Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BILAL

BATU PAHAT, JOHOR

KERTAS KERJA

TAJUK : Program “Senyum, Gigiku Sihat”

TARIKH : 27 Mac 2018 dan 28 Mac 2018

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BILAL, BATU PAHAT, JOHOR

PERKARA TANDATANGAN/ULASAN

Disediakan oleh:

ELLSIE VIEANN ALPHONSOS

Pelajar Elektif Pendidikan Kesihatan

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

Disemak oleh :

PUAN MELATI BINTI YAACOB

Pensyarah Elektif Pendidikan Kesihatan

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BATU PAHAT, JOHOR

Kertas Kerja:

PROGRAM “SENYUM, GIGIKU SIHAT”

Dikemukakan Oleh:

ELLSIE VIEANN ALPHONSOS

PELAJAR ELEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


KERTAS KERJA

PROGRAM “SENYUM, GIGIKU SIHAT”

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BILAL

1.1 PENGENALAN

Gigi dan gusi merupakan salah satu aset yang berharga bagi setiap individu. Gigi dan
gusi perlu dikekalkan dalam keadaan yang sempurna sepanjang hayat untuk tujuan
pengunyahan dan pertuturan yang jelas. Hal ini kerana, senyuman yang menawan untuk
meningkatkan keyakinan dan kecantikan paras rupa lahir daripada gigi yang sihat.
Dengan itu, penjagaan kesihatan pergigian perlu diambil perhatian. Sebagai langkah
penjagaan gigi yang asas, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun
2016 elektif Pendidikan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
akan menganjurkan program “Senyum, Gigiku Sihat”.

1.2 RASIONAL

Meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian sepanjang hayat dan


memberi panduan penjagaan kesihatan pergigian yang betul.

1.3 OBJEKTIF

i. Memberi pendedahan tentang kepentingan memiliki gigi yang sihat.


ii. Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan pergigian yang betul.
iii. Memberi bimbingan tentang cara penjagaan gigi yang betul.

1.4 VISI DAN MISI

i. VISI:

Visi Program “Senyum, Gigiku Sihat” ini ialah ke arah peningkatan kualiti
kesihatan pergigian murid-murid melalui program yang berkualiti, adil dan cekap.
ii. MISI:

Untuk melahirkan murid-murid yang mengamalkan amalan penjagaan kesihatan


pergigian yang betul, Program “Senyum, Gigiku Sihat” akan:

 Mengadakan penerangan kesihatan pergigian yang komprehensif dan


berkesan kepada murid-murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan
 Memberikan demostrasi memberus gigi dengan betul kepada murid-murid
Tahun 5 Sekolah Kebangsaan
 Menggalakkan penglibatan murid-murid dalam setiap aktiviti penjagaan
kesihatan pergigian yang dijalankan.

1.5 TEMPOH, TEMPAT DAN TARIKH

i. Tempoh: 2 hari

:Hari 1: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

:Hari 2: 8.00 pagi hingga 9.00 pagi

ii. Tempat : Sekolah Kebangsaan Parit Bilal, Batu Pahat, Johor


iii. Tarikh : 27 Mac 2018 dan 28 Mac 2018

1.6 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Parit Bilal, Batu Pahat, Johor

1.7 KAEDAH PELAKSANAAN

Hari 1
i. Penerangan tentang penjagaan pergigian

 Penerangan dimulakan dengan paparan video akibat daripada penjagaan


gigi yang tidak betul.
 Antara input-input yang diberikan adalah tentang punca-punca kerosakan
gigi, langkah-langkah penjagaan gigi yang betul dan kesan apabila
mengamalkan penjagaan kesihatan pergigian yang betul.
 Selepas penerangan ringkas, guru pelatih dan murid-murid menyanyikan
lagu berkaitan gigi secara beramai-ramai.

ii. Demostrasi memberus gigi dengan betul

 Murid-murid diminta untuk membuat barisan untuk memudahkan


pemantauan oleh guru pelatih.
 Guru pelatih membuat demostrasi memberus gigi dengan betul diikuti oleh
murid-murid dengan iringan muzik yang bersesuaian.
 Murid-murid diminta untuk membawa berus gigi dan ubat gigi sendiri.
(pemberitahuan sehari sebelum hari pelaksanaan)

iii. Aktiviti Gallery Walk kesihatan pergigian

 Murid akan dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.


 Setiap murid dibekalkan dengan empat sticker kecil.
 Guru menyediakan empat stesen. Setiap stesen disediakan dengan
soalan-soalan kesihatan pergigian dan murid-murid diminta untuk
membuat undian jawapan dengan menggunakan sticker yang dibekalkan.

Hari 2

i. Pertandingan Teka Silang Kata

 Setiap murid akan diberikan lembaran kertas pertandingan iaitu teka


silang kata yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan pergigian.
 Murid-murid diminta untuk menyiapkannya dalam masa 30 minit.
 Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan betul yang paling banyak.

ii. Penutupan dan penyampaian hadiah

 Hadiah disampaikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan


1.8 ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Bilal


Pensyarah pembimbing : Puan Melati binti Yaacob
Pengerusi : Ellsie Vieann Alphonsos
Pelaksana : Ellsie Vieann Alphonsos
: Noramira binti Amir

1.9 TENTATIF PROGRAM

Hari/Masa Aktiviti Bahan Catatan

Hari 1 Penerangan LCD


Kesihatan Pergigian Komputer riba
8.00 pagi- 9.00 pagi Gambar berkaitan

9.00 pagi – 9.30 pagi Demostrasi Replika gigi


memberus gigi Berus gigi
Muzik iringan

Aktiviti Gallery Walk Kertas sebak


9.30 pagi – 10.00 pagi kesihatan pergigian Pen berwarna
Sticker

Hari 2 Pertandingan Teka Lembaran


Silang Kata pertandingan
8.00 pagi- 8.30 pagi

8.30 pagi – 9.00 pagi Penutupan dan Hadiah pertandingan


penyampaian hadiah
1.10 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kos/ Unit Jumlah


1. Hadiah pertandingan RM 5 x 3 RM 15
2. Bahan-bahan lain RM 15 RM 15
Jumlah RM 30

1.11 PENUTUP

Diharapkan Program “Senyum, Gigiku Sihat” ini dapat dilaksanakan dan berjalan
dengan lancar beserta komitmen dari semua pihak agar dapat mencapai objektif
program. Pelaksanaan program ini juga diharapkan dapat memberi pengalaman dan
kemahiran yang menarik kepada para peserta yang terlibat ataupun tidak.

Anda mungkin juga menyukai