Anda di halaman 1dari 2

T.O.T.A.P.S merupakan satu kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa.

T = Talk (Bercakap)

Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap?


Tanya mangsa keadaan mangsa. Tujuannya adalah untuk mengetahui serba sedikit latar
belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti:

 Di mana bahagian yg sakit / tempat tercedera?


 Peringkat kesakitan yang dialaminya.
 Bagaimana dengan penglihatan? (kabur atau Jelas)
 Boleh dengar atau tidak.

O = Observe (Melihat Keadaan)

Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di
bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan), perubahan suhu badan
serta pernafasan dan denyutan nadi (normal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan
darjah kecederaan yang dialami oleh mangsa.

T = Touch (Sentuh)

Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang
bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat. Beritahu dulu mangsa
sebelum membuat pemeriksaan atau menyentuh bahagian yang tercedera, hal ini bagi
mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.

A = Active Movement (Pergerakan Aktif)

Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti
tangan, kaki dan kepala. Tujuannya adalah untuk mengesan tahap kecederaan. Mangsa
akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya
mangsa berasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan kadar segera.

P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)

Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya


sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk
menggerakkan anggotanya. Bantu mangsa untuk mengerakkan bahagian yang cedera
secara perlahan-lahan. Tujuannya adalah untuk memeriksa atau menentukan tahap
kecederaan dan kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan mangsa bermain
semula jika pasti kecederaan tidak serius.

S = Skill (Kemahiran)

Arahkan mangsa untuk melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan
melompat sambil melakukan kemahiran permainan yang mudah untuk memastikan
tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik
untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya
kecederaan yang khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai