Anda di halaman 1dari 8

Sekolah Kebangsaan Simpang Pelangai,

28740 Bentong, Pahang

Program Motivasi :

PROGRAM MOTIVASI DAN PEMANTAPAN


SAHSIAH

TEMA:

MEMACU KECEMERLANGAN DIRI DAN


MEMBINA MODAL INSAN YANG BERTAQWA

Tarikh : 24 Ogos 2022


Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi - 4.00 petang
Tempat : Dewan Sk Simpang Pelangai

ANJURAN:
KAUNSELING (UNIT BINA INSAN)
DENGAN KERJASAMA
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM ,
PIBG DAN
IN PERSON TRAINING AND CONSULTANCY
2.0 PENGENALAN

Program motivasi dan pemantapan sahsiah yang betemakan memecu kecemerlangan diri dan
membina modal insan yang bertaqwa ini merupakan salah satu program yang telah dirangka
dan dijadikan sebagai program tahunan SK Simpang Pelangai. Program ini dirangka bagi
memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu pengetahuan demi masa hadapan
mereka serta melahirkan murid-murid yang berperibadi dan mempunyai sahsiah yang mulia.
Program ini banyak menyumbang kearah menyuntik semangat belajar para pelajar untuk
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan membentuk jati diri yang tinggi dan membina
modal insan yang bertaqwa. Matlamat sebenar program ini adalah semata-mata untuk
mencetuskan kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab mereka
sebagai pelajar untuk belajar dan bertekad untuk cemerlang di dunia dan di akhirat serta
berperibadi tinggi dan mulia sepertimana tuntutan agama Islam.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi kesedaran kepada murid – murid agar lebih berusaha dalam mencapai keputusan
akademik yang cemerlang.
3.2 Melahirkan murid yang boleh bermuhasabah diri, menyedari pentingnya hidup bersahsiah
dan bertingkahlaku berasaskan agama.
3.3 Membentuk pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi rohani dan intelektual..
3.4 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang tips – tips pengurusan diri, masa dan juga
kemahiran belajar.

4.0 KUMPULAN SASARAN


180 orang (tahap 1&2)
1 ILTIZAM : 18 (L) 16 (P)
2 ILTIZAM : 19 (L) 16 (P)
3 ILTIZAM : 17 (L) 13 (P)
4 ILTIZAM : 12 (L) 11 (P)
5 ILTIZAM : 13 (L) 11 (P)
6 ILTIZAM : 18 (L) 16 (P)
5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

MASA PERKARA

7.45 Pagi - Pendaftaran peserta


- Sarapan Pagi

8.00 Pagi - Penerangan secara umum kepada para peserta.


- Bacaan Asmaul Husna
- Bacaan Doa

8.30 Pagi - Ceramah motivasi

- LDK 1

10.25 Pagi - Rehat ( minum pagi )

10.45 Pagi - LDK 2

12.45 Tgh - Makan tengahari


- Solat Zuhur berjemaah

2.00 Ptg -LDK 3

3.30 Ptg -Penutup

4.00 Ptg - Minum Petang


- Bersurai
6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK:

PENGERUSI
EN. ZULBAHRIN BIN SULAIMAN
(Guru Besar Sk Simpang Pelangai)

NAIB PENGERUSI 1
EN. NOR HAZLAN BIN MOHD HARITH
(GPK 1)

NAIB PENGERUSI 11
EN. NIK ANUAR BIN NIK HASSAN
(GPK HEM)

NAIB PENGERUSI 111


EN. NASRUN AIDIL BIN TAJUDDIN
(GPK Kokurikulum)

SETIAUSAHA
PN. KAMARIAH BT MOHD ZAIN

BENDAHARI
PN. MUNIROH BT MOHD SALLEH

JAWATANKUASA PELAKSANA:

JURU ACARA
En. Safwan Bin Abdullah

PEMBACA DOA
Adik Shahrizal Bin Abdullah

PERSIAPAN TEMPAT
En.Mohd Shaleh Bin Brahim
Pn. Siti Azura Bt Abdullah
Semua pekerja Swasta
BUKU PROGRAM
Pn. Huda Adila Bt Che Muhammad

JAMUAN PENCERAMAH
Puan Hajjah Noridah Bt Ahmad
Pn. Salmiah Bt Mohajir

JAMUAN PESERTA
Pn. Roslima Bt Daud
Tengku Norazam Bt Tengku Ahmad
Ahmad Hakim Bin Kastawi

DISIPLIN DAN KAWALAN MURID


Pn. Kamisah Bt Md Sarip
Pn. Nor Farhah @ Jehan Bt Ali

CENDERAHATI (Penceramah dan Fasilitator)


Pn. Muniroh Bt Mohd Salleh
Pn. Huda Adila Bt Che Muhammad
PA SISTEM
En. Amirul Akhbar Bin Amir

BACKDROP
Pn. Janaidah Bt Hassan
Pn. Kamisah Bt Md Sarip
Pn. Nor Farhah @ Jehan Bt Ali
7.0 BELANJAWAN

7.1 SUMBER KEWANGAN:

Peruntukan Sekolah ( Bimbingan Kaunseling) - RM 5200.00

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN:


BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH
PERBELANJAAN
-Rm 1000.00 -RM 1000.00
1. Bayaran Penceramah & Fasilitator
2. Makan minum peserta : -RM 900.00
- Sarapan = 180 X Rm 5.00
Tahap 1&2 (180 orang)
- Sarapan
-Minum Pagi = 180 X
-RM 720.00
( nasi lemak ayam goreng + air milo)
Rm 4.00
- Minum Pagi
( Roti sandwich + kuih karipap+air
-Makan Tengahari = 180 X -RM 1260.00
mineral )
Rm 7.00
- Makan tengahari
( Nasi putih +Ayam kari + Kubis
-Minum Petang = 180 X
-Rm 900.00
Goreng + Air Sirap)
Rm 5.00
- Minum Petang
( Bihun Sup Utara + donut + Air
Mineral )

JUMLAH PERBELANJAAN RM 4720.00


8.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami sekiranya program ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi
impak yang besar dalam kalangan murid – murid dan mencapai objektif dalam usaha melahirkan murid
– murid yang bukan sahaja cemerlang akademik malahan cemerlang daripada aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelektual juga.. Oleh yang demikian, sokongan dan bantuan daripada pihak-pihak lain sama
ada dari segi moral, nasihat, tenaga, kewangan, dan lain-lain amatlah diperlukan. Jutaan terima kasih
kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, samada secara langsung
mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………….......
(KAMARIAH BINTI MOHD ZAIN) ( NIK ANUAR BIN NIK HASSAN )
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Simpang Pelangai SK SIMPANG PELANGAI
KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

MELULUSKAN KERTAS CADANGAN ( Program motivasi dan pemantapan sahsiah)

TIDAK MELULUSKAN KERTAS CADANGAN ( Program motivasi dan pemantapan


sahsiah

Ulasan:
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
..........................................

(EN. ZULBAHRIN BIN SULAIMAN)


GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PELANGAI
Tarikh: 24 OGOS 2022

Anda mungkin juga menyukai