Anda di halaman 1dari 11

Permainan Sukaneka:

Acara Kanak-kanak (1)

Disediakan oleh;
Jamilah Rajli; SK.Kampung Senau, Oya Dalat (PPG PJ Ambilan Jun 2011)

LARI DALAM GUNI


Kategori permainan: -individu Syarat & Peraturan: Semua peserta berada di garisan permulaan. Apabila wisel ditiup,mereka dikehendaki berlari ke arah guni kosong yang terletak 2 meter dari garisan tersebut. Kemudian, mereka akan masuk ke dalam guni dan berlari sehingga ke garisan penamat.Peserta yang sampai dahulu di garisan penamat dikira sebagai pemenang. Cara Pengadilan: Hakim digarisan permulaan dan di kawasan tengah,serta 3 orang hakim digarisan penamat bagi menentukan pemenang.

Aspek Keselamatan: Pastikan bahawa padang permainan dan semua guni diperiksa bagi mengesan benda tajam untuk menggelakkan kecederaan apabila terjatuh. Peralatan: Guni beras Kos Penyediaan: Tiada- pengelola menggunakan guni beras terpakai.

GOLEK RIM BASIKAL


Kategori permainan: Individu Syarat dan peraturan; Semua peserta akan berada digarisan permulaan bersama dengan kayu dan rim basikal.Apabila wisel ditiup ,mereka dikehendaki berlari sambil menggolekkan rim basikal menggunakan kayu.mereka mesti memastikan bahawa rim tersebut berada dilorong masing-masing dan sekiranya rim terjatuh atau terkeluar landasan,mereka hendaklah berpatah balik ke tempat rim tersebut terkeluar. Bagi kawasan yang tidak mempunyai lorong, hakim perlu memastikan bahawa peserta tidak mengganggu peserta lain.peserta yang sampai dahulu di garisan penamat dikira sebagai pemenang.

Cara pengadilan; Hakim digarisan permulaan dan dikawasan tengah,serta 3 orang hakim digarisan penamat bg menentukan pemenang 1 hingga 3. Aspek Keselamatan: Pastikan kayu yang digunakan untuk golek rim tidak terlalu tajam kerana ia boleh mencederakan peserta sekiranya terjatuh. Peralatan: Kayu panjang atau ranting pokok dan rim basikal. Kos Penyediaan: Kayu dianggarkan RM5.00 sebatang,manakala rim basikal adalah daripada rim terbuang.

TIUP TEPUNG DIDALAM PINGGAN


Kategori Permainan: Individu Syarat & Peraturan: Semua peserta akan berada digarisan permulaan,apabila wisel ditiup,individu dikehendaki berlari dengan pantas ke pinggan yang berisi tepung yang terletak 5m dari garisan permulaan. Mereka dikehendaki meniup tepung tersebut dan mengambil getah gelang yang berada didalam pinggan tersebut dengan mulut. Setelah getah gelang dapat diambil dengan mulut, mereka perlu memestikan getah tersebut tidak terjatuh dan terus berlari ke garisan penamat. Peserta yang menggunakan tangan akan dibatalkan penyertaan mereka. Sekiranya terjatuh ke tanah,penyertaan peserta juga akan dibatalkan. Peserta yang sampai dahulu digarisan penamat dengan membawa gelang getah tadi dimulutnya mereka dikira sebagai pemenang.

Cara Pengadilan: Hakim digarisan permulaan dan dikawasan tengah serta 3 orang hakim di garisan penamat bagi menentukan pemenang. Aspek Keselamatan: Disyorkan supaya pengelola menggunakan pinggan plastik bagi menggelakkan terjatuh dan pecah. Peralatan: Pinggan plastik,tepung gandum, gelang getah (gula-gula,duit syiling dll)

MENGEPIT BOLA PINGPONG DIDAHI


Kategori permainan: Berkumpulan Syarat & peraturan: Semua peserta berpasangan akan berada digarisan permulaan.apabila wisel ditiup,peserta dikehendaki meletakkan bola ping pong kedahi mereka dan mengawalnya supaya tidak jatuh.sekiranya terjatuh,mereka hendaklah berpatah balik ke tempat dimana bola pingpong tersebut terjatuh dan memulakan kembali larian. Setiap pasangan akan berlari atau berjalan ke garisan penamat sejauh 5 meter. Pasangan yang sampai dahulu di garisan penamat dikira sebagai pemenang.

Cara pengadilan: Hakim digarisan permulaan dan dikawasan tengah,serta 3 orang hakim digarisan penamat bagi menentukan pemenang. Aspek Keselamatan: Hakim perlu memastikan bahawa tidak terlalu ramai pasangan peserta yg mengambil bahagian dan bilangannya sesuai dengan keluasan padang permainan yang digunakan.Dengan cara ini hakim boleh menjarakkan kedudukan pasangan peserta bagi menggelakkan mereka terlanggar antara satu sama lain. Peralatan: Bola pingpong/belon berisi air,buah epal/bola tenis/bola lisut

BERLARI MEMBAWA PING PONG DENGAN SUDU


Kategori permainan: Individu Syarat & Peraturan: Semua peserta akan berada di garisan permulaan dengan menggigit sudu yang berisi bola ping pong. Apabila wisel ditiup,peserta dikehendaki berlari sepantas mungkin ke garisan penamat sambil membawa bola ping pong agar tidak jatuh. Sekiranya bola ping pong terjatuh,peserta hendaklah berpatah balik ke tempat bola ping pong terjatuh tersebut. Peserta yang sampai dahulu di garisan penamat dengan berjaya mengawal bola ping pong di sudu dikira sebagai pemenang.

Cara Pengadilan: Hakim digarisan permulaan dan di kawasan tengah,serta 3 orang hakim digarisan penamat bagi menentukan pemenang. Aspek Keselamatan: Penggunaan sudu plastik disyorkan berbanding sudu besi bagi menggelakkan kanak-kanak tercucuk jika terjatuh. Peralatan: Sudu plastik dan bola ping pong. Boleh dilaku secara berganti-ganti Boleh ganti telur mentah

MENIUP BELON SEHINGGA PECAH


Kategori Permainan: Individu Syarat & Peraturan: Semua peserta akan berada digarisan permulaan. Apabila wisel dibunyikan, mereka akan berlari ke arah belon yang belum ditiup yang terletak 2 meter dari garisan permulaan. Apabila sampai ditempat belon.Peserta akan mengambil belon dan meniupnya sehingga pecah.Hanya peserta yang berjaya meniup belon sehingga pecah sahaja dibenarkan berlari ke garisan penamat. Peserta yang berjaya sampai dahulu digarisan penamat dikira pemenang.

Cara Pengadilan: Seorang hakim pelepas, 3 orang hakim di kawasan tengah (tempat belon) dan tiga hakim digarisan penamat untuk menentukan pemenang pertama hingga ketiga Aspek Keselamatan: Pastikan bahawa kanak-kanak yang sihat tubuh badan sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian dan mereka yang menghidap penyakit asma(lelah) tidak dibenarkan mengambil bahagian bahagian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Peralatan: belon

MENANGKAP BOLA PINGPONG BERPASANGAN


Kategori Permainan: Berkumpulan Syarat & Peraturan: Peserta akan bertanding secara berpasangan (A & B). Peserta A bakuakan berada digarisan permulaan dengan sebakul bola pingpong, manakala peserta B akan memegang bakul kosong pada jarak kira-kira 4 meter dari peserta A. Apabila wisel dibunyikan, peserta A akan melambung bola ping pong tersebut kepada peserta bB dan peserta B akan menyambutnya dengan bakul yang dipegang tadi. Masa yang diberikan ialah 5 minit. Pasangan yang paling banyak berjaya memasukkan bola pingpong ke dalam bakul dalam tempoh masa tersebut dikira sebagai pemenang.

Cara Pengadilan: Hakim akan mengenal pasti para peserta yang melanggar peraturan seperti keluar dari garisan. Hakim juga akan mengira bola yang berjaya dimasukkan ke dalam bakul untuk menentukan pemenang. Aspek Keselamatan: Pastikan jarak antara para peserta sesuai bagi mengelakkan mereka terlanggar dan cedera. Peralatan: Bola pingpong dan bakul.. Boleh diubah bola tenis.

MENGISI AIR KE DALAM BOTOL


Kategori Permainan: Berkumpulan Syarat & Peraturan: Satu kumpulan terdiri daripada 3 org.Semua peserta akan berdiri dibelakang garisan permulaan.apabila wisel dibunyikan,salah seorang peserta akan berlari ke kawasan baldi air dan mengambil air menggunakan span dan berlari ke arah botol sambil mengawal air tersebut daripada menitis.apabila sampai ditempat botol kosong, mereka dikehendaki mengisikan botol kosong tersebut dengan air yang dibawa dengan span.Kemudian mereka akan berlari balik ke garisan permulaan dan menyentuh rakan mereka untuk menggantikannya. Setelah 4 minit, wisel akan dibunyikan dan permainan akan diberhentikan.

Cara Pengadilan: Hakim pelepas, hakim masa, dan hakim untuk menyukat air. Pemenang akan ditentukan dengan jumlah liter air terbanyak yang berjaya dikumpul oleh setiap kumpulan (diukur berdasarkan tinggi air didalam botol yang sama saiz dan jenisnya) Aspek Keselamatan: Pastikan jarak antara seorang peserta dengan seorang yang lain adalah sesuai supaya tidak berlaku pelanggaran. Peralatan: Baldi, botol kosong dan bekas penyukat air atau pembaris.

MEMINDAHKAN AIR MENGGUNAKAN SUDU


Kategori Permainan: Individu dan berkumpulan Syarat & Peraturan: Peserta akan berdiri dibelakang garisan permulaan. Apabila wisel dibunyikan,peserta dikehendaki memindahkan air dari baldi ke dalam balang penyukat air dengan menggunakan sudu. Setelah 3 minit, wisel akan dibunyikan dan permainan ditamatkan.Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah liter air yang berjaya dikumpul oleh setiap peserta atau kumpulan. Cara Pengadilan: Seorang hakim pelepas,hakim penjaga masa dan hakim ditempat menyukat air. Peserta yang berjaya menggumpul air terbanyak di dalam penyukat air dikira sebagai pemenang. Aspek Keselamatan: Pastikan jarak antara seorang peserta dengan seorang peserta lain sesuai bagi menggelakkan berlakunya pelanggaran. Peralatan: Baldi air,sudu plastik dan balang penyukat air.

Anda mungkin juga menyukai