Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

MEWUJUDKAN DAN MENCERIAKAN KELAS PEMULIHAN YANG


KONDUSIF

1. Pendahuluan
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang
menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira ( 3M ). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia
telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas
pendidikan dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M). Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan dalam
kelas. Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga :
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat : Merapatkan Jurang
Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010. Melalui
kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid
menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkasakan Program Pemulihan Khas
dengan menaik taraf kelas Pemulihan Khas dan menyediakan Guru Pemulihan terlatih
yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM). Melalui Transformasi
Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah diperkenalkan pada bulan
Ogos 2009.
Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu
kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan
kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan program LINUS mensasarkan
100% murid tahun 3 GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BPKHAS,
KPM 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013
kecuali murid berkeperluan khas.
Oleh itu bilik pemulihan yang kondusif perlu diwujudkan bertujuan untuk
memastikan guru dan murid dapat melakukan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan dapat melaksanakan pembelajaran abad yang ke 21 supaya murid dapat
menguasai kemahiran atas 3M.
2. Objektif
Cadangan pelaksanaan projek membina dan menceriakan kelas ini adalah penting
berdasarkan pertimbangan berikut
 Keadaan kelas yang sedia ada tidak sesuai dan tidak kondusif. memandangkan ruang
kelas yang sempit dan bilangan murid yang agak ramai.
 Pembelajaran Abad ke 21 sukar untuk dilaksanakan kerana ruang kelas yang sempit
 Perabot yang tidak mencukupi dan tidak sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

3. Rasional & Matlamat

 Memastikan bilik pemulihan sesuai serta kondusif untuk murid-murid menjalani


proses pengajaran dan pembelajaran.
 Memastikan bilik pemulihan berada dalam keadaan yang bersih dan ceria serta
lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran
pemulihan supaya murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan dan dapat menguasai kemahiran 3M dengan baik.

4. Lokasi Sasaran
Dewan ( diambil 2 bay dari dewan untuk dijadikan bilik pemulihan) rujuk lampiran.

5. Bahan-bahan yang diperlukan (Anggaran Perbelanjaan)


Bahan-bahan keperluan untuk mewujudkan bilik pemulihan yang baru dan bahan-bahan
untuk keceriaan kelas pemulihan.

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN CATATAN


HARGA
1. Plywood 5 keping RM 250.00
2. Tikar Getah 2 gulung RM 350.00
3. Cat 10 liter RM 80.00
4. Rak Buku 2X150 buah RM300.00
5. Meja Murid 5 buah RM425.00
6. Kerusi 15 RM150.00
7. Langsir,Rel dan Cangkuk 30 meter RM350.00
8. Grill (pintu/tingkap) RM2000.00
9. Papan Putih (whitebord) 1 RM300.00
10 Papan Kenyataan 2 RM200.00
Jumlah RM 4,405

6. Sumber Kewangan
PIBG–Rm500
Kekurangan RM 3905.00

7. Jawatankuasa Pemulihan Khas

Pengerusi : En
Timbalan Pengerusi : En.:
Naib Pengerusi 1 : Pn.
Naib Timbalan 2 : En.
Setiausaha : Pn.
AJK : Semua guru BM & Mate

8. Penutup
Pihak sekolah berharap agar permohonan menaiktaraf kelas pemulihan dapat
dipertimbangkan dan mendapat tindakan yang sepatutnya. Hal ini kerana keadaan kelas yang
tidak kondusif memberi impak yang sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................... ……………................................
() (EN.)
Guru Pemulihan SK

Anda mungkin juga menyukai