Anda di halaman 1dari 8

KELAB KEBAJIKAN SUKAN DAN SOSIAL

MAKMAL KESIHATAN AWAM KEBANGSAAN

KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2022
PIALA PENGARAH
MAKMAL KESIHATAN AWAM KEBANGSAAN

TARIKH : -- OKTOBER 2022


MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG SERBAGUNA MKAK
KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PIALA
PENGARAH
MAKMAL KESIHATAN AWAM KEBANGSAAN 2022
________________________________________________________________________________
_
1. PENDAHULUAN

Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Malaysia Kuala Lumpur ( MSSMKL ) pernah menjuarai
MSSM Bola Tampar yang lalu, namun pencapaian ini telah diatasi oleh negeri – negeri lain.
Kegagalan untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang ini adalah disebabkan kekurangan program
pembangunan yang dijalankan bagi meletakkan perkembangan murid di atas landasan yang tepat.
Usaha untuk meneruskan kecemerlangan ini adalah perlu di peringkat yang awal lagi.

Pencapaian pasukan Bola Tampar MSSWP Kuala Lumpur semakin merosot atas beberapa
perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi semua alas an ini perlu diatasi dengan perancangan teliti
dan rapi agar perkara yang sama tidak akan berulang. Penganjuran pertandingan peringkat negeri
lebih awal akan membantu pembentukan pasukan yang lebih mantap bagi menghadapi kejohanan
yang akan datang.

2. MATLAMAT

Kertas konsep ini disediakan sebagai Rancangan Penganjuran Sukan Bola Tampar ke arah
membentuk satu pasukan bola tampar MSSMKL yang mantap dan berpotensi untuk muncul sebagai
pasukan yang mengungguli permainan ini di Kejohanan Bola Tampar MSSM 2014. Semasa
pertandingan ini dilaksanakan, semua atlit yang berpotensi akan dikenalpasti dan disenaraikan
sebagai calon yang akan mewakili pasukan Kuala Lumpur. Selain itu, guru yang terlibat juga akan
didedahkan dengan latihan kepegawaian dan pengadilan selain daripada pendedahan kepada
kemahiran kejurulatihan.
3. OBJEKTIF

3.1 Memilih pemain yang menepati kriteria seorang pemain bola tampar.
3.2 Memastikan setiap pemain menguasai kemahiran asas bola tampar yang maksimum
melalui latih tubi dan drill yang berterusan.
3.3 Membentuk tahap kekuatan mental, fizikal serta kecergasan yang tinggi dikalangan
pemain.
3.4 Melatih pemain kearah semangat berpasukan, komitmen serta semangat juang yang
tinggi melalui sesi latihan dan perlawanan persahabatan yang diadakan.
3.5 Memberi pendedahan kepada guru pengiring berkenaan dengan kepegawaian.

4. VISI
Pasukan Bola Tampar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mencapai kejayaan yang
cemerlang di setiap kejohanan yang dianjurkan di peringkat MSSM dan lebih ramai pemain
berkualiti akan dilahirkan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5. MISI
5.1 Melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi, berdisiplin, berkeyakinan dan
mempunyai daya tahan mental yang tinggi.
5.2 Mempunyai pemain daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain – lain
di Kuala Lumpur.

6. TEMA

KILAUAN EMAS 2014

7. KUMPULAN SASARAN

Murid – murid sekolah rendah ( lelaki dan perempuan ) berumur 12 tahun.


8. TEMPAT PERTANDINGAN
8.1 Gelanggang Terbuka SK Setapak Indah

9. BUTIRAN PERTANDINGAN PERMAINAN SUKAN BOLA TAMPAR

9.1 TARIKH
Lelaki :
Perempuan :
Penutup :

9.2 TEMPAT : Gelanggang Terbuka SK Setapak Indah

9.3 Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang


10. ORGANISASI

Penasihat : EN. ABDULLAH BIN MD YUNUS


PENGARAH PELAJARAN
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pengerusi : EN.NOR AZLAN BIN MOHAMED


KETUA UNIT SUKAN
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pengerusi : PN SITI ’AISHAH BT JABAR


GURU BESAR
SK Setapak Indah

Penyelaras : EN.ROMZI BIN CHE DIN


Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Bola Tampar

Setiausaha : ENCIK FAEZ NAZHAN PHANG ABDULLAH


SK Setapak Indah

PT Zon : CIK SUHANA BT YUSUF ( KERAMAT )


( BANGSAR )
EN. WONG MOON HOOI ( SENTUL )
EN. FAIRUZ ASWAD ( PUDU )
11. BAJET

JENIS PEMBAYARAN KATEGORI


BIL 12 15 18
PERKARA RM BIL/ORANG HARI JUMLAH
L/P L/P L/P
1 IMBUHAN URUSETIA / AJK
1.1 Guru 12 4 3 144 x
1.2 Pelajar 8 8 3 192 x

2 IMBUHAN PELAJAR/TEKNIKAL
2.1 Guru 12 8 3 288 x
2.2 Pelajar 8 12 3 288 x

3 IMBUHAN PENCATAT 3 2 32 192 x

4 IMBUHAN PENGADIL 10 2 48 960 x

5 IMBUHAN PENGERUSI TEKNIK 12 1 3 36 x

6 JAMUAN MESYUARAT 3 30 2 180 x

7 PERSEDIAAN GELANGGANG  25 2 100

 8 KESELAMATAN
 Guru 12  2  3  72  x

Pelajar 8 5 3 192 x

9 KONTINGESI 200

JUMLAH 2844.00 x
12. TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA ( LELAKI )

8.00 PAGI – 12.30 PAGI PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN

12.30 PAGI – 2.00 TGH REHAT

2.00 TGH – 4.00 PTG SAMBUNGAN PERLAWANAN

HARI KEDUA ( PEREMPUAN )

8.00 PAGI – 12.30 PAGI PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN

12.30 PAGI – 2.00 TGH REHAT

2.00 TGH – 4.00 PTG SAMBUNGAN PERLAWANAN

HARI KETIGA ( SEPARUH AKHIR & AKHIR )

8.30 PAGI – 12.30 PAGI PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR

10.00 PAGI – 11.00 PAGI PERTANDINGAN AKHIR PEREMPUAN

11.00 PAGI – 12.00 PAGI PERTANDINGAN AKHIR LELAKI

12.30 PAGI – 2.00 TGH PENYAMPAIAN HADIAH DAN PENUTUP


13. KESIMPULAN

Kertas konsep ini sebagai panduan pelaksanaan program yang telah dirancang. Adalah
menjadi harapan semua pihak agar program seperti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
secara langsung mencapai objektif yang telah dinyatakan. Kejayaan melaksanakan program ini juga
adalah mencerminkan sikap saling bekerjasama antara semua pihak dan oleh yang demikian
diucapkan setinggi – tinggi penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
mahupun secara langsung atau tidak langsung. Semoga program sebergini akan dijadikan satu
agenda berterusan untuk mencapai kecemerlangan dalam pencapaian sukan MSSMKL.

KE ARAH MEMBUDAYAKAN DAN KECEMERLANGAN SUKAN


MAJLIS SUKAN – SUKAN SEKOLAH MALAYSIA KUALA LUMPUR

Disediakan oleh :
FAEZ NAZHAN PHANG ABDULLAH
Setiausaha Kejohanan MSSMKL 2014

Anda mungkin juga menyukai