Anda di halaman 1dari 1

AISSWARYA SIVA SUBRMANIAM

TAHUN 3 SEMESTER 2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Dari segi bidang akademik, masalah yang dihadapi oleh murid saya ialah disleksia. Kesan
daripada masalah disleksia ialah klien tidak mengawal emosi dan mudah mendapat stres
akibat daripada masalah disleksia. Justeru itu, saya telah menyediakan bahan bantu
mengajar yang menjadi medium dan dapat mengurangkan stres murid saya daripada masalah
disleksia dan secara tidak langsung dapat memperkukuhkan serta penguasaan terhadap
Bahasa Inggeris.

Bahan bantu mengajar saya dikenali sebagai Stress Board Games. Tujuan saya
memperkenalkan konsep permainan berpapan dalam menangani stres ini adalah kerana
murid-murid lebih suka dan biasa dengan permainan berpapan. Oleh itu dengan penggunaan
permainan berpapan untuk mengatasi masalah stres mampu mewujudkan perasaan seronok
dalam diri murid serta murid tidak mudah akan rasa bosan.

Selain itu, permainan berpapan ini mudah dihasilkan, dibentuk dan mudah dibawa. Oleh itu,
dalam proses menghasilkan bahan bantu mengajar ini tidak mengambil masa yang lama.
Soalan-soalan yang digunakan dalam permainan berpapan ini adalah dalam bentuk Bahasa
Inggeris yang mudah difahami oleh murid. Tujuan penggunaan Bahasa Inggeris dalam
permainan ini adalah untuk mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Dalam permainan berpapan ini, terdapat 16 soalan keseluruhannya. 16 soalan-soalan ini


yang membincangkan tentang perkara-perkara peribadi yang boleh dikongsikan oleh murid,
soalan-soalan Bahasa Inggeris yang mudah serta langkah-langkah mengatasi stres apabila
menghadapi tekanan akibat daripada isu disleksia. Tujuan soalan-soalan peribadi dan soalan-
soalan Bahasa Inggeris untuk menarik minat murid dan juga murid tidak mudah menjadi
bosan.

Cara penggunaan stress board game ini adalah dengan murid akan diminta untuk memilih
mana-mana nombor dari 1 hingga ke 16 secara rawak. Selepas satu nombor dipilih, soalan
akan dikemukakan kepada murid yang terdapat dalam nombor yang dipiilih tersebut. Salah
satu soalan yang terdapat dalam permainan dan juga berkaitan dengan langkah mengatasi
stres ialah what are the best ways to handle stress. Jika soalan tersebut tidak dapat dijawab
oleh murid, saya akan membantunya untuk memahami dan cuba menolongnya untuk
menjawab soalan tersebut. Murid tersebut sentiasa akan diberi bimbingan semasa menjawab
setiap soalan yang dikemukakan.

Anda mungkin juga menyukai