. Ini juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang
mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka
menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut guru mata pelajaran yang lain dalam kelas mereka juga murid lelaki tersebut akan bersikap
pasif di dalam kelas mereka juga.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Saya sebagai guru perlu sentiasa memberi sokongan dan motivasikan murid agar dapat menanam
keyakinan dalam diri mereka dan berani untuk melakukan aktiviti dalam kelas. Saya juga harus
memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan. Ini akan memberi semangat
kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas.
Tempoh Masa Penyelesaian :

1 MINGGU

Tindakan Susulan :

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan segala
masalah seperti sikap pasif yang timbul dalam diri murid semasa sesi p & p berlangsung akan dapat
saya atasi dengan sepenuhnya.

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Keberkesanan langkah yang dicadangkan dapat membantu saya sebagai seorang guru mata
pelajaran dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang baik, efektif dan sistematik. Selain
itu, melalui pengurusan bilik darjah yang sesuai ini juga saya sebagai seorang guru pdp dapat
mencapai objektif yang ingin dicapai

Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara kesimpulannya, sikap pasif perlu dielakkan daripada murid-murid supaya ciri kerjasama
dapat diwujudkan dalam diri murid-murid. Sekiranya pelajar dapat mengelakkan sikap pasif dan hal
ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar.

Rujukan :
Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman. (2009). Mengurus Tingkah Laku Murid. Terbitan oleh PTS
Publications Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai