Anda di halaman 1dari 4

Penulisan Akademik

Menurut kamus Advanced Learners English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan


emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih, gembira, benci, takut,
gembira dan sebagainya. Kanak-kanak prasekolah walaupun dilihat sentiasa aktif tetapi
sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah sosioemosi. Masalah emosi ini dapat kita lihat
melalui tingkah laku sama ada tingkah laku positif ataupun negatif.
Dalam pertandingan bercerita yang kami jalankan untuk tugasan projek, kami telah
memilih Muhammad Izzat Hamsyari bin Abd Halim sebagai kanak-kanak yang kami jalankan
permerhatian bagi sosioemosi. Kanak-kanak ini tidak mempunyai masalah sosioemosi yang
kritikal sepanjang bersama dengan kami. Hal ini kerana semasa kami melatih Amsyar
mempunyai keyakinan yang tinggi. Walaubagaimanapun, pada awal latihan kanak-kanak ini
masih kekok bersama dengan kami.oleh itu kami hanya melatihnya membaca skrip ceritanya.
Selain itu, kanak-kanak juga masih tidak boleh meluahkan idea dan perasaanya mereka
ketika bersama dengan seseorang yang mereka tidak percayai. Hal ini demikian kerana
perasaan ragu timbul dan kanak-kanak tidak akan selesa dengan seseorang yang baru
ditemuinya terutama apabila orang yang ditemuinya menunjukkan sikap yang tidak disukainya.
Contohnya, jika murid sakit, mereka akan lebih selesa meluahkannya dengan guru ataupun
pembantu prasekolah berbanding dengan orang yang berada dengannya pada masa itu. Oleh
itu, untuk meraih kepercayaan daripada kanak-kanak, teknik yang digunakan untuk menarik
perhatiannya haruslah sesuai agar sosioemosi kanak-kanak tidak terganggu. Kesannya, kanak-
kanak boleh mempercayai kita dan berasa selamat ketika bersama dengan kita.
Di samping itu juga, kanak- kanak yang sentiasa aktif juga salah satu tingkah laku
negatif masalah sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak
yang terlalu aktif ini mungkin kurang mendapat perhatian ketika di rumah mahupun di sekolah.
Sebagai contoh, kanak-kanak ini akan sentiasa bergerak ataupun menganggu rakannya yang
lain ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mengakibatkan kanak-kanak lain turut
terganggu dan tidak selesa untuk mengikuti pembelajaran. Kesannya, pembelajaran yang
dijalankan pada hari itu tidak akan sampai kepada murid kerana gangguan rakannya. Justeru
itu, guru haruslah memberi perhatian terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah
sosioemosi seperti ini dan mengenalpasti punca kanak-kanak tersebut berbuat demikian
sebelum mengenakan sebarang tindakan. Contohnya, berkomunikasi dengan kanak-kanak
tersebut secara sendirian ataupun menggunakan permainan atau lukisan. Maka, melalui aktiviti
itu, guru boleh menggunakannya sebagai cara untuk mengetahui punca masalah sosioemosi
kanak-kanak tersebut.
Selain itu, kanak-kanak yang sering mendiamkan diri, sering bersendirian dan bermain
seorang serta tidak bergaul dengan rakan sekelas juga merupakan salah satu masalah
sosioemosi yang sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Sebarang perkara yang mereka
alami semasa kanak-kanak akan memberikan dampak apabila mereka dewasa ( Lewis dan
Brooks-Gunn, 1979). Hal ini tercetus apabila kanak-kanak terbawa-bawa sikapnya ketika
berada di rumah dan juga layanan ibu bapa terhadap kanak-kanak yang menyebabkan konsep
kendiri mereka menurun apabila berada di khalayak ramai. Sebagai contoh, kadangkala
seorang kanak-kanak mempunyai konsep kendiri yang lemah jika ibu bapanya tidak memberi
galakan yang sewajarnya kepada mereka ataupun keterlaluan memekik kepada kanak-kanak
tersebut apabila mereka melakukan kesalahan. Hal ini mengakibatkan emosi kanak-kanak
tersebut terganggu dan tidak berkeyakinan menyebabkannya lebih selesa berdiam diri dan
menjalankan aktiviti pembelajaran dan tidak bersosial dengan rakan sekelasnya yang lain selain
trauma apabila guru menggunakan suara yang tinggi ketika proses pengajaran di kelas.
Natijahnya, jika terdapat kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti ini ketika di kelas, guru
haruslah menggunakan bahasa lembut serta tidak menimbulkan kekerasan di dalam perkataan.
Adakan satu sesi dengan kanak-kanak tersebut dan tanyakan masalahnya berkeadaan seperti
itu dengan lembut. Dengan berbuat demikian, sedikit sebanyak punca masalah sosioemosi
yang dihadapinya boleh diketahui oleh guru dan mengatasi masalah tersebut dengan cara yang
sesuai.
Menurut Mirowsky dan Ross (1995), depressi, kebimbangan dan marah merupakan
antara tekanan emosi. Depressi boleh dijelaskan sebagai perasaan sedih, rasa tidak dihargai,
kesunyian dan rasa terabai. Kebimbangan pula dikenalpasti sebgai perasaan tegang, tidak
tenang, bimbang, tidak selesa dan perasaan terganggu manakala kemarahan pula merupakan
kesan terhadap sesuatu masalah serta hubungan yang signifikan dengan depressi dan
kebimbangan. Melalui pertandingan bercerita yang telah kami jalankan, sebelum pertandingan
tersebut pemerhatian yang telah kami jalankan terhadap kanak-kanak ini, keadaannya sungguh
meyakinkan kerana setiap patah skrip, gaya dan lenggok bahasa telah dihafalnya. Namun
semasa pertandingan, kanak-kanak ini menghadapi masalah emosi kebimbangan. Puncanya
antara tidak selesa dengan pemakaiannya ataupun tidak tenang kerana pertandingan itu telah
bermula dan kerana pertandingan itu dijalankan di hadapan guru dan rakan sekelasnya. Hal ini
wujud akibat daripada melihat rakan-rakannya yang lain berpakaian cantik untuk pertandingan
bercerita. Oleh kerana kami terpaksa mengikut watak toyol di dalam cerita yang akan
dipersembahkannya, pemakaiannya kurang menarik menyebabkannya berasa rendah diri
dengan rakannya.
Pada waktu yang sama, dalam Teori Kecerdasan Emosional emosi merujuk kepada
sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologi dan biologikal serta
kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak (Daniel Goleman,1995). Kanak-kanak yang
berada di bawah bimbingan kami lebih memilih untuk menyembunyikan perasaannya.
Walaupun kami bertanya pelbagai soalan, soalan itu hanya dijawabnya dengan anggukan dan
gelengan. Contohnya, apabila kami bertanya apa yang menyebabkan dia berdiam diri, dia tidak
menjawab dan hanya mengelengkan kepalanya. Hal ini mengakibatkan kami tidak tahu punca
sebenar kanak-kanak ini hanya berdiam diri dan kurang berkomunikasi dengan kami.
Walaubagaimanapun, pada akhir-akhir sesi latihan, Amsyar boleh berkomunikasi dengan kami
walaupun hanya sepatah dua perkataan. Bagaimanapun, semasa pertandingan tersebut
Amsyar kelihatan tidak gembira. Pelbagai soalan kami utarakan, dia hanya berdiam diri.
Kesannya, kami menawarkan hadiah serta memujuknya untuk meneruskan pertandingan
tersebut. Selepas pertandingan, Amsyar telah mendapat tempat kedua dan dia sangat gembira
dengan hadiah yang dimenanginya berbeza dengan emosinya sebelum pertandingan tersebut.
Jelaslah bahawa kanak-kanak ini sebenarnya cenderung untuk melakukan caranya sendiri dan
sebelum pertandingan itu, dia gementar untuk pertandingan serta perasaan gementar tersebut
bertambah apabila guru membandingkannya dengan kanak-kanak lain yang bertanding.
Menurut Erik Erikson (1902-1994) dalam Teori Perkembangan Sosioemosi, pada
peringkat tahap 3 kanak-kanak akan berasa malu apabila diketawakan dan galakan akan
menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri mereka. Dalam pada itu, kanak-kanak yang
berada di bawah bimbingan kumpulan saya boleh saya katakan seorang yang pemalu apabila
berada di depan khalayak ramai mahupun ketika bersama-sama dengan kami untuk latihan.
Sebagi contoh, Amsyar kurang berkomunikasi dengan kami dan ketika pertandingan sebelum
gilirannya, dia menangis. Hal ini disebabkan kawan-kawannya mentertawakan penampilannya
pada ketika itu. Akibatnya, Amsyar berasa rendah diri dan malu dan semasa pertandingan dia
hanya menundukkan kepalanya semasa bercerita. Perasaan kurang yakin juga
menyebabkannya lupa skrip cerita yang sekian lamanya telah dihafal olehnya serta beberapa
gaya. Oleh itu, sebagai pembimbingnya dalam bercerita, sebelum pertandingan tersebut saya
dan ahli kumpulan cuba untuk menyakinkannya bahawa dia boleh memenangi pertandingan
tersebut sekiranya dia berani tampil kehadapan dan bercerita.
Konklusinya, masalah kanak-kanak dalam emosi mereka bergantung kepada
persekitarannya sama ada unsur tersebut daripada rakan-rakan, ibu bapa ataupun guru
mereka. Emosi mereka akan terganggu apabila setiap perbuatan atau aktiviti atau bakat tidak
dihargai oleh ibu bapa atau guru. Ejekan atau kritikan juga membolehkan kanak-kanak berasa
rendah diri dan menyebabkannya hilang keyakinan untuk melakukan sesuatu kecuali guru atau
ibu bapa memberi galakkan dan sokongan padu dalam apa jua yang mereka lakukan. Selain
itu, pembimbing yang membimbing juga harus peka dengan keadaan kanak-kanak tersebut
agar tidak terlalu memaksa dab bertindak untuk menbanding-bandingkannya dengan rakan-
rakan lainnya yang bertanding.

Anda mungkin juga menyukai