Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PERMOHONAN BAIK PULIH PINTU

KELAS PEMULIHAN KHAS


OLEH GURU PEMULIHAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN KAYU ARA,REMBAU

1.0 NAMA PROGRAM

KERTAS KERJA PERMOHONAN BAIK PULIH PINTU


KELAS PEMULIHAN KHAS

2.0 PENGELOLA PROGRAM

Puan Latifah Bt Ibrahim, Guru Pemulihan Khas SK KAYU ARA

3.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk pertimbangan pihak penaja bagi meluluskan kewangan
BAIK PULIH PINTU DAN TINGKAP YANG ROSAK di Bilik Pemulihan SK Kayu Ara,
Rembau.

4.0 LATAR BELAKANG

Bilik Pemulihan SK Kayu Ara ini merupakan surau dari bangunan lama di ubah suai
menjadi bilik pemulihan. Bilik ini merupakan tempat untuk menjalankan aktiviti PdPc serta
kelas bimbingan murid yang sederhana dan lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M
(membaca,menulis dan mengira) sepanjang tahun. Memandangkan bilik pemulihan ini
terletak dalam bangunan asal ,maka pintu dan tingkap dibilik ini juga mengalami pereputan
dan perlu ditukar baharu selain itu untuk mengelakkan haiwan seperti kucing yang masuk
melalui tingkap yang berlubang dan membuang najis didalam kelas pemulihan.

5.0 RASIONAL
Permohonan ini dibuat bertujuan memberikan keselesaan kepada guru dan murid- murid
pemulihan menjalani PdPc dikelas selain menarik minat murid untuk hadir ke kelas
pemulihan.

6.0 MATLAMAT
Menyediakan infrastruktur yang selesa di kelas pemulihan yang lebih kondusif dan sesuai
kepada guru dan murid untuk dengan lebih komited dalam pembelajaran serta melahirkan
murid yang cemerlang dalam kalangan murid pemulihan.

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS 1


7.0 OBJEKTIF PROGRAM

7.1 Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif untuk melaksanakan aktiviti PdPc.

7.2 Memberikan motivasi dan menyuntik semangat kepada murid untuk hadir ke kelas
pemulihan khas seterusnya sebagai motivasi kepada mereka untuk belajar dengan
lebih baik.

7.3 Memastikan semua ruang dapat digunakan sepenuhnya terutamanya ruang bacaan
dan kinestatik dapat dijalankan dengan baik dan jayanya.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat I : Guru Besar


Puan Zainun@Norainun Bt Lain

Penyelaras
Program : Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Hajah Norsiah Bt Abd Majid

Setiausaha : Guru Program Pendidikan Pemulihan Khas


Puan Latifah Bt Ibrahim

Bendahari : Guru Matematik Tahun 2


Puan Hazlina Bt Mohamat

AJK : Guru Bahasa Melayu Tahun 1 & 2


Encik Mohd Hanif Bin Mohd Yassin
Encik Rizuwan B Che Razak

Guru Matematik Tahun 3


Encik Mohd Hanif B Mohd Yassin

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS 2


9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

JENAMA UNIT ANGGARAN HARGA


(RM)
Pintu 500 x 3 UNIT RM 1,500.00
Cermin tingkap casement x 1kaki
jenis sliding
Frame tingkap aluminium
Kunci pintu 150 x 3 RM 450.00
JUMLAH RM 1,950.00
*Harga termasuk pemasangan dan wiring

10.0 SUMBER KEWANGAN

10.1 Sumbangan YB DUN


10.2 Sumbangan NGO
10.3 Lain -lain

11.0 KESIMPULAN

Bagi merealisasikan kelas Pemulihan Khas yang lengkap dari segi infrastruktur dan mesra pelajar
sumbangan pihak luar dan swasta amatlah di alu-alukan. Sumbangan ini diharap menjadi
pemangkin kepada murid pemulihan untuk belajar dengan lebih gigih.Guru pula akan menjadi lebih
aktif dan inovatif untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak bangsa.
Sumbangan ini kelak diharap akan menjadikan kami warga kelas Pemulihan khas lebih ceria,
berdaya saing dan aktif bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga buat pihak yang sudi menyumbangkan wang
ringgit untuk kemudahan kami. Semoga Allah SWT memberkati setiap sumbangan yang
dihulurkan kepada murid- murid pemulihan ini.

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS 3


Disediakan Oleh,

_______________________
( LATIFAH BT IBRAHIM )
Setiausaha kelas Pemulihan Khas,
SK KAYU ARA,REMBAU

Disemak Dan DiSokong Oleh,

________________________________
( PN HJH NORSIAH BT ABDUL MAJID )
Guru Penolong kanan Kurikulum,
SK KAYU ARA,REMBAU

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS 4


LAMPIRAN A
Pelan susun atur Kelas Pemulihan Khas.

SU
Du
T
BA
N c aA

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS 5


LAMPIRAN C
GAMBARAN
KESELURUHAN
KELAS PEMULIHAN

TINGKAP TELAH TELEVISYEN YANG


PECAH TIDAK BERFUNGSI

RUANG PENGURUSAN
DAN RAK FAIL

PINTU YANG KEDUDUKAN


REPUT DAN KIPAS DI TENGAH
TELAH PECAH
Cahaya matahari yang masuk
menjadikan kelas menjadi panas dan KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS
tidak selesa 6
KAYU TINGKAP
TELAH REPUT
PENTAS

Anda mungkin juga menyukai