Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL MURID

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MOHD NOOR BIN MAJID & PUAN NORASIKIN BINTI
ISHAK

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang diraikan

Encik Mohd Noor bin Majid dan

Puan Norasyikin binti Ishak ,

____________________________________________________________________________

Yang berusaha Puan Norzita binti Hj Mohamad Noh, Guru Besar SK Seri Perak,

Encik Wan Ahmad Nazri bin Wan Abdul Manaf, Guru Penolang Kanan
Pentadbiran,

Cik Ratna Wati binti Mohd Nordin, Guru Penolong Kanan HEM,

Puan Siew Mei Sin, Guru Penolong Kanan Kokurikulumguru-guru, AJK PIBG ,
rakan-rakan serta hadirin warga dewan yang dikasihi sekalian.

____________________________________________________________________

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang


Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama
meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Hadirin Warga Dewan yang Dihormati,


Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan

pasti amat menyedihkan. Kami berasa terharu dan sedih kerana kehilangan seorang
Guru Besar yang amat kami sayangi dan kasihi. Pada kami, Encik Mohd Noor bukan
sahaja sebagai seorang Guru Besar tetapi ibarat seorang bapa dalam sebuah

keluarga besar SK Seri Perak.

Hadirin yang Dihormati,

Encik Mohd Noor seorang yang lembut, tenang namun tetap tegas dalam
melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat
digambarkan mengenai beliau. Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas
dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan murid. Beliau juga
seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para
pelajar. Saya sering melihat beliau memantau keadaan pelajar di dalam kelas
terutamanya semasa sesi pembelajaran. Tindakan beliau telah menarik perhatian
saya. Hal ini membuktikan bahawa beliau amat mengutamakan murid-murid SK
Seri Perak supaya sentiasa fokus terhadap pembelajaran di dalam kelas.

Perpisahan kita semua dengan Puan Norasyikin binti Ishak juga tidak kami
lupakan. Pertemuan yang tidak begitu singkat dan tidak begitu lama pastinya
akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini
kami juga berasa sedih kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi
dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru tetapi ibarat ibu kami dalam
sebuah keluarga besar yang sentiasa memimpin kami menjadi insan yang
berguna.
Warga Dewan yang Dikasihi,
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar Sekolah Kebangsaan Seri
Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Encik Mohd Noor bin Majid dan Puan Norasyikin binti Ishak yang tidak pernah
mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu untuk
memberi ilmu demi murid-murid SK Seri Perak.. Kami berdoa semoga Allah SWT
akan melimpahkan rahmat-Nya kepada Encik Mohd Noor bin Majid dan Puan
Norasyikin binti Ishak. Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara kita
dan warga Seri Perak akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang
ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sehingga akhir hayat
kami.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.


Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai