Anda di halaman 1dari 2

KATA ADJEKTIF

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Lampin adik berbau _________ kerana dia telah kencing.


A hapak C kering
B hanyir D haring

2. Kita boleh menaiki kapal terbang untuk ke sesuatu destinasi kerana ia lebih
_________ dan ________.
A baik…lambat C selesa…kuat
B lemah…deras D selesa…cepat

3. Kemarahan jurulatih itu ________ apabila melihat anak buahnya bermain


sambil lewa setelah pihak lawan menjaringkan gol.
A membara C menaik
B reda D membakar

4. Razak terpesona melihat sepasang burung merak yang _______ di Zoo Negara.
A lawa C anggun
B cantik D jelita

5. Kebanyakan penonton berasa ________ kerana perlawanan hoki itu


ditangguhkan akibat hujan sangat ________.
A kecewa…renyai C hampa…hebat
B duka…kuat D kecewa…lebat

6. Darah _______ memancut daripada tubuh Mahsuri selepas ditikam dengan keris
akibat fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
A merah C kuning
B putih D merun

7. Tidak ada orang yang sanggup membunuh kanak-kanak dan wanita seperti askar
Israel kecuali orang yang tidak mempunyai _________ langsung.
A kasih sayang C harga diri
B peri laku D peri kemanusiaan

8. “Buah dokong itu rasanya _________ tetapi pokoknya sangat _________,” kata
Nazrul.
A kelat…rendang C manis...tinggi
B manis...lurus D masam...rimbun

9. Para hadirin ________ kerana murid prasekolah itu ________ bercerita.


A hairan...handal C bangga...layak
B terharu...bijak D kagum...petah

10. Murni berasa ________ untuk berpisah dengan keluarga angkatnya setelah seminggu mengikuti
Program Khidmat Mahasiswa di kampung itu.
I pilu III sedih
II sayu IV kecewa
A I dan III C I, II dan III
B II dan III D I, II dan IV

11. Orang yang________________itu berasa berat hati hendak menderma kepada


anak__________itu.
A bakhir ... istimewa C sedih ... cacat
B pilu ... lembab D dungu ... nakal

12. Kuih itu memang_________tetapi terlalu_________ .


A enak ... pahit C sedap ... hanyir
B lazat ... manis D cantik ... payau

13. Dia berjaya kerana dia__________menghadapi cabaran yang mendatang.


A cekap C tabah
B tahan D tuntas

14. Mereka bersahabat___________sejak kecil lagi.


A intim C baik
B mesra D rapat

15. Bayi itu memang________________ .


A cantik C comel
B tampan D molek

16. Jangan makan keropok yang___________itu.


A lemau C hanyir
B garing D empuk

17 Budak yang____________ bagai bendul itu selalu dibuli oleh


pelajar-pelajar____________.
A hodoh ... sombong C dungu ... degil
B baik ... jahat D lurus ... nakal

18. Belilah barangan____________ . Jangan beli barangan___________ yang rendah


mutu
barangannya.
A baik ... buruk C tulen ... palsu
B baru ... lama D klasik ... antik

19. Rumah orang miskin itu__________ .


A condong C bongkok
B bengkok D serong

20. Penggunaan istilah bahasa yang telah__________sesuai digunakan dalam


perhubungan seharian.
A mampan C ceria
B padu D mantap

Anda mungkin juga menyukai